Wednesday, June 19, 2013

THE MIGHTY CELERON 2.6ghz (2007-2013) AND THE HUMBLE CELERON 1.5ghz SUPERLEGGERA(2013-now)

Bermulanya pcnie aku beli kat Taman U pada harga RM499.00 aje. Setelah 6 tahun, aku dah tukar 2 power supply, 3 monitors,1 motherboard, 1 hard disc (from 40GB ke 1TB) dan sepasang mouse dan keyboard, minggu lepas aku membuat keputusan untuk stop repair pcnie. Kesian dah, dah lama kerja. Tukar processor baru pun sama. Memang dah nazak dah. So aku jump start balik dan sedut dulu apa yang patut sebelum aku rehatkan dia mungkin untuk 4-5 tahun. Still repairable.Aku sayang pasal ada TV dan Radio card.  Tapi bagila rehat. Celeron memang sinonim dengan kawan-kawan dan family aku. Adik aku masa masuk ITM dulu sibuk nak beli Laptop aku propose beli desktop celeron. Dari diploma bawak ke degree sampai harinie still jalan lagi. Siap kena rampas dengan resident staff 2 kali kerana having to much fun with the altech lansing aku providedkan. Bila dia dengar aku cakap dah boleh bawak balik KL , happy dia. So. Dah kena beli PC baru. Jadi pergila best world(Danga City Mall) 

Punya canggih sekarang, CPU dah besarnie aje tinggal. Yeah Acer Veriton. Memang terkenal dengan design-design yang smart dan kecil. Yang ini menggunakan Celeron version baru yang keluar tahun lepas. Walaupun dalam carta Intel keluarkan dia letak kat bawah sekali rangking dia, performance dia quite alarming. Walau 1.5ghz aje, tapi laju dia lebih laju dari aku punya 2.6ghz yang lama. Ram sama 2gb jugak. Rasa processor 1.5ghznie dah di superchargekan. Hard disc dia pun 500gb. Besar jugak.

Apa-apa pun yang buat mahal niela. Saiz dia. Berat kata orang kedaitu 1.5kg aje. Bawak labtop pun lagi menyusahkan. Harga RM1400. Dengan harga yang sama aku boleh dapat i5 punya . Takut jugak nak beli takut tak perform pasal enjin kecik tapi tengok dia upload Windows 7 selamba aje macam i3 aku kat office. Sambar aje. Dan aku agak berpuas hati pasal aku dapat teruskan legacy Celeronnie.

Pakej siap dengan monitor, wireless keyboard,mouse. Monitor kena ambik pasal CPU nie dah takde VGA port. Tinggal DVI dan HDMI aje. Ada datang dengan stand kecik untuk berdirikan CPU tu.

Tapi stand dia boleh selak macamnie. So CPU boleh selit lekat belakang monitor. Bluetooth, wifi built in.


 Bukak semua dah boleh masuk beg bawak naik motor, bas, kereta dan kapal terbang.bawak power dan HDMI cable dah boleh start kat mana-mana.
Nie work station aku kat rumah. Radio tu merangkap speaker PCtu sekali. Best bukak kuat-kuat main plant dan zombie.
Yang spare barunie, bagi kat adik aku pasang kat Mighty Celeron Dia.

5 comments:

  1. Pernah tengok cpu yang kecik tapi x confident nak beli pada mulanya, lepas lu buat review mcm ni...haaaa itu lain cerita haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Nice bro. Jangan expect speed macami3 dan i5,yang penting kat sini, bentuknya yang smart. Tapi bagi aku, reliability Celeron tu yang buat aku still respect kemampuan dia.

      Delete
  2. ooo...ada cpu macam ni ek...ketinggalan bas betul la aku....Buta IT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aku jadi boss IT kat opis aku, aku beli pcnie untuk staff aku. Takdela semak sangat kat kandang opis kita dengan CPU yang besar-besar.

      Delete