Tuesday, May 29, 2012

TRANSFORMERS PRIME'S BUMBLEBEE

Yang ini adalah instalation bumblebee yang baru dalam transformers prime.
 Bentuk dia gak lawak pasal nak kata macam animated punya design takdela lengkong sangat. Yang nie more follow yang movie punya yang jadi Chevrolet camaro.Nie jadi mussle car yang takde cap.
 Nie ronot mode dia. Agak simple aje. Bumblebee dalam siri nie tak boleh cakap pasal voice box dia dah kena cabut dengan megatron. Tengok season 2 tahula cerita dia. Tapi dia tak guna radio macam movie punya version untuk berkomunikasi. Pakai bunyi digital sahaja. Tu pun semua orang dah paham dia cakap apa. Kuat menganjing jugak bumblebeenie sama macam bumblebee animated cuma tak bercakap.

Sunday, May 20, 2012

DOTM LASERBEAK

 Bagi peminat transformers, laserbeak memang famous. Masa G1, dia merupakan kaset yang keluar dari dada soundwave yang menjadi buruk sebagai perisik decepticon mengintip aktiviti autobot.
 Yang untuk movie aritu, dia punya vehicle mode adalah sebagai hovercraft. Tak pernah pun aku tengok hovercraft jenisnie di dunia realiti sekarangnie.
 Nie bersamaa atachment weapon dia.
Robot mode dia masih lagi kekal sebagai burung. Tu tenggek kat cawan tu hausla.

Thursday, May 10, 2012

THE AVENGERS

Ingatkan nak review pasal hari ketiga kat Korea. Tapi cari-cari  gambar tak jumpa rupanya kat dalam PS3. Rasa malas pulak nak bukak sedut balik. Jadi aku review ajela movie yang paling aku dan portdy tunggu-tunggu sangat untuk tahunnie. Bayangkan dah bulan 5 baru nak pergi panggung. Portdy paling terbakarla pasal aku pergi dulu tak tunggu dia. Waktu aku pergi pun jahat. Lepas sembahyang Jumaat terus pergi.
So, Avenger merupakan kisah pengumpulan superhero-superhero marvel sebagai satu pasukan.Ironman(Tony Stark), "God of Thunder" Thor,Hawkeyes(Tony stark panggil dia Legolas),Black widow(Natasha Romanov),Bruce Banner(Hulk)dan Ketua dia Captain America(Steve Roger)
Kalau anda suka salah sorang dari mereka, Niela movienya. Dan bila dah tengok, Hulk mungkin jadi hero baru anda.Akhirnya Bruce banner berjaya mengawal hulk dalam badan dia. Dalam movienie bruce banner dah boleh transform jadi Hulk ikut suka dia.  Captain America beri instruction bagi team mate lain very detail dan tactical tapi bagi Hulk dia cuma cakap "smash" aje dan Hulk senyum aje.
Ok cerita untuk movienie bermula bila Loki(adik Thor yang telah digulingkan) bersekutu dengan Chitari(Alien) untuk merampas Tessaract(kiub macan all-spark) dengan balasan Loki dapat menakluk bumi. Tessaract ada didalam simpanan SHEILD yang chief dia Jeneral Fury.Loki berjaya merampas tessaract dan cuba membawa masuk bala tentera Chitari untuk membantu beliau menakluki bumi. So to prevent that from happen,Phil(mamat botak SHEILD) mengumpul semua superhero yang dia ada contact untuk menewaskan Loki dan askar Chitari.
Movie yang best untuk ditonton sebagai entrance untuk The Avengers yang man dalam kartun dah macam-macam movie. Bagi yang tak suka movie macamnie pun boleh tengok pasal Scarlett Johanson memang lawa sekali dalam movienie.
Untuk movienie aku bagi 4.5 nasi ambang out of 5