Ini Nisssan GTR aku. Banyak orang panggil Skyline. Yang biru tu R34 (ada sompek sikit anak aku drive langgar divider rumah kat Melaka dulu) dan yang Kelabu tu R35. Ini merupakan kereta RC(remote Control) keluaran Takara Tomy dalam label Q-Steer. Company yang sama keluarkan Transformers.
Ini merupakan RC kedua terkecil keluaran Takara Tomy selepas Bit Charge. Dua-duanie memang susah nak dapat. Keciknya keretanie besarnya cuma dalam sati inci persegi aje. Kalau tengok gambar atas, tiap kereta ada dua gelombang aje. sama ada A,B atau C,D. Remote control ada 4 gelombang A,B,C,D.Adjust suiz aje. Kalau kereta adjust ke A, remote pun adjust ke A. Kalau ada 2 kereta set kat gelombang yang sama, satu control pun dua-dua kereta jalan.
Dia menggunakan bateri L44 yang sama dalam ferrari tarik belakang yang beli kat shell dulu. Kat kedai 2 ringgit banyak. Satu papan 10 biji RM2.00 aje.
Yang tu bateri yang mahal sikit.Kontraktor aku ganti balik pasal bateri pH analyzer dia habis kat site pakai bateri RM2.00 aku dulu. Bateri RM2.00 pun ok. Habis masuk baru aje.
Nie antara kolesi aku yang agak rare aku dapat. RM10.00 aje masa longgok kat Metrojaya Danga City Mall. Kalau ada sekarang agak mahal. Aku pernah jual kat budak Sabah RM50.00 sebiji. Kalau kat online, agak mahal dan hanya kereta Doraemon dan Mario Bross aje yang bersepah. Kereta-kereta ini memang agak sukar nak dapat.
Enjoy.
Perghhh menarik gak kereta ni! Haha
ReplyDeleteNiela pelepas penat dan stress kat opis. Main atas meja aje.
ReplyDelete