Tuesday, February 8, 2011

SPECIAL OPS JAZZ

Ok. Nie lagi satu versi jazz yang keluar menerusi label reveal the sheild. Reveal the shield adalah salah satu product yang mana Hasbro cuba mengeluarkan semula watak-watak terdahulu transformers serta menyempurnakannya lagi.
Yang ini adalah special ops Jazz. Bentuknya hampir tepat dengan Jazz G1 dari segi colour, nombor dan bentuk keretanya. Yang asal G1 adalah dari bentuk kereta porshe.

Robot mode dia.

Tapi yang paling best sekali apabila Hasbro tak lupa untuk tambah speker kat pintu Jazz sama seperti dalam kartun G1. Banyak lagi watak-watak lain yang ada dalam reveal the sheild macam perceptor, wreck gar, bumblebee dan banyak lagila. Beli yang nie siap bagi katalog lagi. Tak larat duit nak layan semua. Pelan-pelan.

Monday, February 7, 2011

MEGATRON (WAR FOR CYBERTRON)

Lama tak upload transformers. Sibuk sedikit. Tapi nie nak upload sikit satu megatron yang aku dapat kat Batu Pahat semalam. Ini adalah cybertron mode megatron untuk versi games war for cybertron yang kini boleh didapati untuk PS3 dan Nintendo DS. X-box 360 tak tau ada ke tak. Selalu semua ada. Beli nie siap dia bagi secret code (cheat code) untuk Nintendo DS untuk kekuarkan watak ramjet.
Nie alien tank mode dia. Siap dengan meriam yang ganas kat tengah-tengah dia.
Seperti kebanyakan megatron, meriam gerenti boleh lekat kat tangan. Colour yang ini memang agak miri-mirip animated .
Ini merupakan yang US punya version. Kalau yang Japan punya version, yang putih tu ditukar ke warna coklat gelap tapi metalik. Aku tak beli pasal mahal. RM90.00. Yang nie baru RM60.00. So, beli satu cukupla.
Walaupun warna seperti animated, ianya tetap mengekalkan kepala ala G1. Pakai helmet nazi ataupun magneto.
Banyak lagi watak untuk war for cybertron yang ada dan akan keluar. Soundwave dah ada. Aku tunggu rodimus. Animation games punya memang lawa gila. Kalau dapat jadi action figure lagi best. Looking forward.