Sunday, September 10, 2017

STAR WARS THE FORCE AWAKENS MILLENNIUM FALCON

Ini merupakan antara ikon movie yang paling tersohor bagi peminat Star Wars la. Kapal Hans Solo. Millennium Falcon. Ini versi dari movie yang tahun lepas punya.Bukan yang movie-movie lama. Aku bukannya Star Wars fans. Tapi patut ada dalam koleksi mainan movie aku seangkatan dengan kereta DeLorean Back To The Future akula. 
Saiz nye pun besar. Penuh letak kat seat belakang kancil. Harganya pun besar gak. Tapi pasal tak banyak dan masa toy fair minggu lepas pun takde. Makna rasa aku orang kumpul jugakla. Star Wars fan patut kena ada satu.
Ada light dan sound. Bateri tak bagi. Bateri banyak rumah aku tapi screw driver set takde pulak. Tinggal kat rumah JB. Nak ambik malas. Hahahaha
Art kat kotak pun dah lawa. Dan kapalnie datang dengan Chewbakka,Flyn dan BB8. Hans Solo takde pasal dalam versinie Hans Solo dah mati.
Nie benda yang aku tak minat. Bagi sticker tampal sendiri. Aku tangan besor. Sticker halus-halus dan detail. Memang senget bengetla kalau aku tampal. Tak lawa nanti jadinya. So sticker aku simpan ajela. 
Tapi assemble senangla. Ada dua saperate parts aje. Tak leceh sangat.
So tinggal pasang senjata aje.
Belah belakang boleh bukak dan ada pantry la untuk 3inci punya figure. Kalau ini punya besar hanya untuk accommodate 3 inci punya figure, bayangkan Kapal Millennium Falcon untuk figure 6 inci pulak.  Yang besar barbie doll lagi. Senang cakap ini untuk entry level bagi mainan Star Wars la. Yang  figures 3 inci nie mudah dapa. So ada rezeki boleh dapatkan Hans Solo untuk buat complete set sendiri. 
Siap cockpit lagi. Ngam-ngam untuk untuk 2 figures.
So dah complete pasang semua.

Nie bila dah tekan semua button untuk keluarkan senjata. Meriam depantu pakai peluru Nerf gun, jadi banyakla sprepart aku pasal aku layan Nerf gun.

So dah complete dah. Cuma dah siapnie ada satu masalah aku.
Mana nak parking. Besor sangat.

Wednesday, September 6, 2017

COMBINERWARS G2 STUNTICON MENASOR

 So masa shopping kat toy fair haritu bukan hanya untuk anak sahaja, aku pun dapatla bahagian untuk aku. Dah lama gak tak beli robot. So ambikla peluang sekali sekala. Walaupun apa yang aku mahu takde sebenarnya.
So aku ambikla yang ini aje. Combiner wars Stunticon lagi satu Yang kanan tu yang currently aku ada. Tu yang jual asing-asing. Kena pusing pelosok dunia untuk cukupkan . Tapi yang belah kiritu kira pek kombo dah complete semua tak payah pusing-pusing cari. Cuma masalahnya memang susah cari atau hampir takde kat market bila start keluar dalam 2 tahun lepas. Kat Amcorp mall, Ebay banyakla tapi mahal gila. Dalam RM500-550 sekotak. Masa kat fair tempoh hari RM250 sahaja. Dan yang aku dapatnie yang happy hour punya orang tinggal. Dah slash harga jadi RM200.00. Itupun masa aku datang dah tinggalnie je. Yang versi G2 lain dah licin je. Patut boleh dapat G2 arielbots,combaticon dan computron yang boleh nampak. Dapat ini aje pun dah ok dah.Banyak jugak barang yang happy orang tinggal. Portdy pun dapat pedang Kylo Ren dia RM90.00 yang happy dari harga mark down RM120.00.Tak taula kenapa tinggal gitu aje. Maybe bukan fans kot yang beli. Mungkin para pelabur skim cepat Amcorp yang rasa tak berapa berbaloi untuk keuntungan jangka masa pendek. So aku seronokla sikit pasal aku collector. 
So bezanya dengan yang first set yang aku ada, yangnie datang dalam warna G2 . Aku tak tau banyak pasal G2, so warnanya agak pelik sikitla. 
Beza yang lainnya, yang first model dengan komik dan yang ini takde komik. Dan yang first set kaki belah kanan adalah SUV Offroad.
Yang versinie datang dengan Breakneck warna kuning. Yang first version pun ada Breakneck warna Merah putih kot kalau tak silap. Tapi limited edition punya additional. Jejak beratus ringgit untuk Breakneck yang special edition tu. Nak dapat pun susah. Yang kat bonet tu lambang decepticon G2. Memang bagi yang tak tahu sangat pasal Transformers memang tak kenalla.
Bukak pun layout cantik.
Lagi satu yang special yang G2 punyanie Dia bagi satu envelope besar war envelope Urusan Sri Paduka Baginda kerajaan tu.
Dalamnya dapat poster, collector card dan manual. Takde komik.
Tapi poster gambar Menasor yang G1 punya warna. Rasa macam pancing orang yang beli untuk kumpul yang G1 punya jugak.  Tapi kalu baru nak cari sekarang memang agak perit la.
So jangan leceh. Buat terus.
So completela Stunticon Menasor set aku untuk siri Combiner Wars aku. Aku ada lagi satu warna G1 Combaticon yang belum bukak. Tapi kurang satu robot kecik additional yang belum ada. Rasa tak best nak buat kalau tak complete semua. Still hunting pelan-pelan. Kat Am Corp mahal sangat. Hopefully fairnie datang balik Johor. Maybe tak teruk sangat collector nak berebut dengan investor. 

Tuesday, September 5, 2017

PRIME DOMESTIC LIVE KAT KAMPUNG OASIS (RAYA KEDUA)/EVOLVE MALL TOY FAIR(RAYA PERTAMA)

Suhaili yang bagi tahu.
Bila tahu pasal pertunjukannie, bermakna start dari Hari Kebangsaan bermakna berturut-turut 3 hari aku pergi ke kawasan Ara Damansaranie.
Nie pun Suhaili jugak yang bagi tahu. Orang takde Facetube.
Khamis pagi pergi ke Evolve Mall kat seberang jalan tu untuk tengok pesta mainan.Transformersla bagi aku secara specificnya. Memang untuk bawak Aisyah dan Maryamla.
Tapi pasal beraturnya panjang gila, kesian kat anak-anak aku, so kami balikla.
Kecewa. Tapi ceriala layan anak-anak. Kesian muka penat, lapar beratur. 
Raya haji besoknya lepas solat sunat raya, Aisyah ajak pergi lagi. Yela dia tengok macam best aje dari luar tapi tak dapat masuk. So lepas solat Jumaat aku bawak diaorang lagi
Seronok pasal tak ramai orang. Terus boleh masuk
Dapatla bahagian masing-masing.Seronok balik
Plan pun Sabtu ingat nak bawak diaorang jugak pergi Kampung Oasis tapi petang hujankan sampai time aku nak gerak lepas maghrib. Maryam pun badan panas pasal pagi baru lepas kena inject pormucocal yang last 3 serangkai tu.Doktor kata memang effectnya demam.So gerak sendirila ke Kampung Oasis.Yang cantiknya bola pun takde kan minggunie. Memang cantikla timing.
But not this song I sing during my way there. It is FXXX in the Bushes la.Hahaha.
Dalam pukul lapan malam aku sampai. Lengang lagi. Hujan pun baru stop kat situ.Rasa ada yang baling spender kat bumbung stage kot tu yang hujan berenti. Hahaha. Macam tolak hujan masa kerja kahwin pulak. Dari jauh kat parking dah dengar orang main. Aku ingat dah start. Rupanya ada band lain main dulu.
Singgah gerai tolaknie. Tengok apa barang dia jual. Ada jual baju dengan CD single je. So simply aku belila dua-dua barangtu
Akak tu yang jual. Rasa muka samaje. Oh ye baju RM60.00, CD RM15. Cukup bawak duit. Poket ikutkan ada RM30.00 je tapi bini bagi duit jajan RM50.00 pasal aku cakap nak beli baju tapi takut tak sempat pergi bank. Padahal bank depan mata je masuk. Mana tau tak pernah pergi walaupun dekat. Akak tu mintak nombor telefon untuk Pre-order full album, tapi aku tak bagi. Takpela nanti aku beli sendiri kat kedai.
Tengah sibuk berurusniaga, pentas kat depan akutu tengah sedap main. Band rock tamil. Lagu best-best. Patut single dia ada jual sekali.Ada nyanyi lagu melayu satu, lupa tajuk tapi tak berapa best. Lagu tamil dia best best.
Podadey!! podadeeeeeeeeeey!!! itu aje yang aku hafal. Hehehe.
Still lengang lagi bila dia dah habis main.
Kalau Maryam ,Aisyah ada mesti berlari macam budaknie.

 Stail music macam Ramones cuma cakap tamil. Bestla. Tula cuma lupa nama band. Dia ada mention after lagu last dia. Tapi Memang Kabali habisla.Mantap.
Habis band tu main, tenagh-tengah juruteknik set up barang kat pentas. Hillary keluar minum kat pub sebelah. Dapatla salam dia tapi takde bukti pasal pergi sorang. Hahaha.
Ruang penonton kecik aje. Cukup sesuai untuk buat showcase. Tempat lawa pub, kedai makan sekeliling pastu ada kolam air. Macam oasis betulla cuma takde padang pasir dan unta aje.
Tengah-tengah set-up mamatnie keluar. Tak kenal pun aku sebelumnie. Yela takde facetube. Abah kau nama dia. Bercelotehla dia while band siap-siap nak main.
Joe start masuk  dulu.
 Abah kau still bercakap while band member yang lain masuk.Bert(bukan nama sebenar) request lagU Aris Ariwatan dengan Hermantino dia marah. Hahah. Dia tak nampak agaknya Bert bawak payung. Dia rodok karang baru tau.
Settle tu semua show pun start. Goreng. Akak tudung hijau tu dengan kawan sebelah memang best. Banging dari start sampai habis siap selfie,facetube live bagai. Aku pun masuk sekali. Hehehe.
Nie kawan sebelah dia
 Goreng!!!!
Still goreng lagi.
Ok band start main. Tajuk lagu tak tau. Hehehehe.
Aku duduk depan sekali macam Bert(bukan nama sebenar)
Walaupun tak tau tajuk lagu, terloncat-loncat gak aku. macam akak kat depan. Sampai putus belt aku. Nasib baik terasa nak pakai Levi's Strect fit. Kalau pakai 501 mau terbarai depan akak-akak tu. Kes lain pulak nanti. Hehehe.
Okla, ada orang tanya aku setlist. Maafla aku tak tau lagu baru dan lagu lama tau tapi ada yang tak tau tajuk. Lagu no 2047 pun ada. Rasa akula. Lagu sejati pun ada.Medley search wings 80an pun ada.
Sedar tak sedar toleh belakang ramai jugak orang kat belakang aku. Ada yang duduk kat batu, ada yang berdiri.ada yang santai tepi kolam. Suasana memang nicela.
Haa lagu closing aku tau. Pasti. Best. Hampir satu jam setengah diaorang main. Free tu. Kalau next konsert yang bayar mau 4 jam main. Memang best. Sape yang ada kesempatan tapi tak pergi sayangla. Yang tak best satu je. Orang belakang aku ada pulak yang bakar ubat nyamuk. Semak jugakla. Ingat nak komplen kat Joe suruh mintak diaorang hisap rokok kat luar. Tapi dia busy dengan technician dia adjust speaker. Aku pun perokok jugak. Tak sampai 5 meter pun tempat hisap rokok. Pergi la sana kejap. 
Takde orang ambik pun port kau.
Nak habis je geng motor besar sampai. Apala dah nak habis baru sampai. Macam jem je naik moto.Hahahahaha.Tak nak bayar parking la tu. Parking pun murah bro. RM1.11 pakai go and touch(recommended). Hahahahah.
Bert(bukan nama sebenar) aku respect, lepas show habis terus pergi belakang pentas salam semua band member.
Aku pun blahla. Duit balance buat beli 100plus haus. Nasib baik rumah bini dekat. kalau balik terus ke Pontian naik kancil letih aku. Bukan saja nak bawak kancil tapi terpaksa. Cermin keta lagi satu pecah kena mesin rumput Abah aku. 
So niela cenderahati yang aku dapat. Lawa ke tak ada saiz XXL kira lawa bagi aku.Hahahaha
 Nicela. Show pun best.
Ada turun JB insyallah pergila kalau bukan schedule balik KL.
Oh yes. Masuk facetube orang. Cuba teka aku yang mana? Hahahahaha. Enjoyla.