Friday, June 18, 2010

LEGEND CLASS STEALTH BUMBLEBEE

Kebanyakan orang walaupun yang tak kumpul transformers mesti ada bumblebee yang dibeli masa promotion kat petronas. Aku pun ada satu. Tapi yang bawahnie special sikit.
Yang nie adalah legend class stealth bumblebee. Sama macam yang kat petronas cuma dia nie warna hitam.
Nie robotn mode dia.
Dan yang bawahnie car mode dia. Aku dapat kat batu Pahat.

Wednesday, June 9, 2010

ANIMATED ROAD BUSTER ULTRA MAGNUS

Akhirnya yang ditunggu dah tiba. Suhaili mesti suka yang ini. Ini dia, Ketua elite guard. Cik Ultra Magnus. Nie yang Road buster version. Yang kat Tv tu warna biru pitih. Yang nie more millitary sikit warna dia. ada hijau dan kuning.
Nie bentuk dia setelah dikeluarkan dari kotak. Dengan memegang magnus hammer yang famous dan yang digunakan oleh flying O.P masa menewaskan megatron pada episod terakhir season 3.
Ada additional weapon yang keluar dari bahu dia. Seperti leader class yang lain. This one also comes with light and sound.
Seperti yang suhaili kata, dia ibarat Pak Lah. Leader yang dah tua. Sentiasa akan diganti dengan leader yang lebih gagah dan macho. Tapi Jika dikira pangkat, Ultra lagi tinggi dari prime dari segi senioritinya. Ultra magnus dalam siri mana-mana version Trnsformers memang dikira askar pencen yang paling dihormati kerana pengalaman beliau. Beliaulah yang akan dipilih oleh semua prime sebagai penasihat kanan. Tapi dalam versi animatednie, magnus memang nampak dah tua sangat. Kerenah bumblebee dan bulkhead pun lesu dia nak layan. But in battle, Dia memang hebat dengan tukul dia. Macam the mighty thor. Boleh mengumpul kilat dan petir. Dan dengan sekali hentakan, semua akan mati..
Yang bawah nie vehicle mode dia. Kalau anda perasan seperti kereta perisai tak pun rocket launcher. Bila aku tengok lagi dengan warna nie, sebiji macam pelancar peluru berpandu scud Iraq masa perang teluk zaman awal 90an dulu.
Seronok aku dapat yang ini. aku akan try dapatkan yang biru putih punya pulak. Insyaallah kalau ada rezeki.

Tuesday, June 8, 2010

KUNJUNGAN MENGEJUT SCUDERIA

Malam tadi rumah aku telah dikejutkan dengan kedatangan sebuah lori kontena yang besar yang jarang aku tengok. selalu lori Tiong Nam yang lalau. Nie siap ada Ferrari 2 biji yang escort
Rupanya lori Scuderia Ferrari lalu sebelum nak masuk highway. Sebelum nak masuk highway, diaorang singgah jap kat mamak bawah rumah tu. So aku ambikla gambar dia.
Alan-alang tu. aku Requested diaorang buat demo. So diaorang pun bukakla both diaorang.
Best gila. Seronok aku. Aku tak pernah masuk kat dalam lori diaorang.
Yang Ferrari kuning tu siap dia orang buat demo tuning lagi. Aku suruh diaorang tuning Iswara aku tapi tak boleh. Software tak sama.

Siap posing keret F1 .
Alonso denagn massa takde. Tu Pak Karim(helmet merah) lorong belakang tengah ram-ram keta F1 tu.
Aku suka F430 cahllenge nie lawa.

Dalam 2 jam pastu diaorang pun blah masuk highway. Dia kata full demo akan diadakan dalam hujung bulan nie kat Parit Patah. banyak kereta ferrari dan sport lain akan ambil bahagia. Macam autoshowla gitu. Nanati aku akan update tarikh dia.

Monday, June 7, 2010

G2 INFERNO

Ok. Kita balik semula kepada robot. Nie adalah Inferno dari transformers Generation 2 punya group.
Sebenranaya hampir semua siri transformers yang jadi kenderaan mesti ada inferno cuma wataknya tak berapa famous.
Mana-mana dia akan jadi kereta bomba.
Kepalanya pun hampir sama.
Aku suka fire engine dia punya mode.
Masa botcon tahunnie yang akan diadakan tak salah aku akhir bulan nie dekat disneyland, inferno akan keluar special version sempena Botcon 2010. Aku akan upload gambarnya jika ada masa. Nak beli mungkin tak dapat pasal sealu attendance sahaj yang ada chance beli masa convention. kalau dapat pun lepas tu mesti mahal orang jual. Yang nie aku beli hanya RM54.00 kat parkson Batu Pahat. Apapun koleksi aku kini makain bertambah. Aku pukir sebelum pencen nak buat muzium untuk robot-robot aku. Insyaallah.

Saturday, June 5, 2010

CHIANG MAI BERSAMA ISTERIKU.

Nie ada sedikit gambar masa pergi Chiang mai Thailand minggu lepas....
Gambar dengan panda. Malas gila. Kerja tidur makan aje. Bilik aircond tu. Kat Zoo Chiang Mai.
Bersama isteriku kat Taman Bunga antarabangsa Chiangmai. Atas tu Istana raja dia. Macam Mini Malaysia kat Melaka.
Kat nak masuk border Thailand dan Burma
Naik Tuk-tuk kat Burma. Ngeri naik. Memang mat rempit diaorang.
Kitaorang disajikan dengan tarian masa makan malam.
Bersama isteriku kat tempat gajah.
Nie gambar budak msa kat perkampungan orang leher panjang. Tembaga tu dan berat gila. Mat gian pun aku rasa tak larat nak angkat.
Makanan yang disajikan. Bini aku suka ambik gambar makanan.
Bersama "isteriku" kat temapat kilang membuat barang intan berlian,batu permata dan emas.
Bersama isteriku naik gajah.