Sunday, June 29, 2014

TRANSFORMERS MOVIE 4 AGE OF EXTINCTION


Khamis lepas ingatkan balik kerja dapat tengok terus. Rupanya tak dapat. Maklulmla orang semua dapat cuti free JDT menang liga. Tak semua pergi Larkin. Punya ramai orang. Tinggal tayangan lepas pukul 11:00 malam keatas sahaja yang ada. So aku ambikla tiket esoknya aje lepas solat Jumaat.


Nie petang Jumaat punya orang beratur beli tiket. 


Popcorn sampai aku tinggal last. Orang belakang dapat air aje.


So review sikitla., movie yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak. Bagi peminat movie ianya ada sikit sambungan dari Dark Of The Moon sikit selepas menang keatas decepticon, mereka kini diburu balik oleh manusia yang nak buat Transformers mereka sendiri. Pihak manusia pulak membuat perjanjian dengan Lockdown(Lamboghini Aventador) untuk manusia mendapatkan benih untuk mencipta Transformers di bumi. (bahasa kartunnya nak cybernetickan bumi). Sebagai balasan Lockdown cuma nak ambik spark autobot dan tangkap Optimus Prime hidup-hidup sebagai piala dia. Memang sebiji watak Lockdown animated sebagai pembunuh upahan.
Bagi peminat kereta, semua hyper dan sport car ada dalam cerita ini. Pagani Huayra, Lambo Aventador, Bugatti Veyron dan Camaro baru(bumblebee) semua membuat kemunculan dalam filem ini. Padanla harga deluxe class naik jadi RM72.00.
Megatron hidup balik hasil ciptaan manusia dan dipanggil sebagai Galvatron. Tapi takde banyak cerita pasal Galvatron. Mungkin untuk movie akan datang. Semua berkisar kat Lockdown sahaja.
Untuk kategori manusia, dah takde watak-watak manusia yang sebelum. Semua watak baru, cerita pun baru. Watak awek-awek seksi Shia Lebouf dah takde dah. Kalinie berkisar dengan keluarga Cade Yaeger(Mark Walberg) bapa tunggal yang menjaga anak perempuan dia.
Untuk peminat macam aku, yang first sekali tentula geng dinobot punya kemunculan. Dalam ceritanie, dinobot adalah tahanan atau piala Lockdown yang Optimus Prime lepaskan.Optimus kena bergelut dengan Grimlock Dula baru ikut cakap Optimus.
Kedua, Truck G1 optimus Prime beraksila. Memang cantik CGI masa dia transform.Dan yang last sekali Galvatronla. Tapi yang tu tunggu next moviela.
Cerita ok. Memang boleh bawah budak-budak. adegan romen-romen kurang. Tapi still rated PG13 pasal banyak sumpah seranahla jugak. 

Bagi 4.8 bintang. (tak cukupkan 5 pasal terlewat 3 minit masuk dah start)


Saturday, June 28, 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


Saya mewakilli ahli keluarga Transformers United mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga semuanya menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keimanan. Insyaallah.

Friday, June 27, 2014

TRIP KE PADANG DAN BUKIT TINGGI INDONESIA 19/6/2014-24/6/2014 (PART 2)


Ok. Hari kedua. Lepas sarapan kat hotel sambil tunggu pemandu pelacong kami sampai, kami duduk kejap kat depan tugu di depan hotel kami.


Nie dia tugu dia. Tugu Presiden Pertama Indonesia Soekarno Hatta. Dia orang Bukit Tinggi.


Bertentangan tugu tu ada lagi satu tunggu. Banyak jugak tugu kat sini pasal Bukit Tinggi adalah bekas pusat pemerintahan Belanda dulu. So perjalanan harinie agak jauh merentasi Gunung bertentangan Gunung Merapi.


Sebelum memulakan pendakian, kami singgah jap kat salah satu pusat kraftangan untuk pelancong. Ini wajib pergila. Ini bengkel sulaman kain.  Tengokla hasil tangan orang tempatan. Harganya boleh tahan jugak. Se set kain untuk buat baju dan kain dalam RM100.00 jugak. Sambil isteri aku belek-belek, tuan rumah ajak aku minum kopi kat luar sambil bual-bual tentang politik dan ekonomi Indonesia.



Lepastu barula start mendaki untuk ke Istana Raja Minangkabau.


Sambiltu, pemandangan sepanjang jalan memang bestla. Memang cantik permandangan sawah bukit yang berpetak-petak bekas gunung berapi. Angin pun sejuk aje.


Nie permandangan kat platform separuh jalan yang kami berhenti untuk minum kopi.


Nie kedai dia. Kami beli kopi dan keropok sikit buat bekal balik Malaysia. 


Dah abis naik bukit, berhenti jap tepi jalan Aisyah nak tengok kerbau. Ini pun dia nak tunggang.


Sebelum sampai ke istana Raja Minangkabau, kami dibawa melihat Istana singgah Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Ini aje pun dah punyala lawa. Tapi yang ini tak boleh masuk. Tengok dari luar.


Sepanjang jalan kebanyakkan pokok kelapa kat sini macam gini.


Yang ini destinasi yang ditujui. Istana Raja Minangkabau. Yang ini jauh lagi cantik dan lagila besar dari Istana Seri Menanti tadi.


Istananie dah 3 kali kena bina balik pasal terbakar kena panah petir. Mau taknya. Tanduknya besi kilat. Memangla petir, kilat suka.


Ini gudang sinpanan beras untuk istananie. Pun besardah. Besar dan banyaknya gudangnie adalah lambang kekayaan sesebuah keluarga Minangkabautu. Kalau dah besar macamtu. Memang kaya rayala.


So kami pun masukla. Istananie tingginya 3 tingkat. Penat naik tangga.


Nie ruang tamu dia.


Ini jambatan nak ke dapur.


Nie depan salah satu bilik tidur.


Nie kotak tepi tangga. Tak tau apa dalamnya.


Nie permandangan dari tingkat atas. Tingkat 3. Tempat untuk kurung anak dara yang akan berkahwin.


Memang cantik permandangan dia.


Ada stable kuda kat belakang.


Taman kat belakang istana nie pun lawa.


Ada taman kolam kat belakang.


Petak sawah pun ada.


Lepastu kami melawat makam diraja Minangkabau. Tepi jalan aje. Tak takut sangatla.


Makam kaum kerabat dia.


Papan tanda pihak berkuasa tempatan yang tak bagi buat upacara yang syirik-syirik seperti menurun nombor.



Nie katil bagi bakal Raja Minangkabau yang baru yang kena tidur satu malam kat kawasan makamnie barula boleh ditabalkan sebagai raja yang baru. Kalau sekarang aku beranila tidur pasal tepi jalan besar yang sibuk. Tak takutla. Lampu jalan pun banyak.


Nie bilik persidangan keluarga diraja Minangkabau kat kawasan kuburtu.. habis singgahnie kami berhenti solat Jumaat.



Lepas solat Jumaat kami di bawa makan kat tengah tengah sawah bendang.


Memang tempat hentian pelancong yang kebanyakkannya orang Malaysia.


Nasi padang juga. Asingkan dulu mana yang tak makan.


Aisyah nampak pisang memang tak makan lainla. 5 biji termasuk yang bawak balik ke kereta. Lepas makan terus pulang ke hotel pasal perjalanan agak jauh tapi best layan permandangan yang lawa tadi semula turun bukit.


Sampai hotel, mandi dan sembahyang.


Lepas maghrib keluar untuk makan malam pulak


Malamnie restoran ayam penyet pulak.

Siap makan jalan-jalan balik kat area hotel jap kat Jam Gadang ambik suasana dan angin malam and then balik tidor.


Aisyah dan ibunya tido, aku layan bolajap. Semua game live dan percuma di Indonesia sampai ke subuh. Best. Rokok sponsor. Malatsia lagi best, Cocopie dan Ali Cafe sponsor.