Sunday, July 26, 2009

GO SPEED RACER

MACH 6

MACH 5

Baru dalam museum saya. Favouritesaya masa budak-budak dulu.

Friday, July 24, 2009

TRANSFORMERS STAR SABRE

Yang ini bukan dari G1. Aku pun lupa. Kalau tak silap dari headmaster atau victory punya siri. Apa yang menarik dari mana aku dapat.


Aku jumpa benda nie kat sebuah kedai bundle kat Rengit dalam bentuk robot. Bila aku belek-belek, ianya keluaran Takara Tomy. Aku tanya aka tu berapa? Dia kata RM15.00. Aku pun terus hulur duit dan blah menaiki Yamaha Lagenda atok aku. 1 jam jugak aku tuggu sebab ada budak main-main benda tu. Nasib baik bapak dia tak nak belikan. Dia letak aje aku terus sambar.

Ini yang aku dapat. Masa aku beli, Muncung depan kapal terbang merah yang kecik takde. So aku browsing kat e-bay dan dapat orang jual spare part transformers. Dia tolak kat aku RM35.00 siap hantar. Lagi mahal dari robotkan. But the seller know how to make money from people like me. but aku rasa dia pun collector juga. kalau normal seller akan marked up lagi. Silap-silap RM80.00. Dan muncung tadi sepatutnya ada pedang dia.

Nie rupa dia sebelum bersatu. Kau dapat 3 bobot. Kat bawah tu full robot mode dia.
Ok. Mari kita tengok harga barang bersejarah ini. Kalau kat tengok kat lelongan lain tak kira e-bay ke mana-mana, Kalau siap kotak plus ada lagi satu combiner dia bernama victory leo, Harganya sekarang boleh jejak RM 1000.00. I got it even without victory leo RM 50.00 (tak masuk minyak motor lagenda atok aku) Aku bangga aku ada star sabre. Sizenya 1.5 lagi besar dari leader class optimus prime movie. Aku rasa collection aku, dia paling otai sebab dia bukan reissue.

Transformers Animated's Grimlock

Animated grimlock nie aku beli kat KLIA masa balik dari Jakarta. Ada satu kedai kat situ. RM 99.90. Murah lagi masa tu. Tapi sekarang kalau kat e-bay dalam RM 60 hingga RM 80 dah boleh dapat. Rasanya ramai yang tak minat Animated. Banyak hanya follow movie. DVD dia pun orang tak ambik port. Nevermind, bagi mereka yang nak buat duit, aku rasa sekarang time nak beli. Percayala cakap aku. 10 tahun lagi, kalau harga dia RM 500 aku tak hairan. G1 punya grimlock edition 1986 kalau ada walapun loose takde kotak, instruction, peluru kurang, ekor patah, harganya boleh cecah sampai RM 300. Dulu kalau beli tahun 1986 RM50 pun tak luak.
So thinkla. ASB pun tak bagi dividen sebanyak itu. Hampir 50% dividen setahun untuk 10 tahun.

Kelakarkan mulut dia.

Robot mode. Pedang dia pun dah cukup menarik.

T-Rex mode
So bagi aku, aku harap apa yang aku kumpul juga sebagai investment aku. Mana tau anak nak masuk U nanti, bini nak bersalin atleast sangkak-sangka boleh tolak sambil dapat untung.

The M.A.S.K's Condor (Have you seen this lately)

Bike mode

Chopper mode
Mr Brad Turner with his Condor
Thank you to En. Tabung kerana menyumbangkannya ke museum saya.



Wednesday, July 22, 2009

ANTARA KOLEKSI TRANSFORMERS ANIMATED AKU.

Antara yang aku ada
Animated soundwave
Animated Optimus Prime

Animated Starscream



Animated Prowl


Animated Rachet



Kiutkan. Tu pasal aku suka Animated. Banyak lagi. Nanti aku download

































Tuesday, July 21, 2009

CAN YOU SPOT THE DIFFERENT?

Cuba cari apa yang beza 3 gambar di bawah
Gambar 1


Gambar 2



Ganbar 3

Gambar penuh.
Peserta yang berjaya kan menerima pakej lawatan percuma ke muzium mainan saya dengan pengangkutan dan penginapan di tanggung sendiri.
Borang-borang boleh didapati di kaunter penyambut tetamu
Muzium Mainan Aku di aras 3(sebelah pokok manggis) Kampung Parit Patah.
Borang photostat tidak akan diterima.


























RM50 BARU

Bagi kawan-kawan aku yang duduk jauh dari Malaysia Nie duit baru RM50 (belah atas) Bila balik nanti jangan silap pasal dia macam duit seringgit

Bahagian depan
Bahagian belakang


KERETA BARU AKU

Aku jual ferrari aku
Aku beli nie



Nombor ferrari aku ambik.





Saturday, July 11, 2009

MOVIE REVIEW FOR TRANSFORMERS REVENGE OF THE FALLEN



Hmm... Okla, transformers dah jadi satu fenomena besar di seluruh dunia. Hasbro dikatakan untung ratusan juta USD atas action figure sahaja. Mau taknya, masa first movie, harga satu deluxe class action figures adalah RM44.90. Untuk movie yang kedua nie, RM59.90 standard prize (belum kira harga kena sembelih lagi). Banyak untung woo. Ekonomi US boleh stabil balik tau. Rasa tak dengar Hasbro buang pekerja. So masa nak tengok movie haritu, walaupun baru hari Khamis, aku gerenti ramai orang. So balik kerja aku teus pergi dan beli tiket dulu baru pergi semayang magrib.Lepas aku balik semayang magrib, Aku tengok orang beratur panjangnye sampai 3km. Kalau aku dah balikdah. Tengok kat tambak aje baru RM5.00.

So, back to the movie, mereka telah janjikan bahawa yang nie banyak aksi dan mereka tak tipu. Bagi peminat filem aksi, mereka sure terhibur. Tapi bagi aku aksi tak penting, feeling yang aku alami pada movie yang pertama takde. Mungkin pasal tengok seni filem yang sama.So , ada kurang sikitla bagi aku. Masa movie yang first dulu aku sampai keluar airmata aku tengok semua autobot turun dari langit dan kemudian berkumpul depan Sam. Very touching bagi aku.

Untuk yang kalinie, Matrix of leadership yang dikejar oleh autobot dan decepticon setelah all spark musnah. Fallen perlukan matrix tu untuk sedut matahari untuk dijadikan energon dan outobot perlukannya untuk hidupkan balik optimus prime. So planning cerita tak berubah dari Transformers G1 hingga sekarang, Optimus mati hidup balik dan megatron pun sama cuma tak pakai nama Galvatron aje(aku rasa lagi ganas).

Watak baru terlalu banyak. Tapi yang menonjol skid, mudflap,whillie dan setentunya devastator. Hodoh, tak cantik (bodohla diaorang). tapi insyaallah ada rezeki definitely Aku akan dapatkan. Pre order dah keluar kat e-bay. RM450 complete all.

Balik ke movie semula. Fallen berjaya dapatkan balik matrik tu setelah sam hidupkan optimus prime. Oleh kerana optimes padam balik setelah matriksnya dirampas, jetfire telah memberi sparknya kepada optimus. Tu yang optimus prime ada kepak dan boleh terbang. Dan bagi peminat transformers tau, hanya prime sahaja yang boleh bunuh fallen. dan itula yang berlaku(habis optimus koyakkan muka fallen sampai tinggal tengkorak).

So autobot menang lagi.(aku ingatkan kalah). Starsream dengan menganjingnye ajak megatron cabut lari. Overall nice movie. 4.37 popcorn dari 5 aku bagi. So, waitla kalau ada movie yang ketiga camana pulak. but aku rindu sangat transformers animated. TV tak main, DVD takde. Frust gila. Tolong sape-sape ada kantau hulurla kat aku.