Jarang sekali Hasbro atau Takara buat tribute untuk Beast wars atau Beast Machines. Tapi untuk ulang tahun yang ke 30nie, aku dah nampak 3 yang dah dan akan release. Salah satu yang released adalah yang ini dari siri Beast Machines iaitu Vehicon Tankor.
pADA MASA BEAST MACHINESNIE DAH TAKDE LAGI GOLONGAN DECEPTICON ATAU AUTOBOT. Masih lagi ada dua puak tapi namanya dah lain. Satu puak adalah beastbots yang diketuai oleh Optimus Primate(optimus Prime Gorilla) dan yang Tankornie dari golongan Vehicon yang diketuai oleh Megatron(naga besar).
Ini version tahunnie. Tak banyak beza dengan yang asal keluran 90an. hampir sama. Rasa moulding yang sama. The nice part aku bidding RM13.00 dah dapat dari China punya seller. Tah mana dapat lubang tah. tapi rasa pasal beast machines tak ramai yang berminat,tu yang murahtu.
Tapi nak cerita pasal tankornie memang sedihla. Dianie masa Beast Wars adalah Rhinox. Orang kanan Optimus Primal yang boleh jadi badak sumbu.Selepas cosmic ray masa episod last penutup last beast wars nak masuk beast machines, tak tau macamana Rhinox hilang dan megatron dah ada tentera Vehiconnie(aku dah lost kat sini pasal tak ikut perkembangan sangat) Kerja vehiconnnie disuruh oleh Megatron untuk bunuh beastbots yang ada kat cybertron pasal dia tak mau ada hidupan organik kat Cybertron.Macam penghapusan etnikla. So Megatron ada 3 set vehicon dan Tankor(Rhinox) adalah salah satu orang kanan dia.
Yang beastbot dapat tahu yang Tankor nie Rhinox apabila Rattrap(Bumblebee tikus) tercucuk ekor dia untuk download data dan mencorrupkan Tankor. Kat situ dapat tau yang Tankortu Rhinox. Pernah diculik untuk diubat dan hampir berjaya namun bila disiasat memang hati dan sanubari dia memang nak jadi Vehicon. So Optimus tak boleh halang pasal itu kehendak dia sendiri. Memang sedih jugak masa optimus suruh lepaskan balik dia selepas segala usaha mengubat dan memujuk gagal. Well, untuk siri yang ke 30 tahunnie juga , Rhinox juga dikeluarkan. Insyallah ada rezeki adalah.Marikita memburu badak sumbu pulak.
aku ingatkan BREAST MACHINE
ReplyDelete