Tuesday, October 14, 2014

KAD DAGANG TRANSFORMERS


Aku ada terbaca kat blog sape haritu tapi dah lupa pasal dia beli air solivite anak dia dapat card untuk movie yang baru tempoh hari. Bukan solivite sahaja, aku tengok banyak jajan budak-budak macam Oreo pun mengambil kesempatan untuk boost diaorang punya jualan dengan mempromosikan movie tempoh hari. Tapi biasala, anak-anak kita. Dia tahu seronok dapat hadiah tu 2 hari aje. Lepastu terselidah bawah peti sejuk atau TV. Kena isteri menyapu memang masuk tong sampah terus. Sayangla. Yang aku nak ceritanie adalah untuk pengumpul yang agak serius. Ini kad dagang keluaran TOPPS. Boleh perasan kat beberapa kaunter kedai buku MPH dan7 Eleven. 


Satu packet RM4.00 ada 5 card. Kira satu 80senla. Ada terletak bersama-sam kad dagang BPL dan champion league.Launching masa movie keluar tempohari. Ini pun aku beli lepas balik tengok movie haritu. Tiketnya aku slide kat muka depan file tu. File tu dijual pada harga RM15.00 plus satu packet Kad dagang dan satu kat special Optimus Prime. Size lebih kurang sama dengan kad yang dapat dalam semua promosi jajan-jajan.

Sama macam beli solivite jugak. Ikut nasibla apa yang kita dapat.So kalau sama tak boleh tukar. Cuma boleh simpan atau jual
 Kat Malaysia rasa kurang lagi populariti kad dagangnie. Kalau kat luar negara tak payah jauh rasa Singapore pun agak popular kad dagangnie. Lebihan yang anda ada anda boleh dagangkan atau barter trade dengan orang lain yang takde.Kat USA, kad-kad baseball aku tengok kat TV memang menjadi rebutan pengumpulnya apalagi yang pemain dah sign. Yang Transformersnie bukan setakat kad dagang, tapi sebagai kad permainana. Macam budak-budak main kad kartun Jepun tu.

So ini adalah antara yang aku dah kumpul setakat ini. Gambar-gambarnya jugak agak cantik. Ini bukan sahaja koleksi untuk movie yang baru, tapi untuk keseluruhan dari movie yang pertama pasal sebelumnie memang belum ada keluar.


Belum cukup lagi tapi dah banyak dah.


Kad-kad yang dapat masa beli robot pun aku masukkan kat ruang kosong belah belakang.


Basicly semua kad macamnie. Ada nama karektor,nombor kad yang warna merah untuk mudah inventory dan nombor power. So kalau tengok dari kad kat atasMegan Fox paling power. Tapi bagi aku Carly Spencer tu lagi power body dia. Hehehehe.


Kat belakang cuma macamnie. Beritahu  dia Human, autobot, decepticon atau kad itu adalah power card untuk lawan.


Instruction cara bermain pun diberi jugak.


Termasuk jugak dengan battle board dia.


So keseluruhan semua ada 176 kad untuk dikumpul. Aku dah ada 126. So tak berapa banyak lagila.Pelan pelan kayuh completela. Aku selalu beli kat MPH Airport Senai sebelum dan selepas balik dari KL.


Kad yang lebih pun boleh tahan banyak. Simpan ajela buat lawan atau trading aje.Rasa boleh cari kaki kat internet. Ada aku jumpa kat online orang Jual 1 keping RM5.00. Ambik kesempatan betul. Relaksla. Ini baru lagi. Belum Rare. Rare bila kedai dah takde jual.So barula boleh sembelih collector. Tapi kalau aku jumpa real collector atau fans, aku bagi aje tak tarde pun takpe atas tanda respek. Lagi best kalau Optimus Prime aku tu Peter Cullen(Optimus Prime) yang sign. Simpan pun puas dan boleh rasa banggala. So yang dapat kad dari beli jajan dan minuman kanak-kanak, simpanla.Jangan ingat dapat free benda tu takde nilai.Collector kadang-kadang ada yang pelik-pelik kumpul. Insyallah kurang-kurang 20 tahun lagi untung RM10.00 sekeping pun jadila. Sapa nak bagi. GST pun tak kena.Simpan RM0.00 kat bank pun tak dapat apa-apa.Suruh tutup buku bank lagi.

7 comments:

  1. beb, ko buat dua buku la..
    satu nanti jual, satu simpan as a fan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tula lupa. Jalan2 kat blog blog orang main hantar komen aje lupa blog sape.

      Delete
  3. aku bukan fan benda2 camgini...so kalau dapat pun bagi anak main lepas tu buang...haha...tapi tu la...benda yang kita suka tak semestinya orang lain suka dan begitulah sebaliknya.....

    ReplyDelete
  4. aku pun bukan fan benda2 camgini...so kalau dapat pun bagi anak main lepas tu buang...haha...tapi tu la...benda yang kita suka tak semestinya orang lain suka dan begitulah sebaliknya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tu pasal mak aku potong bawang kat cd RHCP Califonication dan inlay buat alas kopek ikan bilis aku tak kisah sangat. Aku tak taula kalau CD Bon Jovi korang jadi mcm tu apa riak muka korang. Hehehe

      Delete