Sunday, May 18, 2014

TRANSFORMERS 4 AGE OF EXTINCTION OFFICIAL PRODUCT LAUNCHING.(17/5/2014)


Ini kat Toys R Us Bukit Indah.. Launching semalam tapi pagi tadi baru pergi. Sebenarnya aku dah pergi Jumaat malam tapi tak keluar lagi. Aku nampak kat store belakang dah standby semua still dalam kotak.


So cuba lagi nak tengok pagi tadi. Kat Jusco masih takde lagi. Rasanya baru Toy R Us ajekot yang baru dapat stock. Masih nampak penuh lagi. Selalu kalau kat KL dah tinggal sikit atau licin dah. Bukan fans beli tapi third party beli buat jual balik mahal-mahal kat pasaran dalam talian.


Tu dia gambar atas, lambakan deluxe class. Bumblebee warna hitam jadi Kereta Camaro classic. Yang lain kebanyakkannya geng Dinobot.


Yang gambar atasnie  rak atas voyager class dan yang bawah leader class.


Dan bila tengok hargatu baru aku tau apasal banyak lagi. Toys R Us bukak harga mahal rupanya. Deluxe class aje dah main RM73.00. Selalu RM50.00 aje. Rasa third party nak ambik pun fikir dua-tiga kali jugak.


Voyager class tak naik sangatla. Harga lama RM120.00. Sekarang nie cuma naik RM4.00 aje.


Yang nie paling gila naik Leader Class. Dari harga lama RM190.00 dah jadi RM 230.00. Tu yang gambar blurr aje pasal gigil pegang. Tapi walau macam manapun, bila launching selalu aku akan beli satu leader class untuk sambut kedatangan movie. Selalu ambik optimus prime. Tapi kalinie Grimlock yang menarik walaupun leader class optimus prime Truck Mode dia lawa.


Cuma untuk kalinie aku downgrade dulula untuk opening kalinie. Tak nak gah sangat. Ambik voyager class aje evasion mode Optimus Prime yang Truck mode dia sebijik G1 punya truck. Kat gezek movie dia ada tunjuk haritu. Salah satu lagi sebab tak ambik leader class adalah selain dari Optimus primenie, aku ambik KRE-O set constructicon besar yang  tengah sale dari harga RM350.00 jadi RM180.00. Dua-duanie akan aku cerita panjang lain kali pasal tak sempat bukak lagi, pasal terpaksa balik KL emergency pasal orang rumah tak berapa sihat. So, tunggula movie keluar panggung bulan depan.


2 comments:

  1. may the force be with you when shopping hahahaha

    ReplyDelete
  2. May the money be with me. Hehehe. Boleh mintak dana tak? Orang main piring hitam selalunya banyak masyuk.Hehehe.

    ReplyDelete