Friday, November 1, 2013

KRE-O MICRO CHANGER BULKHEAD


Ini merupakan Transformers yang paling murah kat pasaran. Keluar dalam lebel Kre-O. Seperti blok-blok Lego. Sesuai untuk belikan untuk anak-anak pasal murah. Dia punya murah sampai Lego yang keluarkan version patung mini macamnie juga terpaksa follow harga Kre-O. Selalu Lego kecik macamnie pun dah jejak RM20.00++ Tak kedut sangat muka ibu bapa untuk belikan. Ambik ajela macam beli perencah nasi goreng adabi aje.


Harganya cuma RM 12.90 aje. Sesuai untuk anak yang sekolah rendah untuk membina minda. Yang istimewa microchangernie dia bagi dual mode. Satu mode jadi robot dan lagi satu transform jadi kenderaan. Kat Lego tak dapat function macamnie. Cuma boleh jadi action figure aje.

Ini merupak checklist untuk koleksi yang ini. Ini merupakan siri yang kedua. Yang koleksi pertama plastik dia warna oren. Ada bersepah lagi kat Tesco aku tengok. Kalau dah jual RM3.00 nanati aku ambik semua. Yang tak bestnya, Kita tak boleh beli apa yang kita mahu. Pasal plastiknya tak nampak dalam. Macam lucky draw gitula. So kalau beli dua dapat dua-dua sama jangan marahla. Dan yang ini merupakan pembelian percubaan aku semalam. Kalau boleh nak arcee. pasal aku takde arcee dari mana-mana siri lagipun. Online pun ada yang jual sampai RM50.00.

Untuk percubaan pertama aku, aku dapat bulkhead. Simple aje. Manual sama Kre-O dalam plastik aje.


Ini robot mode dia. Yang lagi satu bestnya siri keduanie, dapat base letak patung sekali. Yang mula-mula siri pertama tiada. So dah boleh kumpul buat buah chessla lepasnie lawan team Man Utd.


Ok, lepastu, ceraikan sikit dan tambah tayar dah boleh transform jadi kenderaan. Simple aje. tu pasal suitable untuk kanak-kanak 6-12 tahun. So bagi umur akunie, lagi kacangla. Aku recomended untuk beli untuk anak-anak anda. Jangan bagi bagi yang umur bawah 6 tahun pasal banyak parts-parts yang kecil takut tertelan. Kalau nak beli jugak, pengawasan ibubapa amat penting. Aku pun plan nak belikan Aisyah satu jugak. (RECOMENDED TO ALL)

No comments:

Post a Comment