Sunday, December 27, 2015

PROJEK MRT AKU (FASA SATU)

 
Lepas projek musnah raya haritu. Terpaksa buat balik. Nie kira permulaan Fasa 1 semula start dari Pontian.

 
Kalinie kemas sikitla. Dah ada lot kedai sebelah stesen keretapi.Ala-ala kedai lama.

 
Menara kawalan pun dah beroperasi.

 
Baru ada 4 lot aje. Insyallah akan bertambah lagi tak kira kat sini atapun kat tempat lain.at stesen Pontian nie pun kira main stop untuk semua keretapi yang nak keluar. Pusat maintenance , isi minyak semua kat sini.

 
Keretapi penjajahan British pun ada sebagai replica keretapi zaman penjajahan British.

 
Stesen minyak pun dah ada. Nie baru siap dibuka petang tadi.

Kat sini murah petrol. RM0.88/liter. Ramai orang tau jap lagi jemla.

 
Wiring pun dah siap. Boleh beroperasi 24jam dah stesennie.So next projek,rumah rakyat,hentian bas, masjid dan kalau ada modal stadium satu. kalau tak kena serang lagi. Letih 2 hari cuti mengadapnie.

Wednesday, December 16, 2015

GENG KAPAK DATANG PONTIAN

 
Teringat cerita Kungfu Hustle.

Monday, December 14, 2015

RID 2015 STEELJAW

 
Ok sambung balik cerita RID 2015. Satu - satunya residen decepticon kat bumi adalah dianie. Steeljaw. Kebanyakan siri Transformers yang lain selalunya Starscreamla orang kedua Megatron. Dalam ceritanie. Megatron dah mati. Starscream pun tak nampak bayang. Dalam penghujung sirinie, Steeljawla yang telah mehidupkan kembali Megatronus. Megatronustu kira Megatron yang awal-awal berpangkat Prime sebelum dia keluar belot dari ahli lembaga Prime. Steeljaw mengetuai tahanan decepticon yang terlepas balik untuk menghidupkan balik Megatronus dengan ganjaran bumi Megatronus akan serahkan kat Steeljaw. Namun dia kena kencing dengan Megatronus dan usaha tu pun telah digagalkan oleh Bumblebee and the gang.
 
Dia pun kuat kencing jugak Steeljawnie. Perangai dan attitude pun macam Starscream jugak. Gila kuasa. Muka pun muka jahat. Lama sangat jadi residen kat bumi, rupa pun dah macam serigala jadian siap kuku dan ekor sekali.Bumblebee and the gang pun banyak kali tertipu dengan tipu helah dan perangkap dia. Memang licik Steeljawnie. Tak pernah kena tangkap.

 
Jarang sekali decepticon yang power-power jadi kereta . Selalu jadi jet pejuang dan boleh terbang. Simple aje vehicle mode dia.Nie pun aku dapat time cuti sekolahnie aje. Harga special.

Sunday, December 13, 2015

EKSPIDISI KE SRI ALAM (11/12/2015)

 
Aku: Ko dah sampai Pontian?
Portdy: Aku dah kat Simpang Renggam. Pukul 9 ambik aku. Nak beli makanan anak aku jap.
Bert: Aku pukul 10 gerak
Aku: Dep tak ikut?
Portdy: Kerjaa.
Aku: Aku selalu masa kerja Pasir Gudang makan kat mamak depantu tengok gusti. Rasa Dva kat belakang nie aje. Ha tu. Betultak?
Portdy: Haa. Betullapid. Cari parking2. Dah ramai dah.
Aku: Haa. Tu ada kat belakang. Reverse parkla.
Bert: Kat mana bro?
Aku: Aku kat tempat jual baju.
Aku dan Portdy: Assalamualaikum Bro
Bert: Waalaikumsalam. Dah ambik tiket?
Portdy: Dah. Tak book pun takpe. Siap offer beli 4 free satu.
Bert: Baju lawa-lawa tak?
Aku dan Portdy: Kitaorang kira muat lawalatu.
Aku,Porty dan Bert: Hahahahahaha
 
Aku dan Bert: Penuh barisan.
Bert : Apasal mamat tu nak masuk bonzer halau?
Aku: Entah? Bro kenapa?
Roslan: Kena beli air dulu baru boleh masuk.
Aku: Takde cakap pulak kat iklan.
Bert: Semua air mabuk bro. Yang RM88.00 tu aje minuman ringan. Untuk 2 orang aje.
Aku: Titbits tu apa? Lain macam aje bunyi.
Aku dan Bert : Hahahahahaha
Aku : Kalau air 4 orang dan RM190 baik kita ganti tengok nie aje bro. Ada rezeki menang lucky draw. Silap-silap boleh pilih bawak balik satu.
Bert: Hahahaha betul-betul
Ahmad: Pid air boleh beli gelas satu-satu. Satu RM22.
Aku dan Bert: Oklatu.
Aku : Kak untuk 4 orang air gelas.
Akak counter: Ok.
Aku: Jom masuk.
Ber,Portdy dan Ahmad: Jom. 
Portdy : Pid aku ada book table.
Aku: Ok aku cari.
Band: Bulan madu di awan biru.
Aku: Ok dah jumpa meja ko.
Aku dan Bert: ( Ini titbits rupanya.Kuih raya. Hahahahaha)
Aku: (Lambatnya nak start)
Bert: (Lambanya nak start)(Sambil tarik lengan aku nak tengok jam)
Portdy: TV ada main duran-duran!!!!!!
Aku dan Bert: Mana nak dengar!!!!!
Band: Azlan and the Typewriter pun ada main malamnie.
MC: Ok kami mempersebahkan. XPDC!!!!!.
Aku: Alamak dah start.(kat tempat smoking)
All: Yeahhh!!!!!!!!
Aku: (Penuh kamera. Takpe 3 minit aje. Jap lagi lenguh punya.)
Bert: (Bateri weak pulak. Mana power bank.)
Aku: (Kan Betul)
Mail: Otai-otai belakang semua ok Eh.Otai baju belang hijau ok eh?
Aku: Ok bro. Nak hairan bin ajaib!!!
MrMohd: Senapang patah!!!
Linda Diva: Bahalol
Awek sebelah: Kongsi ashtray bang.
Mail: Bro lampu kasi tutup sikit. Panasla.
Bert: Nafisa!!!
Mail: Sorry bro. Nafisa takde dalam list malamnie. Tunggu show kat LEGOLAND nanti.
Mail: Ok untuk otai-otai ka bekang tu. Raja kertas
Aku , Mr Mohd,Linda Diva: Yeahhhh.
Mail: Ok lagu last. Pihak Club dah bagi isyarat overtime. Selendang merdeka.
Semua : Yeahhhh!!!!
Mail: Terima kasih smua. Jumpa lagi kat LEGOLAND!!!! Assalamualaikum.
XPDC: (tengah goring lagi sambil orang keluar)
Aku: Tak tunggu typewriter?
Bert: Takla. Bukan jiwa aku sangat.
Portdy. Balikla Pid.
Aku: Balik teruske nak lepak minum
Bert: Balikla. Bini dah tutup pagar dah. Kena panjat balik.
Aku dan Portdy: Hahahaha
Portdy: Baju takde markdown?
Aku: Tarak.
Portdy: Balik!!!!!
Haji: Wei Mohasis pun ikut!!!!
Portdy: Pid Bluray dah keluar.
Aku: Nice.

Monday, December 7, 2015

RID 2015 NIGHT OPS BUMBLEBEE.

              
 
 Ok yang nie dah cerita awal-awal masa RIDnie keluar kat TV. Musim pertama pun dah habis. Macam kata Portdyla, kena layan satu season untuk paham lawak dia. Memang musim pertama macam musim suai kenal. Tiap-tiap karaektor  adaspecial focus masing-masing. Dah hujung musim baru serasi dah tahu kekuatan masing-masing dan tahu nak bergabung kuasa.
 
So season 1st dah habis. So untuk mainan ada keluar special sikitla macam biasa. Bumblebee hitam. Yangnie dipanggil Night Ops Bumblebee. Kalau versi lain ada yang dipanggil Night attack Bumblebee, Elite Guard Bumblebee dan macam-macam lagila. Basicly cuma Bumblebee yang direversekan warnanya dari kuning hitam ke hitam kuning.

Mode kereta pun sama. Tapi tayar kuning tu memang kartun sangatla. Dah mcm batmobile kalau semua bantai hitam.
 
Harga agak murah. Tengah cuti sekolahkan. Markdown dari RM74.90 ke RM54.90. Okla. Agak limited jugak. Au dah lepas sekali haritu tak dapat beli. Alhamdulillah ada rezeki harinie.
 
Oh lupa. Semua RID punya label lambang dia macam tu pasal ada sebab. Lambangtu boleh scan kat aplikasi telefon pintar yang ada muat turun games RIDnie.Haritu anak Portdy pukul rata scan kat rumah aku pasal automatic unlock karektor tu tak payah beli pakai duit dan points kat apps.

 
 

Thursday, December 3, 2015

RID 2015 STRONGARM

 
Salah satu awek untuk siri RID 2015 nie adalah robot polisnie iaitu Strongarm. Dianie merupakan prebet under Bumblebee punya supervision. Sampai ke bumi dia ikut Bumblebee.

 
Kalau kebanyakan watak perempuan dalam Transformersnie selalunya agak kurus dan curvy. Kalau manusia kira seksi dan cutting model. Bagi Strongarmie dia agak gempal sikit. Atau maybe pasal dia Polis mungkin kira kak sadokot.

 
Dia nie agak skema dan lurus bendul. Asyik kena buli aje. Tiap kali nak buat ambush aje baca SOP dulu. Memang asyik kena gelak aje dengan Grimlock dan Sideswipe. Pastu merajuk. Kerja Bumblebee ajela yang pujuk.Mula mula agak struggle nak hidup kat bumi. Sampai kena gatal-gatal kat badan. Tapi makin lama makin ok dan biasa dan sampai pandai pergi carwash.Carwash kira macam spa bagi dia untuk hilang penat dan stress kerja dan kena buli.

 
Nie dia bersama dengan Sideswipe. Autobot yang selalu buli dan tipu dia. Dia yang tangkap Sideswipe masa roadblock kat Cybertron. Pasal dah kena gari, jadi Strongarm bawa sekali pergi bumi. Memang masa mula-mula kenal memang tak geng berduanie. Tapi bila dah nak hujung-hujung season 1 tu dah mula keserasian dan rasa kasih sayang tu dah start nampak. Betul kata orang mula-mula benci lama-lama sayang. Sampai Sideswipe bagitahu Optimus Prime pada episode last season 1 yang dia tak nak balik Cybertron pasal takde sapa nak tengokkan Strongarm. Kalau ada season seterusnya aku harap kisah cinta dua autobotnie akan ada happy ending. Harap-harap kahwin la dua autobotnie. Setakatnie belum ada lagi mana-mana siri kalau tak silap yang Tranformers kahwin.Nak tau jugak camana Transformers dapat anak. Hahahahahaha

 
Nie vehicle mode. Mostly awek-awek autobot yang cutting model kebanyakannya jadi superbike dan kereta sport aje. Dia jadi SUV polisla. Yela pasal dia gempal dan dia sendiri yang nak jadi SUVnie Pasal dia jadi SUVla tu yang kena buli. Mana-man operasi kena bawak Grimlock tutup dengan selimut kat belakang dia. Yang lain jadi kereta sport apa kelas tarik dinosaur.