Thursday, January 28, 2016

COMBINER WARS STUNTICONS PART 2 (DRAGSTRIP)


Selepas Motormaster, kita masuk Part 2 untuk ahli Stunticons yang kedua iaitu Dragstrip. Ini memang aku kenal sejak dari G1 lagi pasal dia nie satu-satunya yang jadi kereta F1. Yang lain ahli Stunticons masatu jadi kereta biasa atau sport yang jahat-jahat. Memang suka buat daredevil stunt semua.


Warna pun sama saling tak tumpah dengan yang G1 punya. Itu yang best untuk Combiner Wars seriesnie. Diaorang try sehabis baik untuk buat balik yang G1. Tapi bagi aku, memang series yang ini memang bestla. Rasa macam nak tapau semua. Tapi Combiner seriesnie agak mahalla berbanding siri lain. Pelan-pelanla. Ok berbalik dengan Dragstripnie. Sama macam Motormaster, selepas G1 hampir 30 tahun dulu.,memang takde keluar Dragstrip versi lain aku rasa aku. Kecuali yang bawahnie.

Ini pun kira limited edition yang keluar dari Black Edition(macam rokok pulak) untuk siri Universe ke Generation. Aku pun dah lupa. Ini pun base dari autobot Mirage yang macam kat bawahnie
Cuma Mirage warna biru asal dia. Nie yang Hentai Henkei punya limited Edition invisible Mirage. Pasal special power Mirage boleh jadi halimunan masa G1.Ini kira bagi aku versi Dragstrip yang lagi lawa tapi tak boleh Combine dengan mana-mana robot.So tunggu lagila ahli stunticon untuk bergabung.

TO BE CONTINUED......


Sunday, January 24, 2016

COMBINER WARS STUNTICONS PART 1 (MOTORMASTER)

Untuk 2016 nie kita mulakan koleksi Transformers denagn watak yang aku paling minat. Ketua Stunticons, Motormaster namadia.

Aku rasa secara rasminya diaorang tak pernah keluarkan Motormaster sejak zaman G1 lagi. Kecuali untuk Botcon 2011 kot yang diaorang stunticon set versi animated. Tak boleh combine pun. Tapi cantik. Namun harganya paling murah RM1200.00. So yang untuk set combiners warsnie dia officially keluarkan Motormaster yang baru. Uniknya Motormasternie rupa dan warna dia sebiji macam Megatron cuma dia jadi kenderaan dan dalam G1, stunticons adalah geng-geng terawal Decepticon yang jadi kenderaan darat. Yang lain masih lagi jadi kapal terbang.

Kepala pun macam Megatron. Pakai helmet.Kepalaniela trademark Motormaster.
Sama macam G1 cutting macam Optimus Prime. Cuma macam aku cakap masa review Optimus Prime yang sebelahtu, Motormaster tu lagi lawa. Ada trailer belakang lagi complete Motormaster tu.

Truck mode dia warna macamnie pun cantik. Ungu silver.

Grill pun ada lambang Decepticon. Optimus Prime takde sampai detail macamnie.

So bandingkan sendirila dengan Optimus Prime sebelah. Walaupun design sama, bagi aku Motormaster jauh lagi lawa. Cerita Stunticons nie panjang lagi.

TO BE CONTINUED.....

Monday, January 18, 2016

RID 2015 GOLD ARMOUR GRIMLOCK



Ok cerita Grimlock lagi. In sama macam yang warna hijau haritu tapi kecik sikit pasal nie deluxe class. Lagi satu specialnya dia coating warna G1. memang nicela. Sampai sekarang still diaorang tak keluarkan reissue untuk G1 yang asal kecuali yang untuk Masterpiece besar punya macam gambar kat bawah.

Warna pun lebih kurang aje. Murah pun murah so memang patut adala yang special version. Yang masterpiece tu jejak RM500.00 jugak sekarang kalau nak beli. Yang keciknie baeu RM75.00. Okla. Nak beli yang G1 asal lagila mahal. Jejak RM130.00 gak paling murah. Rasa ada masa nak kumpul semua Grimlock aku buat satu gambor entry besor.

Thursday, January 14, 2016

STAR WARS 7


Ibu ada tournament bowling jabatan. Takkan nak tunggu aje.Sampai lewat petang tu.Nasib baik ada makan.

Kebetulan hujung minggu pertama Star Wars baru main kat panggung. So lepas sarapan ambikla tiket paling awal pagi. Pukul 1000am punya tayangan.

Siap patungtu, tiket, bertih jagung dan air jejak RM90.00 tengok wayang 2 beranak. Aisyah pun paling lama tahan 1 jam aje tengok. Itupun masa BB-8 still ada kat screen. Dah masuk gaduh-gaduh tido dah dia. Lagipun dekat 3 jam punya movie. Selalu dengan ibu dia pergi tengok kartun aje. Paling lama pun 90 minit aje.Patut ada intermission macam cerita Hindustan.Ada sikit babak tertinggal pasal Aku nak pergi toilet. Nasib baik toilet dekat aje.

Aku bukan Star Wars punya fan. Tapi memang tahu jalan ceritanya pasal semua dah tengok kat TVkan dari kecil.Takde apa yang special dan nak komplen macam yang aku dengar dari orang lain.Bagi aku nice movienie. Paling nice bagi aku bila ada sceen fighther jet jahat terbang dengan background matahari. Rasa tu first time aku tengok.Macam cerita NAM Tour of duty pulak bila helicopter askar Amerika terbang waktu matahari senja. Selalu star wars perang malam aje.Memang quite nicela.

Habis tengok balik ibu main bowling. Menangla. Siap dapat dapat cek besor.Hahahaha

Nice weekend la. First time rasa tengok wayang berdua dengan Aisyah. Next time boleh lagi.
Mungkin movienie.


Monday, January 11, 2016

RID 2015 GRIMLOCK AND FIXIT

 

Untuk yang ini kita tapau dua biji sekali pasal beli serentak hujung cuti sekolah haritu.Dinobot Grimlock dan Minicon Fixit.


Tapi sebelum tu selamat tahun baru untuk semua. PC pun dapat hadiah tahun baru daripada Microsoft. Upgrade percuma ke Windows 10. Nice macam tablet. Macam nak tukar touchscreen monitor pulak. Very handy. Dan talian internetpun tengok macam dah semakin lancar.

Kita mula dengan Grimlock. Ini versi yang sama dengan anak Porndy punya. Walaupun besar voyager class tapi nak transform cuma pusing tiga kali macam basic set kanak-kanak punya. Memang keluarpun untuk below 3 tahun punya. Tapi aku kena ada versi yang ini pasal kalau beli yang deluxe class punya tak kena scalenya. pelik pulak Grimlock sama besar dengan robot yang lain.

Dalam sirinie, Grimlock merupakan tahanan kapal banduan Cybertron yang dijaga oleh Fixit. Bila kapal tu terhempas kat bumi ada beberapa pod tahanan yang pecah termasuklah pod Grimlock nie. Pod yang lain semua tahanannya lari kecuali Grimlock. Lupa nak tambah. Masatu Grimlock masih pakai lambing Decepticon kat badan dia. Tapi masa Bumblebee dan pasukan dia datang, dia cakap dia dah taubat dah taknak jahat lagi dan cuba berubah. Jadi bumblebee pun bagila peluang. Walaupun dianie kuat. Tapi otak ada sengal sikit. Besar macamnie pun selalu kena buli dengan Sideswipe. Walau macam mana pun, pada episode ke-6 tak silap, Bumbleebee bagi dia join team dia dan buang lambang Decepticon tu ke lambang Autobot.


Fixitnie pulak memang hebat. Dia sorang boleh kawal 300 banduan dalam kapal. Memang macam pisau Swiss Army dianie. Semua senjata,first aid dan computer  semua ada dalam badan dia. Pasal terhempas kat bumi tu yang kepala ada biol sikit. Boleh bual macam robot-robot lain. Kalau tak dianie Minicon yang ikut program yang dah disetkan.


Pernah short sekali jadi defense mode punya minicon habis seluruh team Bumblebee dia belasah semua.Nasib baik dapat disshutdownkan. Nampak kecik tapi memang power.

Nie naik Grimlock lebih kurang masa diaorang pergi ke Robot Grundge Match. Lebih kurang macam gusti robotla.