Thursday, February 14, 2013

DARK GUARD OPTIMUS PRIME.

Setelah lama menunggu dan memerhati, akhirnya aku berjaya memiliki Dark Guard optimus primenie. Yang warna merah tu basic robot yang sama yang telah aku ada terlebih dahulu. Cuma yang hitamtu tiga ke empat kali ganda lagi mahal dari yang merah.

Jangan tersilapye. Ini bukan nemesis prime. Nemesis prime juga hitam cuma dia pakai decepticon punya lambang. Ini adalah limited edition yang Takara Tomy keluarkan sempena Tokyo Toy Fair tahun lepas. Masa toy fair tu ada dua limited edition optimus primenie yang keluar. Yang patern merah tapi transparent dan yang hitam emasnie.

Pasal aku dapat kat harga yang agak murah, so aku tak perlu bayar pada harga yang starting pada RM200 hingga RM400. Terima kasih Cik CKJUAN. Kemasan Dark Guard prime ini semua dalam metallic 2K dan emas 24karat .

Memang nicela bentuk dan kualiti seni dia. tengok kat lengan pun tau.

Nie vehicle mode dia. Cantikla truck dia dengan warna hitam. Kalau ada kontena belakang hitam dah boleh jadi knight rider punya mobile headquater.

Kalau dibandingkan macam Exora Biasa dengan Exora bold la. Hahaha

So kalau da rezeki boleh aim yang transparent version, dar anergon version serta nemesis punya. Ikutkan setakat nie ada 6 version untuk optimus prime nie.

So the hunt for optimus still on going.2 down, 4 to go.

2 comments: