Tuesday, June 24, 2014

TRIP KE PADANG DAN BUKIT TINGGI INDONESIA 19/6/2014-24/6/2014 (PART 1)


So dah dekat 2 tahun tak ada family outing. So tahunnie kami sekeluarga decide nak pergi Indonesia. Lagi jelas lagi pergi ke Padang dan Bukit Tinggi pasal dapat tiket murah kat Air Asiala. So Rabu lepas habis kerja terus gerak pergi Airport Senai. Nie on the way.


Naik motor aje pasal hari kerja takut sangkut jem kat Pekan Nanas. Lagipun parking pun murah. RM1.00 aje motor sekali masuk.Hehehehe. Cepat jugak sampai. 6:40 dah sampai. Naik kereta selalu balik Jumaat pun dalam waktu yang sama sampai. Cuma Jumaat tak jem sangat. Naik motornie bestnya rasa macam Awie pulak. Sambil nyanyi"kedamaian yang ku cari"


After maghrib terus ambik flight ke KL. Isteriku ambil kat airport subang. Kemas-kemas baju, terus tidur pasal nak kena bangun awal. Flight pukul 7:10 pagi. Tiket murahkan.


So 4:30 pagi dah keluar. Parking kat stesen ERL Putrajaya naik ERL ke KLIA2 yang Najib baru rasmikan tadi.


Kesian Aisyah yang dipaksa bangun dan mandi awal.


Ada banyak sebab kena awal. Walaupun flight pukul 7 pagi, dah web check in dan dop off beg, masa berjalan ke terminal antrabangsa agak dalam sejam jugak. Pramugari yang jaga beg itu sendiri suruh gerak terus jangan singgah mana-mana. Memang betul kata dia dengan security check yang ketat, sampai terminal dah pukul 6 pagi. 


Sempatla sembahyang subuh gilir-gilir dengan isteri aku. Surau pun pack. Patut buat masjid tengah-tengah terminaltu. Aisyah pun sambung lelapla balik.


So 0735 pagi kami sekeluarga berangkat dengan berbekalkan keropok lekor dan sos Terengganu yang berjaya di seludup masuk.Hehehehe. Penerbangan 1 jam aje. Jadi tak cramp sangatla duduk kat seat economy.Rasa aku pun macam dah ok sikit kot. Once upon a time, a few mistake ago, Air Asia  macam dulu rasa lagi sempit.


So sampai pun pagi lagi. Nak ke Bukit Tinngi tak Jauh sangat. Cuma dalam 100km aje. Tapi pasal naik bukit dan traffik yang sibuk, dekat 3 jam baru sampai. Jadi separuh perjalanan kami stop jap makan kat restoran nasi Padang kat salah satu pekan kat kawasan Padang. namanya Kota Padang Panjang.Sebanyak tu lauk untuk kami bertiga. Tapi lauk yang tak sentuh dia tak charge. Yang makan aje baru charge.


Nie antara yang aku try. Usus lembu yang dalamnya diisi telur dan tauhu. Okla. Ambik separuh aje pasal besar sangat.


Yangnie favourite ake, bebola daging lembu masak lomak.


Niela pekan yang kita orang berhenti makan.


On the way berhenti lagi beli lempeng kelapa bakar. Aku lupa nama lempengtu. Tapi sedapla makan panas-panas. Ada perisa kelapa dan pisang. Aku pilih yang hangus-hangus sikit pasal ada gaing sikitla.


Dalm pukul 2 petang sampaila kat Bukit Tinggi. Angin sejuk macam kat Cameron. Nie kat area Dataran tengah bandar depan Hotel penginapan kami. Tu Gunung Merapi yang masih aktif gunung berapinya.

Jam nie pun mercu tanda dia. Nama dia Jam Gadang. Nie yang paling famous kat situ. Hadiah Queen Victoria katanya pada kerajaan Belanda pada zaman dahulu kala. 


Sambil nak tunggu pemandu pelancong kami datang pukul 5 petang untuk sesi tour petang, kami sempat naik kereta kuda bukan setakat seluruh pekan Bukit Tinggi hampir dekat 20 Km jugak aku rasa naik kereta kuda. Harga dalam 100000 rupiah. Dalam RM35.00. Nie kami berhenti  kat track race kuda lama hentian kereta-kereta kuda ini. Sampai sini Aisyah dapat naik kuda sendiri pusing satu pusingan track race kuda dengan harga 25000 rupiah dalam lebih kurang RM8.00. Kat Malaysia pusing sikit dah dekat RM30.00. Nie satu track lumba memang murah. Recomendedla kalau bawak anak nak rasa naik kuda. Bukan kuda kecil antau kuda rekreasi, tapi kuda baka lumba punya. Memang tinggi dan besar.


Dah puas main kuda, balik ke hotel naik keta kuda jugak dan pemandu kami bawak kami bawak pusing-pusing pekan Bukit Tinggi dan tengok monument-monument yang ada siap lalu track lumba kuda tadi jugak. Nie antara mercu tanda kat situ yang ada kat Bukit Tinggi iaitu  Pejabat Majlis Daerah Bukit Tinggi. Cantik atap Minangkabau dia. Hampir banyak bangunan kat situ bumbungnya bumbung Minang Kabau. Pasal magrib kat sana pukul 6 petang dah masuk, so lepas tu terus pergi makan malam.


Untuk malam kami di bawa ke tempat bukan nasi padang pulak. Nie ala-ala barat sikit. Tapi ada macam-macam menu tempatanla. Nie yang dia recoment. Bakso bakar. Macam sate. Sedap.


Aisyah makan chicken chop manakala mak abah dia makan nasi goreng aje.

So abis makan, balik hotella. Complete hari pertama punya simple tour. Yang best harinie bab naik kereta kuda dan naik kuda bagi Aisyah. Makan pun best. Besok sambung lagi Tour. Insyallah nanti sambung lagi.






5 comments:

  1. makan pinggan2 tu yang amazing tu..
    walau untuk dorang kalau mana kita tak sentuh dorang tak charge

    tapi pada aku cam tak hygenic gitu, so kat Bandung aku terus mana lauk2 yang tak mau, aku letak kat tepi, jadi takde contamination kalau kata dorang serve kat orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun buat macam gitu jadi takdela tercuit. Banyak sangat sampai penuh meja.

      Delete
  2. ni pergi sendiri ker guna agency?..

    ReplyDelete
  3. Ok.Tiket flight cari sendiri. Yang pakejtu isteri aku ada baca kat blog sorang brother yang ada kaki yang boleh jadi pemandu pelancong. Satu orang RM525aje siap hotel semua. Aisyah free. Macam mahal sikit. Boleh dapat yang lagi murah tapi tiket masuk mana-mana dan duit parking yang memang banyak bayar sendiri. Yang kudatu takde dalam program. Tu main sapu sendiri tepi hotel. Tapi berbaloi Cik Bert bawak anak naik kuda. Macam ko anak ramai belanja naik kuda memang okla. Pasal murahkan. Kalau kat Malaysia boleh jejak ratus-ratus jugak. Recomendedla.

    ReplyDelete
  4. Nanti aku ambik dari camera bini aku aku post gambar Aisyah naik kuda.

    ReplyDelete