Thursday, February 14, 2013

DARK GUARD OPTIMUS PRIME.

Setelah lama menunggu dan memerhati, akhirnya aku berjaya memiliki Dark Guard optimus primenie. Yang warna merah tu basic robot yang sama yang telah aku ada terlebih dahulu. Cuma yang hitamtu tiga ke empat kali ganda lagi mahal dari yang merah.

Jangan tersilapye. Ini bukan nemesis prime. Nemesis prime juga hitam cuma dia pakai decepticon punya lambang. Ini adalah limited edition yang Takara Tomy keluarkan sempena Tokyo Toy Fair tahun lepas. Masa toy fair tu ada dua limited edition optimus primenie yang keluar. Yang patern merah tapi transparent dan yang hitam emasnie.

Pasal aku dapat kat harga yang agak murah, so aku tak perlu bayar pada harga yang starting pada RM200 hingga RM400. Terima kasih Cik CKJUAN. Kemasan Dark Guard prime ini semua dalam metallic 2K dan emas 24karat .

Memang nicela bentuk dan kualiti seni dia. tengok kat lengan pun tau.

Nie vehicle mode dia. Cantikla truck dia dengan warna hitam. Kalau ada kontena belakang hitam dah boleh jadi knight rider punya mobile headquater.

Kalau dibandingkan macam Exora Biasa dengan Exora bold la. Hahaha

So kalau da rezeki boleh aim yang transparent version, dar anergon version serta nemesis punya. Ikutkan setakat nie ada 6 version untuk optimus prime nie.

So the hunt for optimus still on going.2 down, 4 to go.

Thursday, February 7, 2013

BEAST HUNTER LAZERBACK

Aku tak sangka Beast Hunter punya mainan dah sampai kat TESCO. Aku budget nak beli Fall Of Cybertron punya line-up macam ultra magnus atau soundwave. Tapi ini yang ada. Agak mengejutkan kerana sambungan Transformers Prime punya animasi masih lagi tergantung, tapi beast hunter punya toys range dah keluar. Aku rasa kat malaysia aku antara yang terawal dapat beli beast hunternie. Ebay malaysia pun takde yang jual lagi.

So aku belilah beast hunter pertama aku. Nie dia lazerback. Nie geng jahat tapi tidak dipanggil decepticon. Tapi predacon. Aku rasa aku pernah cerita pada awal-awal blog ini. Sebelah kanan tu lambang dia. Autobot pun ada geng predacon dia sendiri tapi untuk siri ini tak nampak lagi. Cuma ada bumbleebee, optimus dan wheeljack  yang diprimitifkan sedikit macam jungle hero.

Nie lagi best. Selalu intruction manual datang kecik dan warna hitam putih aje. Yang ini dah macam inlay cover cd insomniac. Boleh buat poster.

Presentation memang agak grand sedikitla untuk yang ini.

So, cerita sikit pasal lazerbacknie. Beast mode dia adalah seekor naga. Pasal tak tau cerita pasal season barunie. Aku rasa dianie anak buah predaking kot. Predaking nie ketua predacon.

Nie robot mode dia. Lebih kurang macam crumplezone cybertron.

 
Harga openingnie agak mahal. RM64.90. Tapi rasa kalau takde orang beli boleh drop banyakla macam yang movie punya line. Mungkin RM30.00 juga. Tapi lama lagila.