Friday, April 29, 2011

ROTF ELECTROSTATIC JOLT

Nie chevrolet Volt. Aku rasa nie belum ada jual kat malaysia. kalau tak salah aku kereta nie hybrid macam prius dan insight.
Tapi GM menggunakan Transformers movie untuk promote produk-produk mereka. Nie depan dia. Macam prius pun ada.Macam altis pun ada. Macam saga BLM pun ada.

Ni belakang dia. Macam prius jugak

Nie robot mode dia. Autobot jolt

Macam apa pun aku tak tau nak cakap. hodoh. Nasib baik vehicle mode dia ok.

CYBERTRONIAN SOUNDWAVE

Yang nie aku baru dapat semalam kat Tesco Bukit Indah. Nie cybertronian soundwave yang dikeluarkan oleh label Generation untuk games War For Cyberton. Nie merupakan soundwave aku yang kedua selepas animated. aku takde banyak soundwave pasal susah nak dapat dan mahal
Yang nie miri-mirip dengan G1. Nak kira semua soundwave memang pattern macam tu. Ada tempat masuk kaset.

Cuma yang nie tak datang dengan ravage, lazerbeak dan rumble. Kat games ada. Mungkin kecik sangatkot nak buat pasal nie deluxe class aje. Jadi tempat letak senjata dia aje bila dadatu dibuka.

Nie vehicle mode dia. Bukan jadi radio tapi jadi kereta perisai.

Overall bagi aku, nie antara soundwave yang cantik dan samat reakabentuknya.

Thursday, April 28, 2011

ELITE GUARD BUMBLEBEE

So dah lama tak update robot. Nie dah duduk kampung, robot, ferrari dan man utd dah ada depan mata, senangla aku nak update.
So arinie aku nak update satu lagi bumblebee. Yang nie pasal aku bukak gerobok dah boleh capai. Nie adalah Elite guard bumblebee. Dalam animated series version yang nie tak keluar cuma yang kuning aje.

Katanya selepas season 3 yang mana autobot dah kalahkan decepticon, bumblebee telah dilantik untuk menyertai elite guard. So, sari Sumdac pun telah menukar bumblebee dari warna kuning ke warna hitam keemasan ini.
Yang lambang autobot ada sayap kat dada dia tu menunjukkan itu aalah elite guard. Lambang elite guard sahaja ada sayap.

Tapi tak tau apa yang berlaku pasal memang takde dengar cerita pun sama ada siri animated ini akan disambung atau tidak. Please sambung..........