Friday, July 24, 2015

PROJEK MRT AKU (FASA MUSNAH RAYA KE-2)


Macam diserang raksasa (kanak-kanak beraya)

Friday, July 17, 2015

MOVIE 4 AOE OPTIMUS PRIME.


Ini ibarat icing on the cake untuk hari raya tahunnie. Baru dapat 2 hari lepas kat Jusco Taman Universiti. Yup RM243.90 tapi dah diskaun RM100 dah. Ikut plan nak beli Strongarm tapi dah nampak ini offer belasahla dulu.


Dengan adanya yang ini secara rasminya aku tak pernah miss la leader class Optimus  Prime yang standard. Yang special edition warna hitam, lutsinar tak kira. Kalau nak semua rabak seh. Kira kalau CD yang basic album still complete lagila.


So untuk siri movie yang keempatnie robot mode dia tak berapa nak cantik bagi aku tapi dapat metalic punya warna. Simple sangat. Nak jadikan truck pun 20 steps sahaja.


Tapi bila dah jadi truck memang lawala. Ini aku rasa untuk movie paling lawa. Kalau ada kontena belakang lagi cantik.  Siap dengan radiator grill warna krom tu menyerlahkan lagi kegarangannya


So memang quit nice untuk tutup bulan ramadhan dan menyambut syawal tahunnie.


Akhir kata dari Optimus prime nie mewakili tuan rumah dan seluruh ahli keluarga transformer, man utd, keretapi dan CD tuan rumah ingin mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA PUASA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
HATI-HATI MEMANDU AES BANYAK
INGAT ORANG TERSAYANG DAN DUIT POKET PASAL 
SAMAN TIME RAYA TAKDE DISKAUN. 

Tuesday, July 14, 2015

RID 2015 BUMBLEBEE


So sambung sikit tentang siri Transformer RID 2015. Inila watak utama untuk sirinie. Bumblebee. Dah naik pangkat jadi Leftenan aje selepas habis berjuang dalam siri Predacon rising.


Walaupun status wira yang ada dan populariti yang dia ada. Dia cuma jadi polis peronda aje kat Cybertron. Asyik kena bahan dengan strongarm aje masa meronda kat Cybertron.


Tapi setelah mendapat arahan oleh Optimus Prime untuk pergi ke bumi, Punyalah seronok dia sampai tak persan Strongarm dan Siseswipe ikut sekali. Memang misi kalinie Bumblebee yang kena lead pasal Optimus Masih menuntut ilmu Jedi lagi. Dia pun dapat kawan manusia yang baru, Fixit dan Grimlock. Musuh pun ramai yang lepas dari kapal Alcamore untuk ditangkap balik.


Tapi itu bukan misi utamanya. Misi utama sebenarnya ialah untuk menyekat Megatronus dari lahir semula kat bumi yang mana Bumblebee dan pasukannya berjaya halang dari berlaku. Sungguh henbat leadership dia sampai Optimus Prime sendiri sanggup menyertai pasukannya sebagai askarnya juga. Boleh tahanla untuk seorang polis peronda.