Wednesday, February 5, 2014

TRANSFORMERS KRE-O RIPCLAW+CR1M (THE WONDERS_THAT THING YOU DO! OST)


Ok. Ini KRE-O Transformers yang baru dapat Isnin lepas. Kat Expo ada jual jugak tapi aku dapat kat TESCO aje. Kat EXpo aritu pun dah offer murah pun tapi TESCO pun offer jugak. So on the way balik aritu singgah dan sambar terusla.Kat Expo offer pada harga RM90.00 tapi TESCO lagi jahat. Markdown sampai tinggal RM12.00. Aku beli dua set pasal HJ kata nak satu. Aku tak tau kenapa orang kurang gemar dengan KRE-Onie.Serius aku tengok memang still berlambak-lambak kat pasaraya. Pasal Tak offer macamnie. Kalau offer macamnie aku sambar semua. Even kat Expo haritu, mascot dan interactive games ada oPTIMUS DAN BUMBLEBEE kre-o, tapi showcase untuk KRE-O langsung takde. Padahal aku rasa kalau bukak booth untuk  buat robot lagi seronok untuk budak-budak yang datang. Takpela, mungkin sekarang tak laku. Selalunya bila dah takde baru orang hargai. 


Ini KRE-O Transformers yang baru untuk siri Beast Hunter. Bukan naga predaking, tapi yang nie kecil sedikit naganya. Namanya RipClaw.So set ini ada 199 keping block. Dah lama tak buat blok KRE-Onie. So yangnie aku ambik masa 2 HARI untuk siapkan hanya robot mode dia aje. Siap ada sayap plastik. Agak rumit jugak nak buat(tu yang 2 hari baru siap) pasal banyak special parts kecik-kecik. Nak pasang taring, kuku dan ekor. Yela tangan aku besar. Tapi ini yang best pasal aku minat cantum-cantum blok macamnie cuma  dulu takde yang untuk buat jadi TRansformers. Lego dulu takde keluar. Untuk Star Wars adala.


Seperti set-set besar yang lain,. Mesti dapat 2 Kreon. 


Yang kiri tu Sarjan Daniel Witwicky dan yang kanan tu miniture Ripclaw tu sendiri. Kena cantum jugak tapi mudah. Sebagai warm up. Untuk budak-budak memang agak sesuai.3-4 blok aje kena cantum


Untuk yang dewasa, boleh buat yang 199 blok punya.So nie robot mode yang dah siap Agak besarrla macam voyager class punya saiz. Hampir semua 199 blok dipakai untuk jadikan Ripclaw. Terapi yang best untuk aku. Sama macam orang relaks dengan buat jigsaw puzzle(macam isteri aku), mengait dan cross stitch. Sabar pun kena banyak bila nak cari blok yang sesuai dan pasang part yang kecik-kecik. Boleh tryla.



Oh lupa. CDR1M minggunie. The Wonders(That Thing You do!)(OST). Still Rabu lagi.






2 comments:

  1. semalam aku tengok gezek transformers yang keluar time super bowl tu hari. dahsyat!!

    ReplyDelete
  2. Oh. Tak tgk lg. Dengar hari yg sama first edition leader class optimus prime pun launching sekali. Truck mode dia lawa, robot mode dia hodoh sikit.

    ReplyDelete