Terrorcon Cliffjumper. Keluar kat First Edition punya label masa awal-awal promotion Transformers Prime. Masa tahun lepas punya San Diego Comic Con , yang special Edition macam nie yang siap packing dalam kotak Rust In Peace(RIP) boleh jejak sampai RM300.00.
Tapi seperti biasa Hasbro tak kejam. Dia keluarkan yang normal version. Lewat sikit dari first edition yang lain tapi bagi fans yang tak berapa ada budget yang besar. Ini sudah memadai. RM59.90. Yang problem kat Malaysianie,cara diaorang distribute tak berapa nak bijak sangat.Aku lansung tak nampak kat Johor even kat Toys R Us. Yang lain first edition macam Bumblebee, Arcee, Vehicon dan Star scream berlambak. Ynag nie pulak aku nampak berlambak kat Alamanda bulan lepas. Tapi aku dapat dari Cjuan lagi. Seorang penjual kat eabay Malaysia yang jual pada harga RM50.00. Terima kasih banyak-banyak. Aku sedang menanti Transformers Animated Blackaracnia dari dia. Kalau tengok description dia sentiasa start dengan amaran "JANGAN ASYIK BELI MAINAN AJE SAMPAI ANAK TAK MAKAN" Nice advice bro.
Berbalik pada Terrorcon Cliffjumpernie, Yang best keluar dari first edition punya label adalah betapa detailnya. Gambar atastu, lambang autobot tu bukan sticker tapi straight dari plastic molding.
Ini merupakan Cliffjumper yang dah mati. Namun, megatron cucuk dark energon kat dia terus jadi zombie suruhan dia. Geng-geng autobot agak terkejut apabila mereka signal cliffjumper setelah dia mati. Apabila datang nak selamatkan dia, mereka telah diserang oleh cliffjumper. Setelah berjaya menumbangkan dia, geng-geng autobot bawak balik untuk dikebumikan kat atas secret base diaorang. Nak musnahkan terrorcon punya zomcie hanya potong kepala sahaja hukumnya. Itulah yang jadi pada Cliffjumper yang ini.
Ini vehicle mode dia. Jadi kereta otot America. Nampak sama tapi nak transform langsung tak sama.
Yang first edition kebanyakkannya lebih mudah nak transform.
Nie robot mode dia. Kalau sesiapa yang tengok siri primenie memang sedih melihat bertapa seksanya kehidupan dan kematian cliffjumpernie. Partner kedua arcee yang mati selepas tailgate. Cliffjumper hanya keluar 2 episod awal musim pertama dan 1 episod musin ke2 kat tengah musim itupun masa Arcee ceritakan semula kehidupan dia dengan Cliffjumper. Satu episode full tribute untuk Cliffjumper.
Well apa-apa pun Cliffjumper untuk Siri Prime dah R.I.P (Rust In Peace). Ini istilah baru untuk Transformers yang dah mati.
Rust in peace...haha mcm lagu Sepultura tu pulak
ReplyDeleteMemang ini istilah yang diaorang pakai. Bukan aku buat-buat.
Delete:p Ni mainan untuk bapak ke untuk anak? :p
ReplyDeleteHehehe. Abah yang punya. Anak ada try bagi tapi macam tak berminat.
DeleteBy the way. Terima Kasih singgah.
Delete"Yang lain first edition macam Bumblebee, Arcee, Vehicon dan Star scream berlambak.."
ReplyDeleteSebenarnya I tengah mencari di internet kalau2 ada yang nak jual Prime First Edition Bumblebee. Last last terjumpa blog ni..Kat TRU Kuching sini takde jumpa pun FE Bumblebee.:( By the way, nice review!