Monday, September 2, 2019

CYBERVERSE BUMBLEBEE AND MEGATRON

So cuti merdeka dan awal muharram sempatla hunting kejap kat Tesco je. Aku tak pergi Quinn Mall yang katanya macam celaka scalper borong. Bodoh sape nak beli. Anyway ini adalah sambungan yang aku cakap untuk Transformers Cyberverse Ultimate Class Optimus Prime. Setakatnie tinggal Grimlock, Bumbleebee dan Megatron yang belum dapat. Semalam dapatla Bumblebee dan Megatron kat Tesco. RM110 satu. Adalah diskaun sikit dalam RM30.00.
So start dengan Bumblebeela. 
Untuk sirinie Bumblebee kembali menjadi Bumblebee yang bisu dan hilang ingatan seperti dalam movie Bumblebee tempoh hari.
Simple aje tapi besar. Macam Level Leader Class gitu.
Macam siri kartun animated, Bumblebee ada stinger tapi sebelah tangan ajela.
Vehicle mode dia pun simple aje. Nak transform takde leceh-leceh nak buat. 11 steps aje.
Stinger nya pun leluar dari bonet depan. Tapi Bumblebee nie tak best sangatla..
Nie yang paling best. Megatron. Versi macam Megatron G1 dulu
Tapi bentuk agak sopan dan mesrea kanak-kanak. Yes kanak-kanak boleh main. simple aje yang Cyberverse punya robot.
Nie yang best, Meriam dia boleh fire bila dua-dua tangan sambung.
Fire!!!!!!!!
Tank mode dia pun kiut. Comel bulat kartun gitu.. Hehehe
Boleh fire gak. Hehehe. Next stop Grimlock. Insyallah.

Thursday, August 29, 2019

CYBERVERSE OPTIMUS PRIME

Ini adalah siri kartun Transformers yang baru. Transformers Cyberverse. Siri nie tak tgk lagi pasal takde channel TV yg main. Kat youtube pun cuma promo sisipan 3-4 minit aje. Rajin memang boleh tgk tapi sikit-sikitla.
Yang bestnya versinie takla lawa sangat.Kartun dia pun agak digital macam zaman beast war. Tapi harga memang murah. Versi memang untuk rakyat B40(heheheh) Leader classnie yg besar baru 150. Kalau pergi Jusco sekarang harga merdeka baru RM114.
Nie Optimus Prime besar dia. Bentuk simple aje. Elektronik pun takde. Yela murahkan.
Specialnya kat dada dia ada matrix of leadership dia berpusing. Itu aje dah.
Matrix megashot. tapi takde pun boleh tembak. Pusing gitu aje.
Vehicle mode dia pun simple aje. 
Untuk versi leader classnie aku dah nampak ada megatron,bumblebee dan yg terbaru Grimlock. Nak tryla kumpul satu-satu. Malahan yang Optimus Prime nie pun ada bungkusan baru siap ada Trailer dan macam armour suit sekali. Nicela. Harap dapat kumpul slow-slow pasal orang tak beli sangat. Dan dapat harga murah. Hopufully

Thursday, August 15, 2019

TRANSFORMERS COMBINER WARS (ARMADA MEGATRON DAN CYCLONUS)

Nie adala serpihan yang dapat masa sales kat Jusco haritu. Combiner wars Megatron dan Cyclonus.
Megatronnie versi armada. Kalau sape ingat kartun lama armada, megtron punya warna lebih kurang warnaniela. 
RM100 je tinggal. kira murahla. So ambik aje. Mostly kat kedai pun tinggal yang megatron armadanie aje yang tinggal. Yang versi warna G1 untuk modelnie kebnyakkan dah habis.
Mode kereta tank dia pun tak sama macam yang asla armada. Yang ini memang macam kereta kebal yang ada dalam pasukan tentera bumi sekrang. bukan kereta kebal angkasala.
yang cyclonus nie tak banyak beza dengan yang G1 punya. hampir lebih kurang
Cyclonus nie orang kanan Galvatron dalam G1. Resurrected selepas megatron diupgrade oleh Unicron jadi galvatron. 
Cyclonus pun hasil daripada resurected yang sama. 
Dialah orang paling setia dengan Galvatron. Telus,cekap,amanah dan berintegriti. Tak main kotorla kiranya. autobot pun kalau nak berunding pun dengan dia. Denga Galvatron memang tak carala.
Special yang versi voyager class combiner wars nie boleh combine dengan mana-mana deluxe class combiners wars jadi robot besar. tapi Cyclonusnie lawa sendiri gini aje aku biarkan single ajela.
Jet mode dia pun hampir sama macam G1. dari RM130 tinggal RM50. Kira OKla.