Friday, May 24, 2013

BLUR COUNTRY HOUSE


Ini merupakan lagu Blur yang first sekali aku dengar. Mula-mula tengok video klip diaorang tunggang khinzir terus aku minat. Walaupun masa tu aku menyebelahi Oasis. Hj Rizal orang kuat Blur.Tapi kami tak gaduh macam penyokong Man Utd dan Assenal. Dia duduk kelas sebelah aku. Kelas anggerik. Aku Cempaka.Mostly budak-budak sekarang kenal Blur kat lagu song 2 aje yang jadi opening bagi games bola Pro Evolution 7 dulu.

Walaupun aku memiliki album the great escape yang ada lagu country house ini, aku tetap memiliki single country house yang nombor 2 ini pasal semua lagu dia main live .Entah berapa banyak single untuk country housenie pun aku tak tau. Memang sekarang banyak Blur banyak main live 2,3 tahunnie. Namun yang ini ada sikit beza pasal ianya direcord pada tahun 1995. CD nie pun tekanan 1995. Jadi bunyinya stereo cristal clear tanpa banyak enhancement macam sekarang. Dan aku merupakan orang yang masih masukkan CD dalam radio untuk layan lagu. Converted mp3 just untuk mobile dan kereta sahaja. Even kereta pun dulu still bawak CD masuk kereta. Sekarang kedua-dua kereta aku ada cassete player sahaja.

Masa ambik gambarnie pun For Tomorrow sedang berkumandang.Aku still seronok layan lagu sambil pegang inlay CD dan baca lirik lagu yang tertulis.Aku pun dah jarang dapat time untuk terapi macamnie due to work and family comitment.

Tapi yang kat atasnie rasa sekarang hampir pupus. Borang nak join fan club. Sekarang semua register online aje.Kalau ada pun dalam CD sekarang pun slip kecik untuk beli caller ringtones aje. I miss that old daya yang siap ada borang nak order baju lagi. Kaset band melayu pun ada jugak tau dulu. Sekarang semua dalam talian. Jimat kertas katanya jadi lagi banyak balak boleh diselamatkan. Still panas jugak nak tidur malam.Tunggu pokok sawit umur ratusan tahun kot baru sejuk balik.

Tuesday, May 14, 2013

BEAST HUNTER OPTIMUS PRIME

So, Inilah wajah baru optimus prime untuk siri Beast Hunter yang baru sahaja ditayangkan. Optimus yang ini boleh terbang. Selepas siri Cybertron, hampir semua optimus prime boleh terbang. Tapi kena upgrade dulu. Yang ini dapat sentuhan daripada forge of souless prime. Optimus yang sepatutnya dah mati dan hampir memberi matrix of leadership kepada smokescreen. Namun smokescreen tidak mahu menjadi prime seterusnya menghulurkan forge of souless prime kat tangan optimus prime terus mengupgradekan optimus menjadi bentuk seperti ini. Optimus prime terus bankit dan terbang untuk menhapuskan istana baru megatron di bumi yang di gelar Dark Mount. Cerita stop kat sini dulu.Megatron pun cabut susunstartegi pulak. New episode dijangka dimainkan minggu depan.
Nie truck mode dia yang macam lori masuk safari Africa.