Sunday, September 21, 2014

MALAYSIA (4) LAWAN KEMBOJA(1)

 
Lebih sepuluh tahun tak pergi Stadium Shah Alam tengok bola. Walaupun friendly tapi agak teruja jugakla.

 
Pasal friendly, so beranila turun pasal orang tak ramai.  Kereta keluar masuk pun senang. Nak shopping pun senang.

 
Ini aku tak expect. Friendly pun dah RM20.00. Hatga sekarang kot. Kalau dulu setakat friendly paling mahal pun RM5.00. Tu siap motor boleh parking tepi seat. Mostly freela kalau game persahabatantu yang biasa-biasa aje. Malam semalam punya persahabatan kelas A.

 
Masuk-masuk ingat game baru nak start,

 
Rupanya dah nak habis first half. Bila pulak bola Malaysia start pukul lapan pun aku tak tahu. Selalu 8:45 baru start. Jadi tinggal 5 minit lagila first half aku. Malaysia tengah leading 2-0.

 
Aku port kat belakang bench kemboja. Lengang pun takde orang. So senang hisap rokok. Tapi time rehat penuh, orang pegi pagar tepi nak ambik gambar Dollah salleh dengan palyer masuk terowong.

 
Ultra Malaysia kat corner sana. Tak berhenti-henti nyanyi.

 
Nie dua beradik main keja-kejar masa waktu rehat.

 
Second half dah nak start.

 Kat site aku nie aje orang yang ada.

 
Apek tengah save bola.

 
Nie yang kat belakang aku. Bolehla.

 
Piya nak masuk.

 
Safee pulak nak masuk.


Geng drum Selangor kat atastu. tak ramai tapi dengarla jugak bunyi.

 
Kerap jugak kena attack second half. Bolos satu jugak Malaysia. Second half Malaysia goal lagi 2 biji. Joseph Kallang T dengan Badrol Bakthiar.

 
Final score
 
Yeah menang.
 
Dollah sedang diinterview.
 
Area aku duduk penuhla time player masuk terowong.

 
Respek player Malaysiala. Paling terukpun diaorang semua lambai dan senyum pada semua penyokong yang tunggu diaorang. Termasuk Dollah sekali. Apekla paling best, senyum dengan tepuk tak putus-putus sampai dalam terowong.

 
Sebelum balik shopping jap beli banner. Baju dan banner team kebangsaan dan tempatan boleh tahan murahnya.

 
Balik pun tak jem siap FRU escort lagi balik pasal hisap rokok dalam stadium. Hahaha.

 
Nie banner yang aku beli. Sokong FAM. Hahahaha.

6 comments:

  1. aku pun dah lama tak masuk stadium shah alam...tapi pasar karat dia tu selalu jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak berapa karat dah pasarnya sekarang. Dah penuh tiap Ahad macam pesta. Macam macam ada jual. Tapi lagi best zaman aku belajar dulu jugak. Betul-betul orang bukak boot kereta jual barang yang diaorang tak pakai.Noble tak tak pikir untung snagat. Macam yard sale betul. CD pun RM2.00 aje satu time tu. Sekarang. Bayang CD tak nampak dah. Banyak jual baju baru, bundle yang harga tak tentu arah, makanan dan sabun basuh cecair 3 dalam satu yang bini aku rajin beli. Berattu nak bawak kalau parking keta jauh-jauh.

      Delete
    2. setuju...rope walk kat stadium bandaraya penang pada aku bazar karat yang terbaik...cd...lp semua ada...

      Delete
  2. last aku pergi Barcelona nye game..
    macam siot, aku kena seberang hiway, kena seberang trek keretapi macam pendatang haram, pasal nak naik Komuter balik KL.
    Public transport gi shah alam, hancor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian. Orang Shah Alam tak naik public transport. Kat rumah sorang keta lima enam biji. Student aje yang naik teksi dan bas. Jauh tu jalan dari stadium sampai komuter Batu Tiga, Boleh melecit kelengkang kalau aku. Next time bnaik komuter sampai seksyen 16. Kurang-kurang bas mini dan teksi ada pasal student ramai kat situ. Tak pun lain kali telefon. Aku ambik. Rumah isteri aku tak sampai 5km dari stadium dan komuter.

      Delete