Selepas Motormaster, kita masuk Part 2 untuk ahli Stunticons yang kedua iaitu Dragstrip. Ini memang aku kenal sejak dari G1 lagi pasal dia nie satu-satunya yang jadi kereta F1. Yang lain ahli Stunticons masatu jadi kereta biasa atau sport yang jahat-jahat. Memang suka buat daredevil stunt semua.
Warna pun sama saling tak tumpah dengan yang G1 punya. Itu yang best untuk Combiner Wars seriesnie. Diaorang try sehabis baik untuk buat balik yang G1. Tapi bagi aku, memang series yang ini memang bestla. Rasa macam nak tapau semua. Tapi Combiner seriesnie agak mahalla berbanding siri lain. Pelan-pelanla. Ok berbalik dengan Dragstripnie. Sama macam Motormaster, selepas G1 hampir 30 tahun dulu.,memang takde keluar Dragstrip versi lain aku rasa aku. Kecuali yang bawahnie.
Ini pun kira limited edition yang keluar dari Black Edition(macam rokok pulak) untuk siri Universe ke Generation. Aku pun dah lupa. Ini pun base dari autobot Mirage yang macam kat bawahnie
Cuma Mirage warna biru asal dia. Nie yang Hentai Henkei punya limited Edition invisible Mirage. Pasal special power Mirage boleh jadi halimunan masa G1.Ini kira bagi aku versi Dragstrip yang lagi lawa tapi tak boleh Combine dengan mana-mana robot.So tunggu lagila ahli stunticon untuk bergabung.
TO BE CONTINUED......
Kau nye posting ni semua boleh buat buku. Title buku "dummies guide for transformers collection and storyline".
ReplyDeletePassion giler
Hehehe. Tq. Jauh laginie
ReplyDelete