Wednesday, August 12, 2015
Tuesday, August 11, 2015
RID 2015 SIDESWIPE
So ini lagi satu watak penting untuk siri RID tahunnie. Sideswipe. Selalu dalam siri siri lain Sideswipenie agak low profilela. Tapi untuk sirinie dia agak meninjol sikit. Budak degil dan mat rempit kat Cybertron. Senang cakap macam ibarat Bumblebee masa muda.
Dalam sirinie Bumblebee kira dah matang. Dianie kira joniur dia. Terikut Bumbleebee pasal kena tangkap dengan Bumblebee tengah buat donut kat bawah tugu Optimus Prime. Dia yang hackingkan space bridge untuk Bumbleebee nak pergi ke bumi. Dia terikut sekali pasal "makwe" dia Strongarm ikut sekali. Tangan dia masatu memang tengah kena gari dengan Strongarm. Strongarm tu partner peronda Bumblebee kat Cybertron. Patut Strongarm aku dah ada tapi terbeli Optimus Movie pulak sebelum raya haritu. Nanti lain kali baru beli.
Tengok muka pun dah tahu muka kerek dan degil. Ada pedang sendiri. Skill berlawan boleh tahan. Otak pun cerdik jugak.Tapi memang degil tak dengar kata.
Vehicle mode pun tak berapa nak low profile sangat. Jadi kereta sukan. Lebih kurang sebiji Pagani Huayra. kalau Arcee ada kat sirinie memang kompom kena marah macam Smokescreen.
Dan antara model lain untuk sirinie, Sideswipe adalah antara yang paling lewat keluar mainan dia. Dah habis series baru released saing-saing Jazz dan Drift. Nak dapat pun agak susah jugakla.
Thursday, August 6, 2015
AOE DINOBOT SNARL
Sekor lagi dinobot dari movie yang ke empat tempoh hari. Snarl. Jumlah rasa haritu ada 4 ke 5 ekor. Baru Snarl dengan grimlock yang aku ada. Tu pun pasal RM45.00 aje. Kalau tak pass jugak aku. hehehe.
Agak pelik warna hijau pasal ini merupakan geng-geng awal yang keluar sebelum movie keluar. Masa tu tak tau lagi yang movie semua warna kelabu dan krom aje. Tapi agak cantik jugak warna hijau dengan sirip transparent warna kuning. Ini cuma yang basic version sahaja. Ada yang keluar yang warna hitam dan krom metalik. Jepun punya released. RM200 satu. Itu mungkin boleh bawak runding tapi masalahnya nak jumpa pun susah. USA pun ada retaliated balik dengan keluaran warna G1 asal. Harga lebih kurang macam yang hijaunie RM80.00 aje tapi pun sama susah gila nak dapat. Setakatnie memang tak nampak kat kedai depan mata aku. Online ada nampak tapi mahal banyakla.
Nie robot mode dia juga sebiji macam kat movie
Dengan muka yang takde feature langsung. But still a dinobot and dinobot always the strong and the best.
Wednesday, August 5, 2015
Tuesday, August 4, 2015
THANK YOU NIKE.
Sebelum Manut buka tirai liga sabtu nie aku nak relish sikit memory pasal Nike.Aku agak sedih bila Nike dah stop buat baju untuk Manut. Tak kisahla orang kata support USAke Yahudi ke kapitaliske yang penting Nike paham apa pemiant mahu. Harga yang berpatutan. Aku jenis yang suka beli yang off season pasal dah murah. Nak beli masa launching memang agak berat sikit. Even Umbro juga buat benda yang sama sebelum tukar Nike.Semua yang Nike keluarkan untuk baju home aku dah ada cuma yang lastnie belum lagi yang ada lambang Chevrolet kat depan. Mungkin orang akan mempersoalkan ketulenannya. Bagi aku senang aje. Saiz XXL aku pakai tak ketat macam abang sado tu tulenla. Tu mana-mana pasar malam, pasar Pandan tak boleh offer even yang gred AAA++. Kat pasar pandan pun kalau nak beli RM60.00 jugak. Tunggu off season RM30.00 pun pernah aku dapat kat butik Nike.
Start dari tahun 2002. Dekat 13 tahun jatuh bangun dia dengan Manut. The best pasal Nike adalah polisi dia yang dia akan pastikan barang dia keluarkan pekerja dia mampu beli. Betulla kalau off seasons memang semua orang mampu beli. Kilang dia pun sekarang kat Thailand dan Indonesia aje. Dulu Magribi dan Portugal tak silap aku.
Ini baju home pertama dia dengan Nike. Aku agak risau jugak masa tukar Nike yela takut mahal sangat. Aku ingat lagi bila first dah launching aku pergi kat Al Iksan Angsana dari jauh dah nampak poster Beckham besar pakai bajunie. Yela bukan senang Nike nak promo barang diaorang pakai Beckham. Ini aje peluang yang diorang boleh dapat untuk guna Beckham masatu.
Ini bajunya still ada lagi. Yang atastu beli balik buat ganti. Yang ini aku tak tunggu off season pasal masa keluar Still jual pada harga standard Umbro RM189.90. Time tu jugak beli. Tapi mintak poster Beckhamtu tak dapat.
Baju away tak banyak sangatla. Ada sikit tinggal kat rumah isteri. Agak susah dan limited. Dapat lengan panjangtu kira bonus tapi kena beli duala. Orang rumah satu. Senang baju dia ringan dan besar. Perempuan tudung labuh senang dan selesa pakai. Lagi satu yang aku respect kat Nikenie, walaupun dah sales murah baju still gantung lawa-lawa takde longgok-longgok dalam bakul gitu. Jangan cakap Manut, baju Mancit,Arsenal,Harimau Malaya pun diaorang gantung elok-elok rasa sebagai tanda respect kepada semua supporter.Tu baju dah harga RM49.90 tau. Aku rasa fan Arsenal pun sedih jugak kot yela Puma pun jual baju Arsenal dah macam harga baju team F1 Ferrari. Off seasons still. RM200.00++.Adidas.... Baju Chelsea dan Real Madrid set siap seluar RM560.00 walau pun dah off seasons. Lagi demam.
Well untuk yang lastnie baru dapat yang putih. Merah tak nampak lagi kat JPO. Hopefully sampaila pasal kat online store bila Adidas launching terus takde.
Harga pun sama macam 13 tahun dulu aku dapat. Malas nak tunggu drop RM49.90. Takut kempunan takdapat terus. Terun RM49.90 terus licin tak kira Manut, Mancit atau Arsenal.
So ini baju baru. Memang mahal macam aku cakap. Tapi harap harap tradisi Umbro dan Nike bagi harga murah off seasons akan diteruskan. Tapi aku tak menharap sangatla. Anyway thank you and good bye NIKE. Hopefully to see you in 10 years time. I will still wear you with Pride.And Good Luck Adidas and Manut for the new season.
Subscribe to:
Posts (Atom)