Thursday, October 2, 2014

SARJAN KUPP


Kita akan relate Sarjan Kuppnie nanti dengan apa yang Porndy katakan kat entry Cyclonus tempohari.


Memang ramai yang berpendapat bahawa Optimus Prime ini adalah Prime yang terhebat dan paling legend. Is it. Jika benar,bagaimana nak terangkan pendapat Bumblebee yang menyatakan bahawa Rodimus Prime is the best Prime ever. Kalau check betul-betul season pembukaan selepas Movie 1985, Bumblebee ada cakap macamtu. Perbezaan mereka amat ketara sekali. Jadi cuba bandingkan lepas keterangan ini, mana yang lagi hebat. Optimus atau Rodimus. Walaupun Optimus merupakan pahlawan yang hebat. Beliau tidak bertarung nyawa untuk merebut pangkat primenya. Optimus mendapat pangkat Primenya secara politik mengalahkan Megatron untuk menjadi ketua di cybertron melalui undian Dewan Senat. Beliau mendapat tunjuk ajar dan recomendation dari mentornya Alpha Trion yang juga merupakan ahli dewan senat(ada kabella). So tak berapa trilll sangatla Optimus Prime. 


Berbeza pula dengan Rodimus atau nama dia sebelum jadi Prime iaitu Hot Rod. Hot Rodnie kawan baik anak Spike iaitu Daniel. Memang masih budak lagi Hotrodnie. Dia mendapat pangkat Prime dia dalam usia muda lagi. Beliau berlawan one by one dengan The Mighty Galvatron  di dalam perut Unicron lagi untuk merampas balik matrix of leadership yang di rampas Galvatron dari Ultra Magnus. Time beliau merampas matrixtula dia dilantik oleh matrix of leadership sebagai orang yang paling layak untuk menjadi Prime dan keluar dari kepala Unicron.Kalau Optimus prime agak serius, Rodimus pasal muda lagi so macam budak-budak sikit so ada lawak dan ada panas baran. Tu yang Bumblebee suka. Rodimus tetap serius juga kadang-kadang macam Optimus. Dan yang special lagi, kalau Optimus susah nak kawal geng dinobot, dengan Rodimus, dinobot tak pernah melawan dan patuh dengan perintah Rodimus. Grimlock merupakan orang kanan Rodimus. So rasanya mana best?



Ok berbalik pada Kupp nie. Kalau Optimus mentor dia Alha Trion yang berpengaruh, mentor Rodimus adalah sarjan nak bersara Kuppnie. Askar tuaniela yang bimbing Hotrod yang nakalnie. Asyik pergi mancing aje dengan Daniel.Memang dia merupakan askar tua yang kuat sabarnya  mendidik Hotrod. Tapi bila Rodimus di nobatkan sebagai Prime. Beliau merupakan orang yang paling bangga sekali. Yela Sarjan aje tapi mampu melahirkan seorang Prime.


So yang aku adanie versi yang dikeluarkan 2 tahun dahulu untuk Transformers Prime. Still jadi pic up truck cuma modern sikit.


Ini just commemorative issue sahaja. Memang takde pun watak Sarjan Kupp ini dalam Transformers Prime. But still a lot of respect to Sarjan Kuppnie.

6 comments:

  1. ni apa kena mengena robot ngan dookie ni?...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sebab. Yang nie pasal meja tak rata. Robot susah nak diri. Kadang -kadang masa ambik gambar silau pun satu hal. So kotak cdnie agak membantula. Lepasnie semua robot rasanya akan masuk entry mcm kecuali gambar lamala.

      Delete
  2. phew....lenguh aku baca...

    apa pun....ko memang a fan la siap panggil si katun ni "beliau". hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro. Aku baca entry ko pun kadang -kadang pun lenguh juga. Hahaha.

      Delete
  3. Aishah share your passion for toy collection kah? Just curious. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm. Don't know yet. Tapi boleh buat kawan time main,susun dan bersihkan. Maybe kalau fulltime dengan saya, rasa dia minat jugakkot.

      Delete