Saturday, July 11, 2009

MOVIE REVIEW FOR TRANSFORMERS REVENGE OF THE FALLEN



Hmm... Okla, transformers dah jadi satu fenomena besar di seluruh dunia. Hasbro dikatakan untung ratusan juta USD atas action figure sahaja. Mau taknya, masa first movie, harga satu deluxe class action figures adalah RM44.90. Untuk movie yang kedua nie, RM59.90 standard prize (belum kira harga kena sembelih lagi). Banyak untung woo. Ekonomi US boleh stabil balik tau. Rasa tak dengar Hasbro buang pekerja. So masa nak tengok movie haritu, walaupun baru hari Khamis, aku gerenti ramai orang. So balik kerja aku teus pergi dan beli tiket dulu baru pergi semayang magrib.Lepas aku balik semayang magrib, Aku tengok orang beratur panjangnye sampai 3km. Kalau aku dah balikdah. Tengok kat tambak aje baru RM5.00.

So, back to the movie, mereka telah janjikan bahawa yang nie banyak aksi dan mereka tak tipu. Bagi peminat filem aksi, mereka sure terhibur. Tapi bagi aku aksi tak penting, feeling yang aku alami pada movie yang pertama takde. Mungkin pasal tengok seni filem yang sama.So , ada kurang sikitla bagi aku. Masa movie yang first dulu aku sampai keluar airmata aku tengok semua autobot turun dari langit dan kemudian berkumpul depan Sam. Very touching bagi aku.

Untuk yang kalinie, Matrix of leadership yang dikejar oleh autobot dan decepticon setelah all spark musnah. Fallen perlukan matrix tu untuk sedut matahari untuk dijadikan energon dan outobot perlukannya untuk hidupkan balik optimus prime. So planning cerita tak berubah dari Transformers G1 hingga sekarang, Optimus mati hidup balik dan megatron pun sama cuma tak pakai nama Galvatron aje(aku rasa lagi ganas).

Watak baru terlalu banyak. Tapi yang menonjol skid, mudflap,whillie dan setentunya devastator. Hodoh, tak cantik (bodohla diaorang). tapi insyaallah ada rezeki definitely Aku akan dapatkan. Pre order dah keluar kat e-bay. RM450 complete all.

Balik ke movie semula. Fallen berjaya dapatkan balik matrik tu setelah sam hidupkan optimus prime. Oleh kerana optimes padam balik setelah matriksnya dirampas, jetfire telah memberi sparknya kepada optimus. Tu yang optimus prime ada kepak dan boleh terbang. Dan bagi peminat transformers tau, hanya prime sahaja yang boleh bunuh fallen. dan itula yang berlaku(habis optimus koyakkan muka fallen sampai tinggal tengkorak).

So autobot menang lagi.(aku ingatkan kalah). Starsream dengan menganjingnye ajak megatron cabut lari. Overall nice movie. 4.37 popcorn dari 5 aku bagi. So, waitla kalau ada movie yang ketiga camana pulak. but aku rindu sangat transformers animated. TV tak main, DVD takde. Frust gila. Tolong sape-sape ada kantau hulurla kat aku.

2 comments:

  1. hahahahaha

    pik ni bukan review lagi , ni dah kira SPOILER !

    dengan review+spoiler ko ni aku rasa aku boleh bersabar tunggu versi tambak clear sikit , kalau aku boleh dapat INdo pressing lagi bagus macam akupunya Transformes 1 dulu.....

    serius najis, aku dah carik satu muor ni tak jumpa dvd animated, kalau aku tanya, balik2 diorang tunjuk kat aku yang armada atau energon, hampa siot...

    aku dah check memang dah ada official dvd, mungkin kita kena bawa isu ni ke Biro Pengaduan Awam yg baru tu...

    ReplyDelete
  2. sorang member gua pun suka yg animated punya, memang susah jumpa(atau memang takde!)

    balik2 dia bukak Bleach dalam pc dia... ngantuk gua!!

    ReplyDelete