Tuesday, February 11, 2014

HOUSE OF KRE-Os


So, ini adalah current display rack aku. Dah padat dah yang tiga rack. Yang kiri sekali aku dapat sikitla untuk koleksi  KRE-O aku. Tu yang lapangtu pasal tak banyak lagi.


Baru nie aje yang ada. Tapi ini adalah projek yang best untuk aku expandkan.


Walaupun baru sikit, tapi total blok untuk projek kat atasnie dah jejak lebih seribu blok.Semua ada manual untuk buat. Tapi since aku banyak parts blok yang lebih, macam-macam yang boleh aku buat.


Contohnya macam optimus prime yang standard belah kanantu. Itu standard set yang ada. Tapi since aku ada banyak spareblok, Aku dapat buat Nemesis Prime yang warna hitam belah kiri. Blok-blok extranie aku dapat dari lebihan vehicle mode dan dari set yang aku ada tapi dijual murah. So untuk hunting lepasnie, bukan Kre-O Transformers sahaja yang aku akan cari, tapi set Kre-o dari battleship dan GI-Joe yang aku buat spare untuk macam-macam projek transformers aku. Kan best kalau optimus prime tadi ada warna merah aje (Flame Convoy) atau putih aje(ultra magnus). 


Yang bawah still kosong. Banyak lagi boleh isi. Kalau dapat constructicon devastator yang 550 bloktu pun muat.(target aku tu)


Yang patung Kreons keciknie, mostly free datang dengan set blok yang aku beli.


Yang kotaktu, official container hasbro keluarkan untuk set Kre-Onie.


Still ada banyak lagi parts cuma belum ada masa lagi nak layan. Imaginasitu dah ada. Dah jadi budak-budak balik aku. Tapi sepoerti aku cakap, inilah aku punya relax therapy.


Nie buku-buku manual. Tak boleh buang. Nanti susah nak buat balik kalau dah diceraikan. Setakat 40 blok takpe lagi. Kalau dah 300 blok boleh pengsan nak ingat.


So ini keadaan dia sekarang. Ada rezeki bertambahla. Rak tu pun patut dah kena tambah. Kat dalam blik aku dah penuh 2 kotak toyogo besar yang simpan tak display-display. Last aku beli sebelum kahwin. Insyallah ada rezeki pun aku tambahla display rack IKEAtu.

1 comment: