Friday, July 17, 2015

MOVIE 4 AOE OPTIMUS PRIME.


Ini ibarat icing on the cake untuk hari raya tahunnie. Baru dapat 2 hari lepas kat Jusco Taman Universiti. Yup RM243.90 tapi dah diskaun RM100 dah. Ikut plan nak beli Strongarm tapi dah nampak ini offer belasahla dulu.


Dengan adanya yang ini secara rasminya aku tak pernah miss la leader class Optimus  Prime yang standard. Yang special edition warna hitam, lutsinar tak kira. Kalau nak semua rabak seh. Kira kalau CD yang basic album still complete lagila.


So untuk siri movie yang keempatnie robot mode dia tak berapa nak cantik bagi aku tapi dapat metalic punya warna. Simple sangat. Nak jadikan truck pun 20 steps sahaja.


Tapi bila dah jadi truck memang lawala. Ini aku rasa untuk movie paling lawa. Kalau ada kontena belakang lagi cantik.  Siap dengan radiator grill warna krom tu menyerlahkan lagi kegarangannya


So memang quit nice untuk tutup bulan ramadhan dan menyambut syawal tahunnie.


Akhir kata dari Optimus prime nie mewakili tuan rumah dan seluruh ahli keluarga transformer, man utd, keretapi dan CD tuan rumah ingin mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA PUASA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
HATI-HATI MEMANDU AES BANYAK
INGAT ORANG TERSAYANG DAN DUIT POKET PASAL 
SAMAN TIME RAYA TAKDE DISKAUN. 

4 comments:

  1. Mana simpan semua koleksi ni? penuh rumah....

    Anyway, Selamat Hari Raya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sebenarnya memang dah tak cukup rack nak letak. Masih ada lg satu kotak toyogo besar tak keluar lg.
      Tq for the wishes

      Delete