Tuesday, August 15, 2017

ROUND UP MADINAH,MEKAH 2016

Dah 2 kali nak musim haji, tak habis lagi nak share pengalaman aku kat Madinah  dan Mekah. Round up terusla.
Depan makam Rasullah
Hall way keliling Masjid Nabawi.
Tong-tong air zam-zam. Tak pernah putus even kat Madinah. Sentiasa ada orang top up.
Entrance salah satu pintu nak masuk ke Kaabah kat Masjidil Haram. Masa aku pergi dah nak habis dah renovation. Tahun sebelumnya jemaah ramai mati kena hempap crane.
Bukan jenazah tapi jemaah sedang tido penat. Backpackers pun ramai. Boleh tryla.
Keluar dari Masjidil Haram mengadap bangunan jam besar.
Nie bukan jam yang besartu. Ada lagi satu tower jam yang kecik sikit.

Kesibukan para jemaah dan penjaja kat depan hotel kami menginap. Selalu lepas setiap waktu semayang memang meriahla.

Tunggu waktu maghrib. Lambat memang solat kat luarla.
Nie masa kat Padang Arafah. Lenagng. Tapi lagi dua minggu, memang penuh dengan jutaan Islam seluruh dunia.

Dengan Haji hari last sebelum pergi Mekah. Dia cuti 2 hari layan keluarga kami. Dan nak kirim barang dan ambik barang yang dikirim. Thank you banyak-banyak. Banyak kuih,buah dia belikan buat balik.Tahun sebelumnay dia entertain parent aku pergi haji.

Nama satging tempoarary tu Mataf. Ada specialnya kot pada orang yang pernah tawaf kat matafnie. Aku pun tak tau kenapa dan apa specialnya. But aku adalah jemaah terakhir tawaf kat situ. Sampai malaysia bukak TV alhijrah dah bukak dah matafnie. Aku tak naik kat matafnie. Cuma tunggu Aisyah dan isteri aku habis dia tawaf. Lapang sikit dan tak berhimpit macam kat bawah. Aku syukur completekan semua kat bawah.
Time saei kami buat bersama sekeluarga. Aku kena dukung Aisyah kalau dia penat.Gilir-gilir dengan abang ipar aku. Mak dia masatu tgh ngandungkan Maryam.
Complete saei exit sebelah aje. Minum banyak banyak air zam zam sejuk sebelum balik. Nak cari kedai cukur lagi. Tahlul pertama je. Pastu cukur gilir-gilir dengan abang ipar aku.
Motor kat arab semua bawak moto  jipang. 
 dalam Masjid Nabawi balik kat Madinah.
 Jalan-jalan degan Aisyah kat area hotel kami
 Singgah kat Restoran Teluk. Ala-ala KFC.

Tapau makan kat bilik
 Hallway ke Masjidil Haram dari hotel aku. Tak jauh pun. 100,200 metre je.
Depannya office pentadbiran Masjidil Haram
Tembok tebal tinggi. Banyk jugak kereta-kereta mewah berescort masuk.
Sempat lawat ladang unta. 
Tempat bermikat kat salah satu RNR kat lebuhraya on the way ke Mekah.

 Lawatan ke Muzium Masjidil Haram dan Sejarah Kaabah.

Permandangan dari kaki Bukit Gua Hira'
Kat puncak Gua Hira'.
Suasana depan Kaabah.
 Shopping kompleks bawah jam besartu.
Sape masih ingat kamera filem pusing pusing yang orag bawak balik dari Mekah masa kita budak-budak dulu. Still ada lagi tapi dah compact. RM2.00je.
Back to Masjid Nabawi. Lawa dan sejuk. Aku banyak kali terlelap. Lagi sedap dan selesa dari kat hotel.
Shopping sebelum balik beli kekacang.

On the way ke Jeddah untuk ke airport balik.
Berhenti kat Riyadh untuk solat dan makan malam sebelum menuju ke airport Jeddah.
 Awal sampai airport. 0800pm sampai. Flight 1200am.
Sampai Malaysia dalam waktu zohor. Mak mertua jemput. Aku sampai Pontian 2 hari lepastu. Sampai mak aku peluk cium aku. Tak pernah-pernah,Hahahah. Mungkin pasal tahun sebelum tu dia pergi Haji dengan abah aku. Tu yang dia tahu seronoknya. Yup mak abah aku batch Haji yang kren runtuh tu. Cemas aku kat Pontian bila dapat berita kren tumbangtu. Nasib baik kawan aku trace jumpa mak abah aku. Dia set upkan telefon mak abah aku, baru senang kontek.
Air zam-zam. Kerajaan arab bagi sorang sekotak 2litre bawak balik. Yang pergi HJ lagibest, kerajaan Arrab bagi Al-Quran special untuk jemaah sebagai cenderahati.Lawa. Sama macam yang beli tapi ada cop hadiah dari Raja Arab. Tak pergi Haji kena beli. Memang banyak jual. So enjoyla. Banyak gambo. Terus tutupla round up umrah. Harap dapat peluang pergi Haji pulak Insyallah.

5 comments:

  1. harap aku pun dapat sampai sini satu hari nanti....

    ReplyDelete
  2. suatu hari nanti in sya allah aku akan kesini

    d arsil

    ReplyDelete
  3. Allahu teringin nak ke sini juga. inshaAllah.

    ReplyDelete
  4. terimakaseh kerana berkongsi pengalaman yang takkan dilupakan. semoga anda sekeluarga selalu lagi dapat peluang ke sana Insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Amin. Aku doakan kita semua dapat pergi kesana semua

    ReplyDelete