Monday, March 26, 2012

TRANSFORMERS PRIME SOUNDWAVE

Salah satu lagi watak aku dapat untuk siri Prime adalah soundwave. Tak pernah miss dia dalam tiap-tiap episode. Dari G1 sampai sekarang adalah orang paling loyal pada megatron
Nie jet mode dia. Macam jet pejuang tanpa pemandu yang banyak dipakai oleh Amerika dan Yahudi.

Atas dia tu tertenggek razorbeak. Mana-mana keluaran soundwave razorbeak guarantee tak tinggal punya.


Nie robot mode dia. Kalau tengok kartun Prime kepala dia hitam aje takde mulut, mata dan hidung. Macam pejuang Nazgul.Tapi soundwave punya muka macam TV atau monitorla, gambar, movie,mp3, SPSS,GPS, carta pai semua boleh main.


Yang prime punya soundwave nie dari episode satu sampai sekarang season 2 dah masuk 6 episode still tak dengar suara dia.

Thursday, March 22, 2012

ANIMATED RESCUE RACHET

Aku pernah upload autobot rachet animated yang warna merah putihnie beberapa ketika dulu.


Yang nie pulak ada pernah keluar yang special sikit. Nie ada Hasbro keluarkan sekali sahaja yang warna kuning. Namanya rescue rachet. Warna kuningnie macam follow warna rachet yang movie edition punya.

Hasbro ada keluarkan yang cybertron mode punya. Nanti kalau aku dah dapat aku update.

Tuesday, March 13, 2012

AERIAL BOT LEADER SILVERBOLT

Weekend haritu masa sedang jalan-jalan kat Kluang Mall, aku masuk ke dalam Pacifiic Mall aku terperasan robotnie. Ini Leader arialbot Silverbolt. Yang nie keluar balik atas label Transformers Classic di mana ianya betul betul ikut G1 punya bentuk. Cuma bezanya dengan yang G1 punya, yang nie 10 kali ganda lagi besar. Yang real G1 hanya sebesar legend class sekarang. Yang ini keluar dengan saiz Ultra Class. Ultra class jarang Hasbro keluarkan. Dia lebih besar dari voyager class dan sikit kecil dari leader class.
4 tahun dulu masa mula-mula keluar harganya RM140. Tapi aritu aku jumpa RM59.90 aje. Terus tak jadi beli deluxe class Wheeljack versi Transformers Prime yang baru. So kira bargainla dengan besar dia. Electronics light and sound semua OK lagi. Stock lamakan. So yang gambar atas tu jet mode dia. Ops lupa letak missile.


Ha. Yang atasnie full jet mode dia. Dia jadi kalau tak salah akunie, blacbird kot. Macam dalam X-men cuma warna kelabu. Kalau hitam memang sebiji macam x-men punya. Dan tak salah aku memang jetnie wujud kat dalam infantri tentera US.


Atasnie robot mode dia, simple aje trasform. Lipat dua jet nie pastu keluarkan kaki dan tangan. Siap ada bunyi transform masa keluarkan kepala dia.


So cerita pasal silverbolt tak banyak. Cuma masa mula-mula jadi ketua aerialbot dia seorang yang penakut untuk pergi berperang sampaila satu hari dapat semangat apabila rakan-rakan aerial dan autobot betul-betul susah tinggal dia aje. Lepastu dia jadi orang kanan Optimus prime untuk lead perperangan kat udara. Yela masa G1 autobot tak boleh terbang. Cuma Aerialbot dan dinobot aje boleh terbang. Silverbolt ada 4 lagi anak buah semua pesawat yang boleh terbang. Kalau bergabung akan membentuk superion. Ini adalah jawapan autobot untuk decepticon punya costructicon dan combaticons. Kalau Hasbro dapat buat yang lain besar macamnie dan boleh memnbentuk superion, Gerenti besar Minicon Aisyah besardia.

Thursday, March 8, 2012

HOUSE OF LEGENDS

Masa lepas aku buka optimus prime haritu, aku terfikir apa nak buat dengan kotak dia. Nak buang sayang pasal lawa. Nak buat tabung dah banyakdah.
So, aku rasa pasal aku ada banyak legend class punya transformers

Jadi aku sumbat semua dalam dia. Macam ada ruang untuk isi lagi. Nanti boleh top up kalau ada beli legend class lagi.




So secara rasminya jadi house of legendlanie.

Oh ya. Happy birthday Portdy yang tengah sambut kat kedai tom yam mana bersama keluarganya.