Saturday, September 20, 2014

G1 TARGETMASTER CYCLONUS


Cuti Hari Malaysia haritu berpeluang jugakla aku untuk kemas dan buat inventory sikit robot aku. Adala sekotak lagi yang tak keluar. Jadi hari tu sempatla keluar kan sikit dan lap-lap sikit yang ber habuk dan masukkan kat display rac. Takde beli rak baru, cuma kasi sumbat ruang-ruang kosong yang ada..


Bila buka-buka, ternampakla aku robotnie. Antara robot yang aku paling respek dan sayang. Aku beli kat One Utama hampir 6 tahun lepas kat sebuah kedai kat west wing tak salah aku sebelum sampai ke Jusco. Bulan lepas ada jugak pergi balik cari kedaitu tapi tak jumpa. Mungkin dah tutup atau aku sesat. Mungkin salah wing. Jusco jumpa. Specialnya robotnie timetu sampai aku skip(atau lupa) untuk beli MCFarlane punya pop 3D album cover Master Of Puppets dan beli robotnie dengan CD Blur The Great Escape. Nama robotnie Cyclonus. Orang paling kana dan paling setia dengan Galvatron.


Kalau Megatron orang kanan dia Starscream. Selepas Megatron mati dan diresurrected balik sebagai Galvatron, Uniicron bagi Galvatron Cyclonus sebagai orang kanan. Ini semua anda boleh download atau beli DVD Transformers G1 The Movie "Till All Are One". Kalau Starscream suka tikam Megatron dari belakang, Cyclonu merupakan Decepticon yang setia dan taat dengan perintah Galvatron.Tak pernah melawan. Kena marah pun angguk aje. Tapi autobot paling takut dengan Cyclonus pasal kalau turun padang,memang susah nak menang dan kadang-kadang kalah. Lagi satu yang aku respek denagn Cyclonusnie, walaupun digerunni oleh autobot, dia selalu boleh dibuat runding oleh autobot. Kira pegawai diplomatik jugakla buat Decepticon.  Yang aku punyanie adalah keluaran Cyclonus yang pertama selepas yang keluar dula pada awal 1980an untuk G1 yang siapa ada sekarang mau dekat RM600.00. Even untuk kartun pun aku rasa cyclonus hanya habis kat G1 dan targetmaster sahaja. Lepastu robot nama cyclonus aje ada tapi bukan sebagai Cyclonus yang G1nie. Last sekali "The Real Cyclonus" muncul adalah pada opening musim terakhir Animated untuk opening musim menyerang Autobot Base kat angkasa lepas yang dikawal Rodimus Major(Rodimus Prime muda). Tu ahmpir 6 tahun dulu jugak. Lepas dah tak keluar lagi. Yang aku ada adalah keluaran semula under Generations Cyclonus versi target master. 


Dalam versi targetmaster dan headmaster, tiap-tiap autobot akan dapat seorang headmaster atau targetmaster. Cyclonus dapat targetmaster. Robot kecik tu adalah targetmaster dia yang namanya Night Stick. Kalau headmaster, robot kecik tu jadi kepala untuk robot besar. Yang kecik tu bukan robot sebenarnya, cuma macam baju yang boleh transform  boleh jadi pistol atau kepala yang dipakai dan dipandu oleh orang Nebulon dan planet Nebulus. Dah jauhdah ceritanie.Orang yang hanya tau basic cerita G1 aje mesti pening baca cerita advance G1 akunie. Nie tak masuk cerita Megazarak lagi.


Nie Night Stick jadi senapang Cyclonus. Simple transformation aje. 


Nie plane mode cyclonus yang Night Stick pandu. Cyclonus juga merupakan pesawat yang bawak Galvatron kemana-mana. Jadi Galvatron tak payah terbang sendiri. 


Memang tak berapa lawa macam Starscream tapi watak Cyclonus tu yang best dan special bagi aku. Harap-harap keluarla versi baru untuk dia untuk siri  kartun atau games pada masa akan datang.



3 comments:

  1. Aku baca separuh..berenti dulu, pahamkan, baca lagi, berenti kejap, baca lagi... interesting giler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi byk org, G1 tu sampai optimus mati pastu handover pada rodimus prime. Tapi sebenarnya menjangkau lebih dari headmaster dan targetmaster. Ending dia sampai optimus hidup balik dan galvatron berdamai dengan optimus. Itula final G1. By the time masa tu kita ramai tak follow transformers. Power ranger dan dragon ball dah start masuk.

      Delete
    2. Pada aku selain lambakan pop culture kanak2 masa tu, TF era Rodimus dah kurang menarik sebab dah banyak di Cybetron. Kita manusia tak dapat relate dengan kehidupan suasana bumi seperti era Optimus dan kawan2 terpacak kat bumi dulu.

      Rodimus tak cool macam OPtimus Prime ..walaupun vehicle mode dia lawa.

      jalan cerita pun susah nak hadam.

      Delete