Wednesday, May 21, 2014

T4 OPTIMUS PRIME & PIRING HITAM


So kita sambung cerita Transformers Movie haritu yang baru launching mainannya Sabtu lepas. So yang ini adalah mainana pembukaan bagi aku untuk movie yang barunie. Digelar sebagai  Evasion Mode Optimus prime. Apa yang evasion pun  aku tak tau lagi. Kena tengok moviela nanti. Wa apaun kira nasib baik ambik haritu walaupun mahal pasal tadi kat KL aku ronda kat Amcorp Mall dah habis dah. Tinggal hampas-hampas aje yang tinggal. Mungkin pasal dia jual murah sikit kot dalam RM110 aje. Dan lagi satu selalunya diaorang stok tak banyak. Berapa yang dapat ajela. Dan mungkin pasal bentuk truck mode G1 dia aku rasa orang kejar.



Yang atasnie robot mode dia. Rasa hampir sama semua movie punya optimus prime semua patern macamnie. Memang simple sangat dan tak gah langsung sebagai Optimus Prime. Dan aku rasa ini first time voyager class Optimus Prime laku. Selalu sampai jual sale bila dah bertahun takde orang beli. Siap ada recycle bungkus balik dalam special edition pun takberapa laku.Dan Untuk movie, ini adalah Optimus Prime voyager class aku yang pertama.


Semuanya pasal truck mode dia jadi macamnie. First movie punya tribute untuk the original Optimus Prime setelah hampir 30 tahun. Terminator pun patut keluarkan tribute untuk trucknie pasal kat movie yang ada polis jahat tu pun diaorang guna truck G1nie jugak. 


Walaupun smoke stack dia ada sebelah aje, Still hampir 100% macam G1 punya Optimus Prime. Jangan la cakap takde trailer dan kontena kat belakang. Nanti mesti Jepun atau third party akan keluarkan.



Tapi pasal aku dah ada yang movie ROTF punya yang USS special edition, so boleh lekatkan terus. Lubang pun ada pasa yang lama tu pun voyager class punya.Jadi memang muatla masuk. Ta celuih langsung pun. So ini aku punya pembukaan untuk movie yang barunie. Ada rezeki adalah yang lain terutamanya leader class Grimlock yang jadi dinasour T-Rextu. Untuk penutup, oleh kerana takde edisi CDR1M harinie, untuk kawan-kawan rock yang tengah kemaruk piring hitam harinie, ada bingkisan dari KL iaitu


Def Leppard Slang deluxe yang aku pancing portdy tapi dia taknak. Ini terpakai yang harganya RM179.00 kalau tak silap.


Dan pemain piring hitam yang berharga RM5500. Pun portdy taknak. Sapa nak kirim, aku boleh belikan kalau ada lagi. Sabtu balik KL lagi.

7 comments:

  1. Slang RM179???...Rega RP6 RM5,500???....pergh!!!....sampai ke bila la aku tak mampu nak berlp.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang murah bro. Bawah RM1000 pun ada. Boleh jumpa dengan tokey kedainie. Yang RM5500 tu pun boleh bawak bincang lagi.

      Delete
    2. By the way, bawah piring hitam Slang tu ada gambar biru sikit tu Sepultura punya piring hitam. Harga lebih kurang aje.

      Delete
  2. terfikir aku polis jahat?

    ooooo robot boleh cair2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Mas sekolah budak-budak gelar mercury man pasal cair macam mercury

      Delete
  3. Slang deluxe lp ke tu?kalo lalu depan kedai TT kat amcorp tu memang menyakitkan hati tengok harga TT tu..heheh

    ReplyDelete