Wednesday, August 27, 2014

TRIP KE PADANG DAN BUKIT TINGGI INDONESIA 19/6/2014-24/6/2014 (PART 4)


Ok. Hari keempat. Harinie hari last kat Bukit Tinggi. Jadi nie permandangan dari atas hotel kami sekeluargala.


Memang cantik dan nyamanla angin pagi yang sejuk.


Dah siap turun beg. Kami sarapanla dulu.


Lepas sarapan, kami jalan-jalan last kat Dataran Jam Gadang. Ramai orangdah pagi-pagi ada senam robik.


Ini keterangan tentang Jam Gadang.


Duduk jap tengok aktiviti orang kat situ.


Pastu terus pergi secara rasminya ke Lubang Jepun yang kat belakang hotel kami.


Dia punya view pun cantik. Tourist guard kami pun suruh ambik gambar dulu sebelum turun ke dalam Lubang Jepun


Nie pintu masuk dia.


Lubang Jepunnie adalah peninggalan jajahan Jepun. Ceritanya tempat sembunyi mereka, tempat bunuh tahanan perang dan katanya ada emas. Tu yang Jepun buat terowong perlindungan sambil ambil hasil bumi kat Bukit Tinggi.


So ini dalam terowong nie. Agak spooky jugakla. Katanya seluruh Bukit Tinggi di korek. Cuma yang sikitnie aje yang dibuka. Antara sebab bangunan kat Bukit Tinggi takde yang lebih 3 tingkat taku jerlus ke bawah terowong itu.


Sepanjang perjalanan dalam terowong nie. Sejuk kat dalamnie. Ada tempat boleh masuk dan ada yang tak boleh. Tourist guide aku memang macam-macam benda pelik jadi kat sini. Tapi dia tak mau ceritala. Even walau masa kita dah keluar. 


Ini salah satu pintu keluar kat terowongnie. Yang nie ditutup pasal keluar aje terus gaung.


Ngeri-ngeri pun ambik gambar jugak. So lepasnie terus bergerak turun ke Padang.



Singgah ke salah satu lagi tasik  menghadap Lautan Hindi. Tapi yang ini boleh mandi.



Layan Aisyah mandi jap.



Pastu jalan-jalan naik bot kayuh or basikal air.


Selepas layan Aisyah mandi, dah time makan tengahari. Kalinie kami singgah makan sate. Bini aku yang request. Kedai sate nie tak jauh dengan kedai makan yang kami mula-mula sampai haritu.


Agak unik dan sedap sate padangnie. Ada beza sikit dengan sate kita.  Tak manis sangat dan daging dia campur-campur dengan hati dan paru, babat. Kuah dia macam kuah dal roti canai cuma rasa serai. Dan dimakan dengan keropok kulit lembu.

Ketupat pun ada.


Habis makan terus gerakke Padang. Dalam lepas tengahari sampai dah.



Sama keadaannya macam kat Bukit Tinggi cuma panas. Jalan pun lengang pasal hujung minggu orang semua naik Bukit Tinggi.


kemudian kami dibawa ke tepi salah sebuah pantai kat Padangnie.


Tenagh ada pesta promosi motor skuter Honda masa kami sampai.


Kat sini terletaknya kesan hikayat Malim Kundang yang disumpah jadi batu macam Tanggang. Nie serpihan kapal dia.


Tak nampak sangat pasal dah ditutup pasir pasal takde yang preserve kawasan ini. Bebas gitu aje. Sampah pun bersepah sikit. Tol haram nak masuk pun banyak. Dah pusinpusing jap terus gerak ke hotel.


Hotel muslim. Agak nicela.



Siap ada perpustakaan percuma.


Malam kami dibawa makan nasi padang yang famous kat Padang. Ramai gila orang. Ingatkan lenagng takde orang. Pelancong pun ramai. Terletak kat tepi roundabout kat bandar Padang.


Yangnie lauknya agak grandla.


Landskap pun lawa kat sini.


Layan Aisyah kat air terjun. Pastu balik rehat dan kemas untuk baluk besoknya.


Baru ada internet. Sori lambat update. Sibuk sikit bulan ramadahan dan awal raya.  Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir batin. Cerita Bukit Tinggi tak habis lagi dah nak pergi Medan pulak Jumaat. Robot pun dah berderet nak interframe tapi tak sempat. Ulangtahun pertama mEtallica Live in Malaysia pun tercicir. Fender stratocaster pun ada jugak.Aduh banyaknya. Insyallah kalau sempat satu satula.


No comments:

Post a Comment