Friday, January 29, 2010

ANIMATED MEGATRON (EARTH MODE)

Ini dia megatron dalam siri transformers animated. Hanya keluar dalam format leader class sahaja. Yang ini adalah erath mode dia. Patern lebih kurang dengan G! punya megatron cume yang ini ada 2 bilah pedang dan yang ini boleh bertukar menjadi twin blade chopper manakala yang G! boleh bertukar menjadi revolver.
Nie dalah twin blade chopper mode dia dari pandangan atas. Bagi aku nie adalah antara megatron yang paling lawa. Tapi aku tak tau kenapa ramai yang tak minat.
Ini pandangan depan dia. Macam apache cuma ada 2 blade. Blade tu yang menjadi pedang dia.
Sudah tentu ada lampu dan bunyi. Megatron yang ini boleh cakap. Siap mulut dia bergerak masa bercakap "crush the autobot,hahahaha, where is the all spark"
Pandangan dari tepi yang very-very gagah. Baru la megatron.
Harganya. Masa aku beli 2 tahun lalu ialah RM189.90. Masa tu, megatron yang mode ini keluar kat TV# pada episod last season 2. Petang tu pergi Jusco Taman U terus aku sambar. Tapi seperti aku cakap tadi, ini bukan megatron yang diminati ramai. Kat e-bay, harga baru dalam kotak tak buka paling tinggi pun RM140.00. Baru tadi aku tengok yang terpakai pun boleh dapat dalam harga RM89.90. Well, no comment. I will try get the shadow blade version pulak. Sama macam nie tapi warna biru gelap. Very darkness punya megatron.

Monday, January 25, 2010

SENTINEL"PAISEH"PRIME

Nie dia sentinal prime yang muka sentiasa paiseh. Kerek nak mampus. Selalu bergaduh dengan optimus prime. Dia merupakan ketua elite guard.
Tengokla mukanya yang macam The Tick. Muka sentiasa riak.
Dia transform jadi hilux yang sodok salji.

Friday, January 22, 2010

CLASSIC BUMBLEBEE

Ni salah satu lagi bumblebee yang aku ada. Nie yang classics edition.Aku beli rasa 4 tahun dulu. Antara first colection aku. Ianya mirip G! punya bumblebee cuma bukan VW beetle. Mungkin VW tak bagi hak nak keluarkan beetle dia lagi kot. Tapi yang nie siap bagi jes sky lagi kat belakang.
Nie robot mode dia. Macam G! mirip dia . Jet sky yang belakang kereta tadi dah jadi jet pack kat belakang badan dia. Harga aku beli RM49.90(harga lama deluxe class). Sekarang harganya tak mahal sangat. In fact boleh cari yang bargain kat e-bay. RM20.00 boleh dapat yang loose. Tak kirala versi Hasbro ataupun Henkai(Takara Tomy)

MUDFLAP DAN SKID

Nie aku beli masa pergi kenduri kahwin kawan aku kat KL. Beli kat Metrojaya kat The Curve (high taste jugak akunie). Singgah jap sebelum masuk IKEA belikan balang yang isteri aku pesan. Nampak yang ini. So aku terus sambar.
Nie adalah salah satu watak yang famous masa Movie Fallen aritu. Skids dun mudflap. Kalau pada awal-awal movie yang diaorang ambush kat negeri china tu. Korang akan nampak satu truck aiskrim.
Yang mainan punya nie sopan sikit. Kalau yang kat movie kalau anda perasan ada tulis Decepticon eat my popsicles.
Nie yang buat dia menarik. Boleh terbelah dan jadi 2 robot.
Dah transform jadilah macam nie.
Skid
MudFlap
Gaji insyaalalh aku tapau yang kereta Chevrolet hijau dan oren dia.
Harga standard RM59.90. Dapat 2 robot saiz scout class. Scout class satu RM29.90. So lebih kurang samala harga dia.Kat kedai AJ Kau,Ah Chong kat pasaraya dan kat e-bay. Paling low pun diaorang tekan RM69.90 (tak masuk penghantaran)

Thursday, January 7, 2010

Monday, January 4, 2010

TRANSFORMERS ANIMATED SEASON 3

This is what you can expect from transformers animated season 3
Decepticon lost? How? Why? When?
Optimus Prime a hero?
Prowl died? How
Sentinel prime. Muka sentiasa paiseh
Optimus fights megatron up in the air?
Starscream die. Again?
The return of Arcee
Upgraded Sari
Optimus can fly?

So watch at TV3
every Saturday 9:30am(tak pun pukul 10:00am. Area-area tula.

Sunday, January 3, 2010

REMEMBER THIS?





If you don't remember this, go back to the future.

Saturday, January 2, 2010

THE LEGEND CLASS

Dari kiri, ironhide,black out, bumblebee(1974 camaro),jazz,scorponok,megatron

Semuanie dari movie yang first. Baru lepas beli kat Carrefour Pandan. Dah longgok. Satu pek ada 2 dia jual RM8.00. selalu satu RM25.00. Isi minyak kat petronas baru boleh beli RM15.90

Friday, January 1, 2010

MERRY OPTIMUS AND A HAPPY NEW YEAR

A'kum. Sejak kahwin lama aku tak upload robot. Semua kat rumah kampung. Tapi, malam Krismas aritu, aku singgahlakat Metrojaya Plaza Pelangi. 2 Bulan lepas, aku nampak robot kat atasnie. Tapi time tu tengah kering sikit sebab baru kahwin. Benda lain lagi penting. So hari tu naik pelangi jap cuba nasib mana tau ada lagi. Alhamdulilah ada. Aku tak pandang kelain. Ambik dan terus bayar. Berkerut jugak bini aku tengok aku. Yela RM149.90 keluar gitu aje beli robot nie. Tapi bila dia tengok harga asal yang masih tampal kat kotak tu RM 249.90, dia pahamla. Pastu beli cadar dengan comforter dia pulak. Lagi mahal. Sampai RM200.00. Tapi dapat 3 la. Aku satu aje.
Ok. Nie adalah optimus prime versi animated yang supreme class. Supreme bermaksud Paling besarla. Sama level dengan Masterpieces-masterpieces keluaran takara jepun. Gambar atas tu scale degan deluxe class biasa. Memang besar. Dia orang tak pernah buat optimus sebesar ini. Tu yang menariknya. Yang nie boleh bercakap Tumbuk pun ada bunyi. Hayun kapak ada bunyi. Siap ada suara optimus gelak sekali. Mulut pun boleh bergerak masa bercakap. Mata pun keluar lampu.

Nie truck mode dia. Masa trak mode, lampu dia hidup time jalan. Ada bunyi siren bomba time jalan. Yang paling best, ada auto conveersion(transform) Sambil tolak, badan akan berpusing sambil mengeluarkan kepala dan tangan. So kerja nak jadikan robot tinggal sikit. Tinggal settlekan kaki aje.



Nie kapak dia. Pun besar jugak. Satu genggam jugak aku pegang batang dia. Attacchkan kat tangan, api belakang tu boleh keuar masuk.


Truck mode dia dari depan. Sekarang target aku ialah untuk ugradekan dia macam kat dalam season3 dimana dia ada sayap, tukul magnus dan matrix of leadership. Tinggal tukul magnus yang belum ada pasal kena beli ultra magnus dulu baru dapat. Insyallah dah cukup nanti aku tunjjukan optimus nie upgrade macam kat seson 3 punya last episode. Apa-apa pun aku seronok, dah ada satu lagi optimus prime dalam collection aku. kALAU ADA SAPA-SAPA NAK ADA LAGI 5 BIJI KAT METROJAYA pLAZA pELANGI. wORTH BUYING FOR YOUR CHILDREN, WIFE(HEHEHEHE) AND YOURSELF. Selamat tahun baru