Sempena 30 tahun Transformers tahunnie, Hasbro telah keluarkan semula robot-robot lama dia semula untuk peminat. Ibarat macam sambut Ulang tahun album untuk CDla. Jadi antara keluaran yang ada untuk ulangtahun yang ketiga puluhnie adalah Supreme class Starscream dari siri Cybertron keluaran 10 tahun lalu. 10 tahun lalu tak beli pasal gaji kecik lagi masatu. Tengok dengan geram ajela masatu.
Yang ini bukan sahaja sempena ulangtahun yang ke30, malah dicampurkan sekali sempena tahun kuda raya cina tahunnie.
Bila dah bukak memang besarla. 10 tahun dulu bukan starcream nie aje besar, diaorang ada jugak keluarkan Unicron dan Primus(Planet Cybertron) besar macamnie jugak. Bezanya antara yang asal dengan yang barunie, yang barunie warnanya lebih terang dan metalik. Yang asal agak kelabu dan gelap sikit.
Kalau tengoktu still pakai molding cetakan asal tahun 2004.
Aksesori pun sama cuma cyberton key dia warna emas aje. Yang lama ada warna biru, merah hijau dan macam-macam macam yang kat sebelah hujung sekalitu.
Mahkota tu sama. Masatu megatron dah mati sebelum menjelma jadi Galvatron. Starscream naik takthala. Yang diaorang buat starscreamnie besar adalah pasal dalam kartun, Starcream telah berjaya merampas kuasa kekuatan dari omega key yang jadi rebutan Autobot dan decepticon untuk menghidupkan semula unicron atau primus. Starscream mengambil kesempatan dari kekecohan itu untuk merampas omega lock. Dengan kuasa yang ada , strascream dah menjadi besar jauh dari transformers lain. Megatron dia bunuh dengan mudah aje.
Nie function cybetron key ini. Cucuk aje, ada senjata tambahan akan keluar. Kat sini dibahu kiri dan kanan Starscream.
Nie jet mode dia. Oleh kerana warnanya yang terang, rupanya dah sebiji macam jet anggota pasukan MAT,TAC atau ZAT dalam siri ultraman dulu-dulu.
Boleh activate cybetron key jugak masa jet mode.
Nie robot mode dia dengan penuh aksesori dan mahkotanya.