Tuesday, July 1, 2014

TRIP KE PADANG DAN BUKIT TINGGI INDONESIA 19/6/2014-24/6/2014 (PART 3)


Ok. Hari ketiga. Macam biasala, lepas sarapan jalan-jalan dulu sendiri sekitar kawasan hotel ambik dan layan angin pagi. Masih lagi jalanraya walaupun dah pukul 7:30 pagi. cuma nampak orang sibuk hantar anak pegi sekolah aje.


Nie terletak dibelakang hotel kami, ada muzium tentera. Tak masuk pasal belum bukak dan takde dalam schedule. Semuanya tentang sejarah dan barang tentera Jepun masa menjajah Indonesia. Dan Bukit Tinggi adalah pusat pemerintahan Jepun setelah mereka rampas dari Belanda.


Tapi yang depan muziumnie kami sekeluarga akan lawat besoknya iaitu lubang Jepun yang merupakan terowong bawah tanah peninggalan Jepun. Tapi untuk harinie kita jalan jauh lagi ke gunung sebelah lagi satu bertentangan Gunung Merapi. Aku lupa namanya. 


So Aisyah pun dah siap nak masuk kereta. Yang nie turun naik bukit dengan permandangan yang indah lagi.


On the way kat tanah yang rata sebelum naik bukit lagi,  nampak masjid yang lawanie. Design macam ala Arab sikit,


Rumah minangkabau memang comfirm adala.


Tapi Masjid nie agak unik sikit, Macam ala Belanda. Kat kawasan belah sini memang banyak rumah ciri-ciri Belanda lagi.


Tu Gunung yang kita akan naik nanti.


Sebelum daki, singgah lagi ke salah satu industri kecil kat situ iaitu ukiran perak.


Tu macam-macam jenis cincin dan batu ada. Kami buatkan rantai perak untuk Aisyah yang ada nama dia. Dalam RM120.00.


Ynag ini pun lawa jugak, 100% perak. Harganya RM6000.00.


Dah siaptu, start dakila. Nie tempat proses padi kat tepi jalan. Hampir selang 3-4 rumah mesti ada. Kecik aje untuk proses padi kebun sendiri aje.


So start naik


Gambar dulu. Aisyah taknak. Duduk dalam kereta aje.



Macam tengok cerita Oshin pulak.


Ok dah naik kita ada berhenti kat hentian cerun bukit macam semalam. Sambil rehat dan tengok permandangan kat bawah.


Memang cantik. Ok lepasnie nak turun bukit pulak . Nak turunnie nama jalan dia selekoh 44 (ini aku ingat) pasal ada 44 selekoh dan tiap-tiap selekoh ada nombor.


Sambil turuntu nampakla tasik yang besarnie(ini aku lupa nama tasiknya)


Makin turun ke bawah view diapun still menarik


Pemandu pelancong aku cakap tasiknie tak boleh mandi pasal dah tepu dengan orang bela ikan air tawar seperti talapia dan nila. So airnya dah tercemar teruk oleh dedak dan najis ikan.


So dah ke tanah ratanie kita pergi melawat ke rumah salah sorang bekas tokoh aktivis islam Indonesia.


Ini dia rumah Buya Hamka. Beliaunie amat terkenal sebagai tokoh ilmuan islam yang banyak mengeluarkan karya-karya buku agama yang mashur. Antaranya yang aku dengar pada ceramah kat situ adalah Tafsiran Al-Azhar. 


Nie yang bagi ceramah. Anak buah Buya Hamka.Beliau juga pernah dipenjara kerana menentang komunis dan konfrantasi antara Indonesia dan Malaysia. Gambar dia dengan Tun Razak pun ada.


Nie semua makcik-makcik yang kusyuk tunggu laki mereka dengar ceramah anak buah Buya Hamka. Siap tanya bini aku dari mana. Semua pelancong Malaysia.


Antara gambar-gambar beliau dan keluarganya.


Ini suami makcik-makcik tadi. Muka macam orang Jabatan agama, cikgu sekolah dan orang sasterawan.


Antara karya-karya beliau. Ada yang boleh tengok aje dan ada yang dijual.


Ok. Cumanie aje lawatan kat area sini. So lepas makan naik balik bukit dan pulang balik ke Bukit Tinggi, Aisyah takde dalam hari ketiganie pasal tido aje dalam kereta.

Tapi on the way turun tu ada singgah kat tempat perusahaan kerepek labu dia bangun makan aiskrim labu.



Sampai kat Bukit Tinggi, kami dibawak ke pusat membeli belah kedua terbesar kat Indenesia selepas Tanah Abang. 


Memang penuh dengan kedai jual baju. Murah-murahla. Memang tempat orang dari bukit-bukit lain datang beli barang jualan kat tempat mereka. Pasar sayur dan ikan pun ada,



Bus stand pun kat situ. Bas memang banyak bawak barang dari orang.


Nie tempat masuk dia.


Terlalu sendat, kami keluar jap amabik udara. aisyah pun dah letih jalan.


Tapi pusing-pusing lagila jalan-jalan.


Baju budak-budak. Kebanyakan kedai sini tak bagi beli satu-satu. Kena beli banyak baru dapat harga murah. agak susah jugakla nak beli sehelai-sehelai.


Kedai CD pun ada tapi biasala, banyak yang lanun punya. so habisnie terus telepon driver untuk ambik kami. Dan kami jalan-jalan lagi sekitar Bukit Tinggi. dan macam biasa driver turunkan kami kat area Jam Gadang dan ambik kami lepas Maghrib.


Makan malam kami di bagi peluang nak makan kat mana. So kami pilih kedai weatern yang kami makan pada hari pertama. Dapatla makanan yang tak pedas bagi Aisyah.


Aku ambik air avovado. Layan beb siap ada letak coklat. Tapi yang bestnya lepas makantu isteri aku ada nampak kedai murtabak yang ramai orang beratur dekat situ. So tanya dengan driver kami dan dia kata dia boleha bawak. So aku beraturla. Memang ramai orang beratur.


Nie dia murtabak Mesir yang isteri aku nampak. Memang lain dari murtabak kita. Daging dia potong besar-besar macam mak kita masak kari kentang.


Sekeping dalam RM5.00 duit kita.


Tau beli dua. Tapi pasal dah kenyang. Buat rasa ajela. Kuah dia tu macam kuah kicap. Tak cicahpun. Makan gitu aje dah rasa dah rempah dia. So lepasnie kemas barang sebab besok nak turun padang dah. Bukit Tinggi memang best.