Thursday, December 3, 2015

RID 2015 STRONGARM

 
Salah satu awek untuk siri RID 2015 nie adalah robot polisnie iaitu Strongarm. Dianie merupakan prebet under Bumblebee punya supervision. Sampai ke bumi dia ikut Bumblebee.

 
Kalau kebanyakan watak perempuan dalam Transformersnie selalunya agak kurus dan curvy. Kalau manusia kira seksi dan cutting model. Bagi Strongarmie dia agak gempal sikit. Atau maybe pasal dia Polis mungkin kira kak sadokot.

 
Dia nie agak skema dan lurus bendul. Asyik kena buli aje. Tiap kali nak buat ambush aje baca SOP dulu. Memang asyik kena gelak aje dengan Grimlock dan Sideswipe. Pastu merajuk. Kerja Bumblebee ajela yang pujuk.Mula mula agak struggle nak hidup kat bumi. Sampai kena gatal-gatal kat badan. Tapi makin lama makin ok dan biasa dan sampai pandai pergi carwash.Carwash kira macam spa bagi dia untuk hilang penat dan stress kerja dan kena buli.

 
Nie dia bersama dengan Sideswipe. Autobot yang selalu buli dan tipu dia. Dia yang tangkap Sideswipe masa roadblock kat Cybertron. Pasal dah kena gari, jadi Strongarm bawa sekali pergi bumi. Memang masa mula-mula kenal memang tak geng berduanie. Tapi bila dah nak hujung-hujung season 1 tu dah mula keserasian dan rasa kasih sayang tu dah start nampak. Betul kata orang mula-mula benci lama-lama sayang. Sampai Sideswipe bagitahu Optimus Prime pada episode last season 1 yang dia tak nak balik Cybertron pasal takde sapa nak tengokkan Strongarm. Kalau ada season seterusnya aku harap kisah cinta dua autobotnie akan ada happy ending. Harap-harap kahwin la dua autobotnie. Setakatnie belum ada lagi mana-mana siri kalau tak silap yang Tranformers kahwin.Nak tau jugak camana Transformers dapat anak. Hahahahahaha

 
Nie vehicle mode. Mostly awek-awek autobot yang cutting model kebanyakannya jadi superbike dan kereta sport aje. Dia jadi SUV polisla. Yela pasal dia gempal dan dia sendiri yang nak jadi SUVnie Pasal dia jadi SUVla tu yang kena buli. Mana-man operasi kena bawak Grimlock tutup dengan selimut kat belakang dia. Yang lain jadi kereta sport apa kelas tarik dinosaur.
 

 

3 comments:

  1. Cara ko cerita menghidupkan watak2 robot untuk aku.
    Aku baca dan try imegin.
    Harap takde akak2 polis yang kecik hati kalau mereka pun gempal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak. Yang menariknya aku pernah pg interview polis masa muda dulu. Ada angota yg dtg interview jugak naik pangkat. Walaupun boroi2, fitness diaorang masih mantap bro.

      Delete
  2. You should watch the series after reading Shafids post for Robot in Disguise Toyline Series. There you can get the jokes visually Mr Deaf

    ReplyDelete