Thursday, November 28, 2013

ORION PAX


Jarang sekali diaorang keluarkan transformers Orion Pax. Aku rasanie baru versi yang kedua selepas yang G1 punya. Itupun limited edition yang kalau nak beli sekarang jejak ribuan ringgit. Tak lawa manapun.


Sama jugak dengan versi IDW comicnie. Tak cantik langsungpun lori dia. Kalau tengok G1 punya lagila tak best.Tapi oleh kerana ini adalah sejarah permulaan optimus prime yang asal, sekurang-kurangnya aku kena ada satu.


Orion Pax adalah optimus prime muda remaja yang belum dinobatkan sebagai optimus prime. Kalau mengikut cerita awal yang asal dari G1 tak salah aku Orion Pax merupakan bakal prime yang baru. Sebelum sempat jadi Prime dah kena belasah atau bunuh dengan Megatron yang memberontak tak dapat jadi Prime pada masa tu. 

Tapi , Alpha Trion telah resurrect balik Orion Pax dan upgrade jadi Optimus Prime. Rasa dalam cerita G1 ada tunjuk satu special episode pasalnie dimana geng arielbots tersesat di masa lampau dan terjumpa Orion Pax. Tapi diaorang tak sempat jumpa Optimus Prime sampaila bila dah balik zaman sebenar baru mereka sedar yang mereka jumpa itu adalah optimus prime yang muda. Tengok muka kat atas pun still muda remaja.Yangi aku dapat loose dari China. Takde comic dan instruction. Kat sini aku tunggu macam tak keluar lagi. tapi kat online dah bersepah. RM60.00. Aku beli RM35.00 aje. Okla.


No comments:

Post a Comment