Wednesday, June 12, 2013

OASIS(BE HERE NOW)

Inila kesnya kalau orang sebelah beli peti sejuk baru, kita pun nak beli peti sejuk bari. Ada dua benda yang sama. Yang kiri aku punya, yang kanan Hj punya.Be here now. Antara album Oasis yang hebat selepas  What The story Morning Glory. Kata Liam, What the Story Morning Glory pay the bill and Be Here Now pay the house in Madrid. Kat CD tilis dia keluar 1997, tapi aku rasa lagi awal kot. 1997 aku dah tak sekolah. Aku rasa aku sekolah aku dah ada kaset dia. Even sebelum keluar albumnie, Do you know what I mean dan stand by me dah ada kaset single dia.

Tapi aku dan Hj dapat CDnie agak lewat. Hj dapat tak salah masa aku kat ITM lagi. Kat KL kot. Yang aku pulak sentiasa pasang niat nak curi CD Hj akhirnya dapat copy sendiri masa jalan-jalan kat Lapangan Terbang Denpasar Bali 5 tahun dulu sempena lawatan kerja di sana. Dah yellowish jugak masa dapat aku punya. Aku bawak balik CDnie dan Metallica Black dari Bali.

Ok berbalik ke album ini, bagi aku semua lagu sedap. Favorite aku the girl in dirty shirt. Hj confirm All around the world dan portdy Stand By Me yang bagi aku lagi sedap kalau dengar yang single version sebab continues play dengan lagu The Fever. Kalau main PS2 dulu siap CD timer ada negative timing lagi .

Booklet dia pun best. Tebal dan siap sarikata. Yang Hj punya siap dah bercerai berai. Aku punya still intact.Siap rendam Rolls Royce dalam kolam. Rasa ini kat set video klip Don't Look Back In Wengerkot.

Vespa idaman budak-budak punk.
Biasala, borang fan club. Tak taula yang Hj punya tu tak dapat ataupun dia dah hantar. I wish I hope I think I Know.

Tuesday, June 11, 2013

JESSICA SIMPSON (SWEET KISSES)

Kita mulakan apa yang dalam kotak DELL tu dengan CDnie. Ini CD tahun 1999. Year of the trebble. Sebelum CD nie keluar, Britney dan Christina Aguilera dah menguasai pasaran seluruh dunia. Jessica juga merupakan salah sorang daripada ahli kelab Disney USA macam britney dan christina. Beliau pernah cakap dalam DVD dia bila dia tengok Britney dan Christina buat duit, Jessica tak sabar-sabar nak keluarkan album dia. Almost drag dekat dua tahun. Memang dia frust betul

Tapi bila keluar aje, track no 1 tu terus boom. Sampai aku pun cair dengar. Dengan suara yang lunak dan high note yang best, memang layan. In term on high note, aku rasa dia lagi hebat dari Christina. By the way,Track 1 terus no satu kat USA 14 minggu on the troot. Track no 2 pun sedap. Dan track no 3 pun layan. Dia nyanyi dengan bekas laki dia. Ahli kumpulan 98 darjah. Yang itu lagi sayup.

Pastu tengok dia nie pun kalau compare dengan Britney  dan Christina lagi lawa. Muka innocent. aku tak tau apa masalah Nick Lachey ceraikan dia. Tapi bila dah janda lagi seksi kalau tengokla.

Tengok inlay macamnie, mula tertanya-tanya mana Green Day Insomniac aku. So back with Jessica Simpson. By the way Ashley Simson adik dia. Bart Simpson bukan. Aku beli tak mahal CDnie. RM 20.00 aje. Kat malaysia pun aku rasa rare sangat nak dengar except kat Radio 4 RTM aje masatu.. Aku Dengar hitz aje masa tu kat KL. Memang takde main. Time rancangan Carta Rick Dees aje boleh dengar. Itu pun last minit show aje dapat dengar pasal asyik kat Nombor 1.

Aku ada beli lagi satu albumnie pada harga RM10.00 tapi aku dah hadiahkan kat kawan aku yang kat Perak bernama Parsidah Binti Rakam beberapa tahun yang lalu sempena dia beli kereta pertama dia proton saga BLM .Sebagai penghargaan sama-sama cari link GNR estranged untuk lagunie dulu masa practical kat PSPP ITM Shah Alam.Zaman MRIC quite troublesome nak cari lagu lebih-lebih lagi bila Napster dah kena saman. Sayu kata dia bila dapat albumnie especially bila ada orang ingat. Harap-harap CD itu ada lagi dalam BLM dia. For me every CD has story has a story to tell.

Monday, June 10, 2013

MY HUMBLE COLLECTION

Dengan rasa rendah dirinya aku bukala koleksi cd akunie. Sebenarnya nak tukar kotaknya. Dah dimakan anai-anai.

eh. salah kotakke.

Oh bawah dia rupanya.

Antara yang ada. Anewfall, band jurutera aku masa dia muda-muda dulu.

DVD Berlinda aku. Harap-harap boleh main lagi.Beli lanunkan.
Beatles anthology.
Be Here Now.

Be Here Now ^2
Search Live^2 jugak

Sapa punyanie?
Live atAbbey Road.
Nak upload satu-satu jenuh. Nie lah yang ada dalam kotak ini. Aku akan try bagi review satu-satu. Insyaallah.

Wednesday, June 5, 2013

STAY (SHAKESPEARS SISTER)

 Dari start aku pertama kali aku dengar lagunie hampir lebih 20 tahun yang lalu sampai bulan lepas barulah aku tau siapa yang nyanyi. Tajuk lagu dah boleh agak tapi download aje lain bunyinya.
Terima kasihlah pada internet radio zaman sekarang yang jika time main lagu nie ada discription dan lirik sekali. Terus google terus dapat. Antara top10 ballad yang paling aku gemari. No 5 atas TAPAU (China in your hand) Very soft and tender

Friday, May 24, 2013

BLUR COUNTRY HOUSE


Ini merupakan lagu Blur yang first sekali aku dengar. Mula-mula tengok video klip diaorang tunggang khinzir terus aku minat. Walaupun masa tu aku menyebelahi Oasis. Hj Rizal orang kuat Blur.Tapi kami tak gaduh macam penyokong Man Utd dan Assenal. Dia duduk kelas sebelah aku. Kelas anggerik. Aku Cempaka.Mostly budak-budak sekarang kenal Blur kat lagu song 2 aje yang jadi opening bagi games bola Pro Evolution 7 dulu.

Walaupun aku memiliki album the great escape yang ada lagu country house ini, aku tetap memiliki single country house yang nombor 2 ini pasal semua lagu dia main live .Entah berapa banyak single untuk country housenie pun aku tak tau. Memang sekarang banyak Blur banyak main live 2,3 tahunnie. Namun yang ini ada sikit beza pasal ianya direcord pada tahun 1995. CD nie pun tekanan 1995. Jadi bunyinya stereo cristal clear tanpa banyak enhancement macam sekarang. Dan aku merupakan orang yang masih masukkan CD dalam radio untuk layan lagu. Converted mp3 just untuk mobile dan kereta sahaja. Even kereta pun dulu still bawak CD masuk kereta. Sekarang kedua-dua kereta aku ada cassete player sahaja.

Masa ambik gambarnie pun For Tomorrow sedang berkumandang.Aku still seronok layan lagu sambil pegang inlay CD dan baca lirik lagu yang tertulis.Aku pun dah jarang dapat time untuk terapi macamnie due to work and family comitment.

Tapi yang kat atasnie rasa sekarang hampir pupus. Borang nak join fan club. Sekarang semua register online aje.Kalau ada pun dalam CD sekarang pun slip kecik untuk beli caller ringtones aje. I miss that old daya yang siap ada borang nak order baju lagi. Kaset band melayu pun ada jugak tau dulu. Sekarang semua dalam talian. Jimat kertas katanya jadi lagi banyak balak boleh diselamatkan. Still panas jugak nak tidur malam.Tunggu pokok sawit umur ratusan tahun kot baru sejuk balik.

Tuesday, May 14, 2013

BEAST HUNTER OPTIMUS PRIME

So, Inilah wajah baru optimus prime untuk siri Beast Hunter yang baru sahaja ditayangkan. Optimus yang ini boleh terbang. Selepas siri Cybertron, hampir semua optimus prime boleh terbang. Tapi kena upgrade dulu. Yang ini dapat sentuhan daripada forge of souless prime. Optimus yang sepatutnya dah mati dan hampir memberi matrix of leadership kepada smokescreen. Namun smokescreen tidak mahu menjadi prime seterusnya menghulurkan forge of souless prime kat tangan optimus prime terus mengupgradekan optimus menjadi bentuk seperti ini. Optimus prime terus bankit dan terbang untuk menhapuskan istana baru megatron di bumi yang di gelar Dark Mount. Cerita stop kat sini dulu.Megatron pun cabut susunstartegi pulak. New episode dijangka dimainkan minggu depan.
Nie truck mode dia yang macam lori masuk safari Africa.