Thursday, November 28, 2013

ORION PAX


Jarang sekali diaorang keluarkan transformers Orion Pax. Aku rasanie baru versi yang kedua selepas yang G1 punya. Itupun limited edition yang kalau nak beli sekarang jejak ribuan ringgit. Tak lawa manapun.


Sama jugak dengan versi IDW comicnie. Tak cantik langsungpun lori dia. Kalau tengok G1 punya lagila tak best.Tapi oleh kerana ini adalah sejarah permulaan optimus prime yang asal, sekurang-kurangnya aku kena ada satu.


Orion Pax adalah optimus prime muda remaja yang belum dinobatkan sebagai optimus prime. Kalau mengikut cerita awal yang asal dari G1 tak salah aku Orion Pax merupakan bakal prime yang baru. Sebelum sempat jadi Prime dah kena belasah atau bunuh dengan Megatron yang memberontak tak dapat jadi Prime pada masa tu. 

Tapi , Alpha Trion telah resurrect balik Orion Pax dan upgrade jadi Optimus Prime. Rasa dalam cerita G1 ada tunjuk satu special episode pasalnie dimana geng arielbots tersesat di masa lampau dan terjumpa Orion Pax. Tapi diaorang tak sempat jumpa Optimus Prime sampaila bila dah balik zaman sebenar baru mereka sedar yang mereka jumpa itu adalah optimus prime yang muda. Tengok muka kat atas pun still muda remaja.Yangi aku dapat loose dari China. Takde comic dan instruction. Kat sini aku tunggu macam tak keluar lagi. tapi kat online dah bersepah. RM60.00. Aku beli RM35.00 aje. Okla.


Monday, November 18, 2013

HOOTIE AND THE BLOWFISH (CRACKED REAR VIEW MIRROR)


Aku rasa tak ramai yang ingat groupnie. Yela penyanyinya dahla kulit hitam, gemuk. Kalau nak famous dan handsome macam Bon Jovi atau Steven Tyler yang perempuan gila-gilakan takdela. Tapi masa ini dah macam-macam patern rock yang boleh pilih. Grunge, Glam, alternative, indie, punk, scar dan macam-macam.  Tapi groupnie kalau nak kat glam, tak kena langsung. By the way Cik Bert,ini albumnie tahun depan  cukup 20 tahun jugak.


Ok. aku rasa nie album dia yang paling best. Yang pertama aku tak pastila. Tapi menang Grammy jugak kalau tak silap. Lagu pun bersih takde lucah/carut. Even imej pun bersih.

 

Favourite aku semestinya let her cryla. Yang famous Only wanna Be with youla.


Aku tak pandai sangat nak cerita panjang-panjang pasal cd. Dah banyak lupa. Enjoy ajelah



Sunday, November 17, 2013

U2 (HOLD ME THRILL ME KISS ME KILL ME)

 Batman Forever. Antara movie awal Batman yang best bagi aku sebelum Batman-Batman baru sekarang cantas. Ada Jim Carey sebagai The Riddler. Robin (Chris O Donnel) pun ada. Batman/Bruce Wayne dia Val Kilmer. Tak lupa Two Face (Tommy Lee Jones). Bukan setakat filem aje, soundtrack project dia pun boleh tahan line-up dia. Ballad Kiss from a Rose (Seal yang ada parut kat muka) tu memang famousla masa zamannie. Mana-mana carta nombor 1. Offspring punya lagu Smash it up pun ada dalam soundtrack filemnie. Dalam filem siap ada main masa Robin rembat Bat mobile buat pusing-pusing bandar Gotham.
Dan tak lupa juga lagunie dari U2. Hold Me Thrill Me Kiss Me Kill Me.Lagu yang best jugak. Video clip dia selalu main kat tv time tu dengan Batman sedang bawak kapal terbang dia dengan laju keluar dari bat cave.


Pasal single CDnie, so takde banyak cerita CDnie vuma aku dapat harga RM3.00 kat bundle Benut.Aku pernah ada kaset full sountrack movienie. Memang berbaloila beli.

Thursday, November 14, 2013

REM MONSTER


Alhamdulillah dah siap susun. Mari ambik satu untuk review. Nie randomtau macam undi rumah kos rendah.


Oh. Ini yang keluar. REM(semua orang tahu). Ini REM Monster. Salah satu kegemaran aku pasal lagu-lagu dia best-best. Pembukaan dengan lagu What the fequency Kenneth yang rancak. Very best. Favourite arwah tobek. Dia pun dulu botak macam penyanyi REMnie.


Nak cerita banyak-banyak pun aku tak berapa ingat. Tapi pasal ada sticker transformers tu baru aku ingat aku beli dekat Tesco Plentong.


Favorite lagu aku kat sini adalah strange currencies. Nice ballad. Level-level Man On The Moon. Every album REM selalunya mesti ada ballad yang best. Bang and blame pun best. Dulu selalu tengok video dia subuh-subuh hujung minggu kat rancangan MTV by Demand.


Dah itu aje yang aku ingat.

Friday, November 8, 2013

Monday, November 4, 2013

ANIMATED STEALTH LOCKDOWN


Ini merupakan antara watak dari siri animated yang aku belum ada. Asyik tunda-tunda nak beli masa keluar dulu. Dah tinggal RM30.00 pun tak beli. Lock down merupakan karektor yang kurang famous masa siri Animated main kat TV 6-7 tahun lepas. Dah lama rupanya. Tak sangka kejapnye masa berlalu. Terima kasih kepada Chee Juan yang jualkan bendanie kat aku. RM40.00 aje. 


So kita start dengan mussle car mode dia. Sebenarnya warna asal dia hijau dan hitam. Yang ini merupakan stealh edition punya . Tak salah aku ada 4 version untuk locdown termasuk yang keluar untuk version movie revenge of the fallen. Yang stealth versionnie agak istimewa pasal Amerika yang keluarkan. Dan sepatutnya dalam packnie ada dapat optimus prime dan bumblebee kecik sekali. Yang itu aku dah ada. So dapatnie aje dah kira okla. Nie lebih kurang macam Mirage Henkai tempoh harila. Tapi yang ini jepun tak keluarkan.


Cerita sikit pasal lockdownnie. Dia merupakan bounty hunter. Tak kirala autobot  atau decepticon yang offer job kat dia. Lambang aje decepticon, tapi dua-dua dia belasah. Memang takde kawan dianie. Pernah ajak Prowl joint dia tapi Prowl tolak. Ilmu ninja dia pun tinggi.


Muka pun macam lanun. Lagi satu jahat dianie, apabila dia dah tangkap mangsa yang dikehendaki, Lockdown akan ambik senjata dan kuasa tambahan mangsa dia. Kapak optimus pernah kena rampas, samurai armour Prowl pun kena. Stealth mode punya ability pun dia ambik dari transformers lain. So dia boleh upgrade diri ddia tanpa sebarang masalah.


Tapi favourite dia yang nie. EMP generator kepunyaan Rachet. Rachet guna untuk rawat autobot yang cedera. Lockdown gunakan sebagai senjata untuk melemahkan lawan. Lebih kurang macam ubat pelalilanie. Tapi last-last rachet dapat balik dan tewaskan lockdown sendirian dengan autobot lain dah jadi tahanan lockdown. Punya uniknya bendanie, aku ada rachet yang animated nie, memang kat tangan Rachet ada lubang untuk letak EMPnie. So aku boleh pulangkan kat Rachet jika aku nak.

Anyway....

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH UNTUK SEMUA..



Friday, November 1, 2013

KRE-O MICRO CHANGER BULKHEAD


Ini merupakan Transformers yang paling murah kat pasaran. Keluar dalam lebel Kre-O. Seperti blok-blok Lego. Sesuai untuk belikan untuk anak-anak pasal murah. Dia punya murah sampai Lego yang keluarkan version patung mini macamnie juga terpaksa follow harga Kre-O. Selalu Lego kecik macamnie pun dah jejak RM20.00++ Tak kedut sangat muka ibu bapa untuk belikan. Ambik ajela macam beli perencah nasi goreng adabi aje.


Harganya cuma RM 12.90 aje. Sesuai untuk anak yang sekolah rendah untuk membina minda. Yang istimewa microchangernie dia bagi dual mode. Satu mode jadi robot dan lagi satu transform jadi kenderaan. Kat Lego tak dapat function macamnie. Cuma boleh jadi action figure aje.

Ini merupak checklist untuk koleksi yang ini. Ini merupakan siri yang kedua. Yang koleksi pertama plastik dia warna oren. Ada bersepah lagi kat Tesco aku tengok. Kalau dah jual RM3.00 nanati aku ambik semua. Yang tak bestnya, Kita tak boleh beli apa yang kita mahu. Pasal plastiknya tak nampak dalam. Macam lucky draw gitula. So kalau beli dua dapat dua-dua sama jangan marahla. Dan yang ini merupakan pembelian percubaan aku semalam. Kalau boleh nak arcee. pasal aku takde arcee dari mana-mana siri lagipun. Online pun ada yang jual sampai RM50.00.

Untuk percubaan pertama aku, aku dapat bulkhead. Simple aje. Manual sama Kre-O dalam plastik aje.


Ini robot mode dia. Yang lagi satu bestnya siri keduanie, dapat base letak patung sekali. Yang mula-mula siri pertama tiada. So dah boleh kumpul buat buah chessla lepasnie lawan team Man Utd.


Ok, lepastu, ceraikan sikit dan tambah tayar dah boleh transform jadi kenderaan. Simple aje. tu pasal suitable untuk kanak-kanak 6-12 tahun. So bagi umur akunie, lagi kacangla. Aku recomended untuk beli untuk anak-anak anda. Jangan bagi bagi yang umur bawah 6 tahun pasal banyak parts-parts yang kecil takut tertelan. Kalau nak beli jugak, pengawasan ibubapa amat penting. Aku pun plan nak belikan Aisyah satu jugak. (RECOMENDED TO ALL)