Friday, May 23, 2014

KONSERT TERBESAR TAHUNNIE AKAN DATANG PADA BULAN OKTOBER


Tahun lepas Metallica. Nie untuk tahunnie. Aku terlepas yang tahun 2002 punya. Harap-harap yangnie tak. HJ suka Booker T, Portdy suka CoCo Beware. Deff Angel kompom suka Kurt Angle(bunyi lebih kurang aje). Cepat dapatkan tiket. Yang murah dan yang mahal macam biasa rasanya akan habis dulu.Kalau tengok tu tiket PPRT dia lagi murah dari Metallica punya PPRT. Boleh ajak sekeluarga sambil bawak sepanduk manila kad tulis MAK!!!!!

Wednesday, May 21, 2014

T4 OPTIMUS PRIME & PIRING HITAM


So kita sambung cerita Transformers Movie haritu yang baru launching mainannya Sabtu lepas. So yang ini adalah mainana pembukaan bagi aku untuk movie yang barunie. Digelar sebagai  Evasion Mode Optimus prime. Apa yang evasion pun  aku tak tau lagi. Kena tengok moviela nanti. Wa apaun kira nasib baik ambik haritu walaupun mahal pasal tadi kat KL aku ronda kat Amcorp Mall dah habis dah. Tinggal hampas-hampas aje yang tinggal. Mungkin pasal dia jual murah sikit kot dalam RM110 aje. Dan lagi satu selalunya diaorang stok tak banyak. Berapa yang dapat ajela. Dan mungkin pasal bentuk truck mode G1 dia aku rasa orang kejar.



Yang atasnie robot mode dia. Rasa hampir sama semua movie punya optimus prime semua patern macamnie. Memang simple sangat dan tak gah langsung sebagai Optimus Prime. Dan aku rasa ini first time voyager class Optimus Prime laku. Selalu sampai jual sale bila dah bertahun takde orang beli. Siap ada recycle bungkus balik dalam special edition pun takberapa laku.Dan Untuk movie, ini adalah Optimus Prime voyager class aku yang pertama.


Semuanya pasal truck mode dia jadi macamnie. First movie punya tribute untuk the original Optimus Prime setelah hampir 30 tahun. Terminator pun patut keluarkan tribute untuk trucknie pasal kat movie yang ada polis jahat tu pun diaorang guna truck G1nie jugak. 


Walaupun smoke stack dia ada sebelah aje, Still hampir 100% macam G1 punya Optimus Prime. Jangan la cakap takde trailer dan kontena kat belakang. Nanti mesti Jepun atau third party akan keluarkan.



Tapi pasal aku dah ada yang movie ROTF punya yang USS special edition, so boleh lekatkan terus. Lubang pun ada pasa yang lama tu pun voyager class punya.Jadi memang muatla masuk. Ta celuih langsung pun. So ini aku punya pembukaan untuk movie yang barunie. Ada rezeki adalah yang lain terutamanya leader class Grimlock yang jadi dinasour T-Rextu. Untuk penutup, oleh kerana takde edisi CDR1M harinie, untuk kawan-kawan rock yang tengah kemaruk piring hitam harinie, ada bingkisan dari KL iaitu


Def Leppard Slang deluxe yang aku pancing portdy tapi dia taknak. Ini terpakai yang harganya RM179.00 kalau tak silap.


Dan pemain piring hitam yang berharga RM5500. Pun portdy taknak. Sapa nak kirim, aku boleh belikan kalau ada lagi. Sabtu balik KL lagi.

Sunday, May 18, 2014

TRANSFORMERS 4 AGE OF EXTINCTION OFFICIAL PRODUCT LAUNCHING.(17/5/2014)


Ini kat Toys R Us Bukit Indah.. Launching semalam tapi pagi tadi baru pergi. Sebenarnya aku dah pergi Jumaat malam tapi tak keluar lagi. Aku nampak kat store belakang dah standby semua still dalam kotak.


So cuba lagi nak tengok pagi tadi. Kat Jusco masih takde lagi. Rasanya baru Toy R Us ajekot yang baru dapat stock. Masih nampak penuh lagi. Selalu kalau kat KL dah tinggal sikit atau licin dah. Bukan fans beli tapi third party beli buat jual balik mahal-mahal kat pasaran dalam talian.


Tu dia gambar atas, lambakan deluxe class. Bumblebee warna hitam jadi Kereta Camaro classic. Yang lain kebanyakkannya geng Dinobot.


Yang gambar atasnie  rak atas voyager class dan yang bawah leader class.


Dan bila tengok hargatu baru aku tau apasal banyak lagi. Toys R Us bukak harga mahal rupanya. Deluxe class aje dah main RM73.00. Selalu RM50.00 aje. Rasa third party nak ambik pun fikir dua-tiga kali jugak.


Voyager class tak naik sangatla. Harga lama RM120.00. Sekarang nie cuma naik RM4.00 aje.


Yang nie paling gila naik Leader Class. Dari harga lama RM190.00 dah jadi RM 230.00. Tu yang gambar blurr aje pasal gigil pegang. Tapi walau macam manapun, bila launching selalu aku akan beli satu leader class untuk sambut kedatangan movie. Selalu ambik optimus prime. Tapi kalinie Grimlock yang menarik walaupun leader class optimus prime Truck Mode dia lawa.


Cuma untuk kalinie aku downgrade dulula untuk opening kalinie. Tak nak gah sangat. Ambik voyager class aje evasion mode Optimus Prime yang Truck mode dia sebijik G1 punya truck. Kat gezek movie dia ada tunjuk haritu. Salah satu lagi sebab tak ambik leader class adalah selain dari Optimus primenie, aku ambik KRE-O set constructicon besar yang  tengah sale dari harga RM350.00 jadi RM180.00. Dua-duanie akan aku cerita panjang lain kali pasal tak sempat bukak lagi, pasal terpaksa balik KL emergency pasal orang rumah tak berapa sihat. So, tunggula movie keluar panggung bulan depan.


Thursday, May 8, 2014

BEAST HUNTER ULTIMATE OPTIMUS PRIME ( the biggest ever so far again)

Sejak diaorang keluarkan  Optimus Prime Ultimate untuk  siri Animated hampir dekat 10 tahun dulu., Tiap tiap keluaran lepastu sentiasa ada Ultimate Optimus Prime.


Untuk siri Prime tahun lepas , Optimus Prime Beast Hunter juga tak terkecuali. Ini yang versi Amerika. Tak berapa lawa dan laku pun. Masa Ulangtahun yang ke 30 pun dia orang repacking balik dengan kotak 30th Anniversary dan letak harga RM200.00 pun tak berapa nak laku. 


Yang ini memang sama dengan kat dalam siri kartun cuma pedangtu patut warna biru. Third party ada jual pedangtu. Lagi satu yang takde minigun pada bawah tangan Optimus Prime. Itu yang paling rugged.


Tapi untuk kita rasakan bestnya tembak miniguntu, Hasbro pasang kat belakang badan Optimus Prime.


Tak lupa juga ada lampu.


Ok sambong balik miniguntu. Bila tangan kita tekan suistu, Pelurunya akan terbang dan akan secara automatik akan pusing peluru yang lagi satu. Pelancar peluru semua kepala naga. Very nie.


Ini Truck mode dia. Memang agak hodohla.


So untuk recapture robot lama,


Kita tengok animated Grimlock yang berapa nak ganasnie.



Monday, May 5, 2014

SEKITAR KONSERT GUNS 'N' ROSES DI PONTIAN MALAM SEMALAM.


Patutnya pergi dengan Portdy semalam. tapi dia ada mesyuarat rukun tetangga kampung, so aku pergi sorangla. Terkejut jugak GNR datang Pontian. Hahaha. Tu bawahtu band-band lain yang main untuk seminggunie. Kira macam mini hell festla.


Tu dia sesak kat depan Dewan Jubli Intan Pontian. Sesak kat sini ajela. Pasal kat tepi pantai, so tak kacau main road. Tapi main road pun sesak jugak. Polis buat roadblock. Yela GNR datangkan. Boleh riot satu bandar Pontian kalau tiada kawalan ketat.


Nie pentas utama. Sambil tunggu GNR warm up, local artis kena layan penonton dulu. Semua local act dari Pontian aje. Juara karaoke kampung masing-masing. 


Sambil tunggu tu aku makanla kejap kat salah satu gerai yang ada kat tepi jalantu. Sup babat dan daging campur. Syok. 

Kedai jual kain pun ada. Memang bestla Pontian. Konsert, karnival belia, jualan murah dan uptown dirojakkan sekali dalam satu masa. 

Only in Pontian.