Tuesday, October 21, 2014

TRANSFORMERS PRIME SMOKESCREEN (BEAST HUNTER EDITION)


Setelah sebulan jadi kawan Aisyah, akhirnya Smokecreen berjaya pulang ke Pontian untuk bersama kawan-kawannya yang lain.


Cuma cermin sebelah kanannie aje yang hilang. Kira okla.


Somecreen merupakan watak penting bagi punghujung musim kedua dan pembukaan musim ketiga. Kalau takde Smokecreen, mungkin Optimus Prime dah mati dan tak ada kuasa hebat yang di sedut dari forge of the souless prime(boleh refer cerita kat Ultra Magnus tempohari). Beliau merupakan satu-satunya askar dari pasukan Elite Guard yang Optimus Prime ada. Terlepas dari tahanan decepticon lepas perang besar kat Cybertron, beliau  mendarat kat bumi dan diselamatkan oleh pasukan Optimus Prime kat bumi. Walaupun masih muda, taktikal perang dia memang tinggi walaupun tak pernah bertempur. Dia sungguh licik semasa bertempur. Keluar masuk kapal Deceptricon ikut suka dia aje sorang-sorang tanpa kena tangkap. 


Lagi satu mulut dianie boleh tahan jugak. Buat lawah bodoh dan memang bodoh jugak pasal undang-undang bumi. Lagi satu pasal dalam sirinie Bumbleebee bisu, so semua lawak dia yang buat. Riak pun boleh tahan jugak dianie. Arcee paling marah bila disuruh pilih low profile punya vehicle mode, dia pilih vehicle mode kereta lumba ada nombor 38 nie pasal senang Decepticon kesan. Tapi langsung dia tak kisah. Memang hati kering betul. So yang ini yang Hasbro keluarkan. 100% accurate macam kat TV. Mungkin pasal Beast Hunter editionnie fully owned by US kot. Tu yang cantik.


Bezakan dengan yang version Jepun keluarkan belah kiritu. Aku pernah Update dulu. Antara yang buruk Jepun pernah buat bagi aku. Well done USA.tU PASAL YANG us VERSIONNIE DAH SUSAH NAK NAMPAK.. 

Monday, October 20, 2014

Sunday, October 19, 2014

AGE OF EXTINCTION LOCKDOWN


Perfect weekend bagi aku minggunie.Akhirnya Lockdown sampai ke tangan aku. Memang masa mula-mula keluar movie haritu memang susah nak nampak kat kedai. Kalau ada pun mahal harganya.Almost jejak RM100.00 paling murah. Harga standard keluar haritu baru RM72.90. Agak terukla kalau nak kumpul semua. Fan-fan jugak.Kekanagan tetap ada. Yang takde kekangan pelabur aje.


So, Yang ini aku beli RM60.00 aje kat Tesco Kulai. Memang semua pasaraya tengah sale kot nak Deepavalinie dan dah hujung tahun pun. Stock pun nak kena clearkan. CD merah tu pun RM26.00 dari harga asal RM54.00. Since belum gaji lagi, Aku ambik dia dulula. Kalau nak tau, aku still belum ada Bumblebee untuk koleksi movienie. Dinobot pun belum complete lagi. Still kena pelan-pelan. Dah plan dah apa nak buat dengan duit BR1M nanti. Hehehe baru layak dapat. Untuk movienie memang kena kumpul pelan-pelan pasal harga yang agak mahal.


Berbalik pada Lockdownnie. Kalau sapa yang tengok movie haritu, dia merupakan pemburu upahan yang diupah oleh sapa pun masih misteri untuk menghapuskan autobot kat muka buminie. Dia cuma nak Optimus Prime hidup-hidup. Dia kumpul mangsanya yang dia dapat dari seluruh galaksinya hidup-hidup sebagai piala kehebatan dia. Seluruh dinobot pun ada dalam koleksi dia. 


Tapi yang jahatnya niela. Vehicle mode dia. Lamborghini Aventador. Antara kereta paling hebat kat dunianie. 720 kuasa kuda V12. Jadi robot punyala hodoh. Lambang decepticon kat pintutu buatkan penampilannya makin gangster. Taruk kat saga orang gelak ajela. Tapi sticker Transformers merah dari packaging dianie aku tampal kat bonet Viva abah aku. Hehehe.


Aku pun tak tau kenapa, Kalau Decepticon aje, vehicle mode dia mesti hebat-hebat belaka. Macam tak adil pun ada. 


Yet still ini antara cara paling mudah dapatkan model Aventador pada harga yang agak murah. Dan lagi satu, Lamborghininie memang lawala.

Saturday, October 18, 2014

LEGO FERRARI


Ini koleksi Lego Ferrari yang keluar 2 tahun lepas. Yang baru tak keluar lagi. Kat Singapore dah keluar dah masa F1 kat sana haritu. Lambat sangat kat Malaysianie. Patut time harga minyak naikniela keluar untuk menggalakkan orang isi minyak.


Sambil-sambil tunggu ia sampai kat Malaysia, Kita buat dulula yang lama balik semula yang lama dengan apre parts lego aku yang banyak. Buatla warna lain pulak. Rasa nak buat warna all black untuk Truck Iveco Ferrari tu.


Manual yang lama ada lagi, cuma ikut ajela arahan dan cari blok yang sama aje. Tak sama adjustla.


Completed warna hitam. Tapi tak lawa pulak cermin putih.


All blak kan terusla. Ganas sikit semua hitam All white pun boleh.


Akhirnya jadila 3 biji. Satu warna campur-campur. 

Tuesday, October 14, 2014

KAD DAGANG TRANSFORMERS


Aku ada terbaca kat blog sape haritu tapi dah lupa pasal dia beli air solivite anak dia dapat card untuk movie yang baru tempoh hari. Bukan solivite sahaja, aku tengok banyak jajan budak-budak macam Oreo pun mengambil kesempatan untuk boost diaorang punya jualan dengan mempromosikan movie tempoh hari. Tapi biasala, anak-anak kita. Dia tahu seronok dapat hadiah tu 2 hari aje. Lepastu terselidah bawah peti sejuk atau TV. Kena isteri menyapu memang masuk tong sampah terus. Sayangla. Yang aku nak ceritanie adalah untuk pengumpul yang agak serius. Ini kad dagang keluaran TOPPS. Boleh perasan kat beberapa kaunter kedai buku MPH dan7 Eleven. 


Satu packet RM4.00 ada 5 card. Kira satu 80senla. Ada terletak bersama-sam kad dagang BPL dan champion league.Launching masa movie keluar tempohari. Ini pun aku beli lepas balik tengok movie haritu. Tiketnya aku slide kat muka depan file tu. File tu dijual pada harga RM15.00 plus satu packet Kad dagang dan satu kat special Optimus Prime. Size lebih kurang sama dengan kad yang dapat dalam semua promosi jajan-jajan.

Sama macam beli solivite jugak. Ikut nasibla apa yang kita dapat.So kalau sama tak boleh tukar. Cuma boleh simpan atau jual
 Kat Malaysia rasa kurang lagi populariti kad dagangnie. Kalau kat luar negara tak payah jauh rasa Singapore pun agak popular kad dagangnie. Lebihan yang anda ada anda boleh dagangkan atau barter trade dengan orang lain yang takde.Kat USA, kad-kad baseball aku tengok kat TV memang menjadi rebutan pengumpulnya apalagi yang pemain dah sign. Yang Transformersnie bukan setakat kad dagang, tapi sebagai kad permainana. Macam budak-budak main kad kartun Jepun tu.

So ini adalah antara yang aku dah kumpul setakat ini. Gambar-gambarnya jugak agak cantik. Ini bukan sahaja koleksi untuk movie yang baru, tapi untuk keseluruhan dari movie yang pertama pasal sebelumnie memang belum ada keluar.


Belum cukup lagi tapi dah banyak dah.


Kad-kad yang dapat masa beli robot pun aku masukkan kat ruang kosong belah belakang.


Basicly semua kad macamnie. Ada nama karektor,nombor kad yang warna merah untuk mudah inventory dan nombor power. So kalau tengok dari kad kat atasMegan Fox paling power. Tapi bagi aku Carly Spencer tu lagi power body dia. Hehehehe.


Kat belakang cuma macamnie. Beritahu  dia Human, autobot, decepticon atau kad itu adalah power card untuk lawan.


Instruction cara bermain pun diberi jugak.


Termasuk jugak dengan battle board dia.


So keseluruhan semua ada 176 kad untuk dikumpul. Aku dah ada 126. So tak berapa banyak lagila.Pelan pelan kayuh completela. Aku selalu beli kat MPH Airport Senai sebelum dan selepas balik dari KL.


Kad yang lebih pun boleh tahan banyak. Simpan ajela buat lawan atau trading aje.Rasa boleh cari kaki kat internet. Ada aku jumpa kat online orang Jual 1 keping RM5.00. Ambik kesempatan betul. Relaksla. Ini baru lagi. Belum Rare. Rare bila kedai dah takde jual.So barula boleh sembelih collector. Tapi kalau aku jumpa real collector atau fans, aku bagi aje tak tarde pun takpe atas tanda respek. Lagi best kalau Optimus Prime aku tu Peter Cullen(Optimus Prime) yang sign. Simpan pun puas dan boleh rasa banggala. So yang dapat kad dari beli jajan dan minuman kanak-kanak, simpanla.Jangan ingat dapat free benda tu takde nilai.Collector kadang-kadang ada yang pelik-pelik kumpul. Insyallah kurang-kurang 20 tahun lagi untung RM10.00 sekeping pun jadila. Sapa nak bagi. GST pun tak kena.Simpan RM0.00 kat bank pun tak dapat apa-apa.Suruh tutup buku bank lagi.

Wednesday, October 8, 2014

OASIS WHAT THE STORY MORNING GLORY & DON'T LOOK BACK IN ANGER(LP &EP)


Terasa nak cerita Oasis pulak malamnie(sambil nak bakar Porndy). What the Story Morning Glory(LP). Album kedua mereka selepas Definitely Maybe.Album paling famous masa zaman aku sekolah pasal lagu Wonderwall dan Don look Back In Wenger(hahaha).Sebelah tu Extended Play(EP) dia. Ada additional 4 lagu lagi.


Most people have the album or piring hitam people called Long Play (LP). Easy to find and good value for money especially this one because all the song are good better best for me. Most people esspecially like Porndy will definitely gonna get the Deluxe edition with free live song and DVD and some postcard.


But for me, I'm more to hunt for the EP. Almost  all the song in this play has it own extended play even the Title album itself What The Story Morning Glory.


Banyak lagu-lagu rare yang boleh kita dapat kat dalam extended playnie. Aku baru dapat satu semalam. Tapi bukan CDR1Mla. Macam rugi 4 lagu aje tapi bagi aku dapat dengar lagu-lagu rare dan special nie memang best. Memang sekarang boleh sedut aje kalau nak. 


Tapi kalau tengok art dia walaupun sekeping lipat dua. Dia orang buat memang special walaupun simple.


And another thing, it is too rare to find EP to be reproduce again. So it quite rare.  


So for investment rasa ok kot. Bukan untuk 10 tahun lagi. Mungkin lebih. Ini yang first EP untuk LP lagi. Insyallah yang lain pelan-pelan huntingla.Lagi satu yang best kat EPnie dia orang main balik lagu  Slade Cum On Feel The Noize denagn begitu sedap sekali dengan  recording mid 90s punya bunyi.

CDR1M(TLC UNPRETTY)