Sunday, August 18, 2013

HARI RAYA KE -11 (3 HARI LAGI)

Apa-apa selamat hari raya dahulula untuk semua. Maaf Zahir Batin. Permulaan yang tak baik bagi hari raya tahunnie kerana bini aku terpaksa menjalani pembedahan seminggu sebelum raya. The good thing dia dan Aisyah dah seminggu awal kat Pontian bersama aku sebelum raya. So gambar atastu hadiah adik aku untuk ceriakan kakak ipar dia. Meriahla malam raya.

So hari raya pergi berayala. Raya tahunnie siap ada durian. Tu anak aku tengah layan. Bini aku pun curi-curi makan 2 ulas despite pantang katanya.


Jumaat lepas pulak pergi hantar adik aku kahwin kat Kedah. Tolak lepas maghrib, sampai pagi semalam. Penat toksah cakapla. Naik bas rombongan Cik Kiah. Pontian - Baling. 900km. , Jaln kaki rentas sawah plus naik bukit 2KM nak sampai rumah pengantin perempuan. Memang terbaik

Berbaloinya pasal makan best. Nasi putih, gulai kawah dan kerabu babat. Memang dah lama ku tak makan nasi kenduri kahwin kat Kedah. Area sana tak main nasi minyak, beryaninie. 

Yang best lagi, hampir semua pakcik, sepupu aku juga pergi. Ada yang drive sendiri. Aku kahwin kat Air Hitam aritu pun tak seramai dan meriah ini. Bersama Nadia dan Wak Salihin aku.

Bini aku tak pergi tapi ada kawan-kawan dia datang rumah ziarah dia semalam siap buat pot luck raya.

So dah settle dua main event. Tinggal satu lagi Rabunie. Aku still cari baju melayu hitam aku tak jumpa-jumpa. Aku dan portdy plan nak pakai baju melayu hitam.
Kalau tengok gambar atas, Seating dah habis. Rasa Rabunie ada Mexican Wave kot. Bagi siapa yang tak beli lagi,dah ada diskaun 10%.Aku harap habisla sebelum Rabu. The more The bangerier

Yang nie pun boleh tahan jugak. Sudah 3 section dah sold out.Sama macam Metallica, Tiket PPRT habis dulu. Amoi opis aku pergi yang ini. So okla. Gilir-gilir cuti. Dia Isnin dan Selasa. Aku Rabu dan Khamis. But aku still recomended pergi yang atas. So Rabu siap yang ke Stadium Merdeka, jumpa di sana.

P/S Tahniah Man Utd. Top of the league again were you left last season.



5 comments:

  1. tak dapat la aku nak join...lot bungalow jer yg tinggal...

    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  2. Semoga sihat ye love one ko.
    Linkin park tu puaka betul harga tiket dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ. Alhamdulillah dah start kerja harinie siap balik kena saman JPJ lesen mati.

      Delete
  3. Memang agak terukla harga tiket dua-dua konsert nie. Betul-betul sembelih punya.Memang kesian bagi fan-fan yang betul-betul minat gila. Portdy pun terkilan dengan harga tiket Linkin Park tu pasal kalau ikut priority, tu yang dia nak pergi. Kat Cik Bert pun aku kesian jugak.Real fan memang patut duduk kat depat tu. Tapi harga RM600 memang susah nak cakapla.

    ReplyDelete