Tuesday, November 3, 2015

MP21G G2 BUMBLEBEE @ GOLDBUG

 
Bumblee menyambut ulangtahun ke 30 dia tahun lepas sebagai G1. Sama versi yang atas tapi warna kuning biasa dan ada Spike dengan dia. Ini merupakan versi G2 yang keluar untuk tahun ini dalam siri Masterpiece. Selalu Masterpiece macamnie harga dalam RM400. Tapi pasal versi Bumblebeenie agak kecik pasal Masterpiece base on scale so murahla jugak harganya. RM140 aje. Harga yang G1 pun lebih kurang aje tapi aku tak sempat bei yang tu pasal dah lama tak singgah Am Corp Mall.

 
Yang specialnya siap dapat commemorative coin dia . MP21G bemaksud Masterpiece no 21 gold pasal yang G2 warna gold. Yang G1 pun dapat coin jugak tapi siri number MP21 aje.  Tak semua yang beli dapat coinnie. Selalunya yang pre-order aje. Aku kira beruntung jugakla. Aku pun tak sangka dapat coin nie jugak. Ingatkan beli biasa aje. Diskaun dapat , syiling pun dapat.

 
Lambang pun lambnag G2 jugak. Sebenarnya season G2 bermula setelah Optimus Prime dah hidup semula semasa seluruh galaksi termasuk bumi dilanda jankitan ribut karat (cosmic rust)

 
Dapat kebenaran dari Volkswagen untuk  edisi yang ke 30nie. 30 tahun dulu buat aje bentuk kereta katak takde sapa nak saman copyright pun. Tapi zaman dah berubah sekarang. Tak boleh cetak ikut suka-suka. Tapi terima kasihla pada bukan sahaja Volkswagen, tapi Lamborghini,Nissan dan Lancia yang support anniversary ini untuk model Sideswipe,Bluestreak dan wheeljack. Memang diaorang sporting pasal aku rasa diaorang ambik royati pun tak besar pasal model-model robotnie semua bawah RM200.00.

 
Berbalik kepada Bumblebee @ Goldbugnie. Still mengunakan model asal Beetle Type1.

 
Bumblebee sebenarnya dah cedera teruk dan hampir mati sebelum masuk G2 akibat dibelasah teruk oleh geng autobot dan deepticon yang dah dirasuk. Beliau diselamatkan oleh Skylink(kapal terbang yang jadi burung raksasa). Semasa kutip Bumblebeenie, skylink jugak kutip Quintessa. Quintessa kalau sap-sapaa ingat adalah alien yang macam telur kepala tiga yang pusing-pusing. Dianie skylink ambik untuk hidupkan Optimus Prime semula. Hanya dia aje yang boleh hidupkan Optimus Prime semula. Sementara menunggu Optimus Prme dihidupkan kebali, Quintess sempat repair dan upgrade Bumblebeenie. Bila dia sedar, dia dah diupgradekan dan terus dipanggil Goldbug. Mulut pun dah ada perisai macam ninja. Tapi untul modelnie, bagi sape yang tak suka kepal G2nie. Mulut Bumblebee pun dia bagi. Tinggal bukak dan ganti aje.

 
Sticker dada pun sama. Yang G1 pun ada bagi yang tak suka nak celebrate dia sebagai Goldbug tapi Bumblebee aje. Yup memang banyak peminat yang tak suka G2. No wonder still ada stock even dah hujung-hujung tahun.

 
Still happy 30th anniversary.

 
Jika untuk Bumblebee G1 dapat Spike, yang G2 jugak ada special jugak tapi tak grand sangatla. Dapat jetpack aje pasal Bumblebee tak boleh terbang macam decepticon. Not badla. Masterpiece menang hard to come especially dalam harga yang agak murah. Mungkin keadaan ekonomi sekarang orang agak berkira especially untuk investor. Tapi untuk fans macam aku. Nice very very nice.At leat there is still something cheap and cheerfull while a lot of others is expensive. By the way tahniah JDT.