Thursday, February 27, 2014

Wednesday, February 26, 2014

HAPPY BIRTHDAY MY MINICON,MY LOVE

Harinie giliran anak aku pulak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga. Minggu lepas ibu dia, nie dia pulak. Insyallah hujung minggunie aku balik, buat kesyukuran sikitla kami sekeluarga.

Ini minicon aku masa umur setahun.


Nie masa dua tahun,


Dannie yang ketiga tahun. So untuk Aisyah punya birthday, ada sikit special CDR1M minggunie iaitu Westlife MyLove + Coast to Coast.




Tuesday, February 25, 2014

CD HUNTING TURN LEGO


So,Sabtu hujung minggu yang lepas semasa pulang dari jumpa anak dan isteri, aku singgahla ke salah satu kedai CDR1M. Namun apa yang dikehendaki takde. Hanya VCD-VCD cerita tamil yang baru sampai aje yang ada.  Tapi sebelum aku beredar aku nampak plastiktu. Aku selak dan tanya kat abang tu berapa nak jual satu plastiknie. dia cakap RM20.00 ambikla. Terus bayar dan balik. Yela dah pukul 1230 pagidah.


Balik aje, aku terus keluarkan . Tu dia blok lego yang beratus-ratus banyaknye. Kira-kira dekat 2kilogram  jugak. Kalau tak silap aku kat Legoland 100gram dalam belas-belas ringgit jugak. Macam-macam idea nak buat dalam kepala akunie. Wonder women takdela. tapi dah banyak macamnie, nak susun ikut warna pun boleh pengsan jugakla. 

Memang semua blok lego.Takde yang cap China punya. Genuinely semua Lego. Adala terselit kereta besi 2-3 biji, bontot transformers Arcee dan Cybertron key satu. Entah autobot mana yang punya. Tapi takde cybertron key tu, sipa yang pegang robotnye tak boleh buka senjata rahsiala.Aku rasa previous owner pun minatnya macam aku jugakkot. Cuma mak abah dia kutip dan buang aje barang-barang dia.

So, benda first yang aku buat dan baru fully siap tadi adalah plate nama isteri aku sempena harijadi dia minggu lepas(Happy Birthday Isteriku). Rasa cantikkot letak kat meja opis dia. By the way,kincir angintu boleh pusing. Part-part lain aku belum ada idea lagi nak buat apa . Tengah fikir laginie.Emmmmmm..... 

Friday, February 21, 2014

CD COMICS NEW WONDER WOMEN


Wow. Aku terperasan kat e-bay semalam. Aku tak taula perjajian setan apa yang DC comics buat dengan Plays Arts Kai jepun sampai Wonder Women yang aku tak suka dulu jadi lawa macam gini.


Punyala seksi dan gebu. Sorila jadi Mr Pervert kejap.


Memang lentik. Harga paling murah RM300.00. RM15000 serba satu pun belum tentu boleh lentik macamnie.


Siap boleh terselak. Tak boleh letak kat toy museum. Should be at adults museum. 


Harap-harap baju tu lekatla tak boleh bukak-bukak. Bahaya woo.
Memang seksi. Tu siap ada tangan spare tak taula nak buat apa.

Kalah Scarlett Johansson dan Tomb Ryder punya model. Aku letak ranking  Wonder Women No1 sekarang. Yeah



Wednesday, February 19, 2014

OASIS (STOP THE CLOCK)


Kalau tak kerana Oasisnie, aku , Haji dan Portdy mungkin takde talian silaturahim yang kuat sampai sekarang. Yela, Portdy Aerosmiths, Haji Blur dan aku pulak GNR tegar. So Oasis nie kira bus stop kami bertiga berjumpa naik bas yang sama. Ibarat macamtula. So as a tribute , aku nak cerita sikit pasal CDniela. Ni tak masuk kategori CDR1M ye.


Walaupun tulis kat situ free, aku kena beli kat e-bay seller RM20.00. Awek yang jual yang aku ingatla. Pasal no account dan return postage address nama perempuan. Tak pun bini orang yang lego CD laki dia. Tak pun dia promoter atau kerani kat Sony BMG. Deal pun kat luar e-bay pasal masatu belum pandai buat akaun lagi.
Ini CD satu.  Macam papan dart.
Selak sebelah CD dua pulak.


Ini yang aku marah. Masa beli tak marahla pasal rasa inila the ultimate the best untuk Oasis. Tiba-tiba 2-3 tahun keluar Time Flies pulak. Abah diala. How can you stop the clock but the time still flies?


So dah beli takpela. At least aku ada satu koleksi Oasis yang orang tak beli sangat. Portdy pun takde. Tapi dia boleh kerek dengan Time Flies set kotak diala.Hehehehe.


Discription bestla dengan gambar. Boleh lihat gambar line up awal Oasis(gambar atas), tengah-tengah perjalanan Oasis dan yang last (gambar bawah). Buku pun tebal dengan lirik dan gambar-gambar klasik British yang ada warna.


Memang dah lama tak dengar cerita daorangnie sekarang. Last pun aritu nyanyi Wonderwall kat closing Olympic tapi itu Beardy Eyes band Liam(atau Noel pasal aku dah lupa mana satu). Yang kat closing memang itu yang aku tunggu pasal itu yang paling best. Lepas Spices Girls terus masuk Wonderwall. Aku sendiri nyanyi kat rumah depan TV. Kalau dia biarkan penonton nyanyi sendiri sampai habis macam konsert dulu-dulu mesti lagi sayup dan epic. 90s memang bestla untuk diratap semula.


Lastly sebab utama aku beli albumnie adalah pasal masterplan aje. Pasal nak beli album masterplan cuma lagu masterplan aje yang aku minat. Lagi satu pasal tak tau ada Time Flies keluar. Rasa kalau tahu aku pun skip kot CDnie.So beli CDnie dapatla dengar lagu best at least sampai yang aku follow, Standing In The Shoulder of the Giant which Portdy still doesn't have it in his shoulder. Hehehehe

CDR1M (CINTA ABADI, 14 BUAH LAGU CINTA SYAHDU)







Monday, February 17, 2014

MOTORBREATH ATAU STUNTICON MOTORMASTER

Aku tak tau kenapa dipanggil Motorbreath. Kalau ikut warna, lebih mirip kepada Motormaster G1 cuma takde trailer belakang aje. Agak comel jadi truck keciknie. Kalau orang perempuan letak kat dalam beg tanganpun tak perasan yang dia nie ada kat dalam.Kalau optimus prime kepala depantu jadi badan dia. Dalam G1, bagi motormaster kepala depan jadi kaki dia. Trailer belakang jadi badan, tangan dan kepala. Pasal takde trailer aku rasa memang bukan Motormasterla.


Kalau ikut bentuk robot pulak dah sebiji Nemesis Prime. Tak paham aku. Tapi mungkin ada watak yang mirip Optimus Prime ini yang nama dia Motorbreath kot. Aku tak perasanla pulak. Tapi apapun walaupun kecik tapi nampak ganasla. Dalam siri ini ada jugak keluar yang Optimus prime jugak tapi aku tak dapat nak sambar. Laju gila habis. Yela, RM25.00 aje. Kalau Optimus Prime RM25.00 memang takde hal bagi golongan ibu bapa untuk belikan anak mereka. So aku berpuas hati dengan yang hitam ini ajela. Ada rezeki boleh dapat yang merah dan completekan sepasang. untuk siri mininie, megatron jadi pistol G1 pun ada. Pun selamat jugak aku tak dapat.

Tuesday, February 11, 2014

HOUSE OF KRE-Os


So, ini adalah current display rack aku. Dah padat dah yang tiga rack. Yang kiri sekali aku dapat sikitla untuk koleksi  KRE-O aku. Tu yang lapangtu pasal tak banyak lagi.


Baru nie aje yang ada. Tapi ini adalah projek yang best untuk aku expandkan.


Walaupun baru sikit, tapi total blok untuk projek kat atasnie dah jejak lebih seribu blok.Semua ada manual untuk buat. Tapi since aku banyak parts blok yang lebih, macam-macam yang boleh aku buat.


Contohnya macam optimus prime yang standard belah kanantu. Itu standard set yang ada. Tapi since aku ada banyak spareblok, Aku dapat buat Nemesis Prime yang warna hitam belah kiri. Blok-blok extranie aku dapat dari lebihan vehicle mode dan dari set yang aku ada tapi dijual murah. So untuk hunting lepasnie, bukan Kre-O Transformers sahaja yang aku akan cari, tapi set Kre-o dari battleship dan GI-Joe yang aku buat spare untuk macam-macam projek transformers aku. Kan best kalau optimus prime tadi ada warna merah aje (Flame Convoy) atau putih aje(ultra magnus). 


Yang bawah still kosong. Banyak lagi boleh isi. Kalau dapat constructicon devastator yang 550 bloktu pun muat.(target aku tu)


Yang patung Kreons keciknie, mostly free datang dengan set blok yang aku beli.


Yang kotaktu, official container hasbro keluarkan untuk set Kre-Onie.


Still ada banyak lagi parts cuma belum ada masa lagi nak layan. Imaginasitu dah ada. Dah jadi budak-budak balik aku. Tapi sepoerti aku cakap, inilah aku punya relax therapy.


Nie buku-buku manual. Tak boleh buang. Nanti susah nak buat balik kalau dah diceraikan. Setakat 40 blok takpe lagi. Kalau dah 300 blok boleh pengsan nak ingat.


So ini keadaan dia sekarang. Ada rezeki bertambahla. Rak tu pun patut dah kena tambah. Kat dalam blik aku dah penuh 2 kotak toyogo besar yang simpan tak display-display. Last aku beli sebelum kahwin. Insyallah ada rezeki pun aku tambahla display rack IKEAtu.

Sunday, February 9, 2014

SOUNDWAVE GREATEST HITS(FALL OF CYBERTRON EDITION)


Aku pernak cerita pasal Soundwave Fall Of Cybertron(FOC) beberapa keluaran yang lalu.  tapi kali ini aku tampilkan satu set penuh FOC termasuk Soundblaster dan 4 lagi CD artis Cybetron.


Jika Sounswave G1 datang dengan kaset-kaset artis Cybertron, untuk FOC, Hasbro pun upgrade kaset mereka ke dalam CD. Remastered Collection kiranyala.


Jika beli Soundwave dan Soundblaster memang dah dapat 1 cd dalam badan dia, Dalam koleksi ini akan dapat lagi 4 cd tambahan. 


Jadi jumlah semua sekali 6 cd kompilasi dari artis-artis terhebat cybertron. Extra DVD takdeye.


Tiap badan boleh masuk 3 cd. Macam CD changer dalam kereta proton Waja. Senang tak payah masuk CD satu-satu.


Antara artis-artis yang terlibat  adalah Frenzy dan Rumble. Pakar drum kedua-duanya. Boleh retak dunia bila diaorang main. Tangantu patut kiri kanan ada jackhammer besar. Terdapat juga lagu duet mereka secara live semasa Optimus Prime lawan Megatron yang pertama kat bumi.


Tak lupa juga Cd lain yang menampilkan bekas ahli kumpulan the Ceagles, Lazerbeak, Ratbat dan Buzzaww. Terdapat 3 lagu baru reunion mereka. 1 lagu dalam setiap CD termasuk satu lagu live masa Starscream kena bunuh dengan Galvatron.


Tak lupa juga satu CD rap dan hip hop dari Ravage termasuk satu lagu tambahan untuk promosi movie yang baru yang akan keluar tahunnie.

Semua set nie dijual berasingan. Sondwave dan sounblaster boleh didapati di pasaraya tempatan. Manakala Cd-Cd tambahan hanya boleh didapati di kedai-kedai muzik yang mengambil bahagian di bumi dan cybertron sahaja.