So pagi hari terakhir. Agak lewat sikit keluar. Sarapan kat hotel.
Sambil tunggu driver kami yang tengah sarapan, ambik gambar hotel.
Siap masuk beg, kami gerak ke airport. Berhenti isi minyak dulu.
Sebelum balik kami berhenti makan tengahari. Kat gerai soto garuda. Soto ala padang. Paling best sepanjang trip kemari selepas murtabak haritu. Memang save the best for last.
Itu gado-gado. Ynag mangkuk kecik tu soto. Dua-dua best. Yang best soto dia kuah dia, daging potong kecik-kecik dan paru goreng dia rangup. Dah masuk kat sup pun masik keras macam cornflakes.
Ini gado-gado klasik. Dulu ada satu warong tolak jual kat Pontian. Sekarang susah nak dapat. Siap makan terus tolak ke airport.
Awal check in. ada lagi sejam. so tunggu ajela. Lighther aku tak lepas check kastam.Nak isap rokok takde tempat tapi kastam bagi keluar pergi isap tapi lighther dia ambik balik lepas tu. Dua kali jugakla pergi. Tapi lighther aku tinggalla kat sana. Oh ye, airport tax sorang 200000rupiah(RM70.00). Mahal jugak. Memang semua pintu masuk Indonesia punya tax keluar tengok list semua naik.
Still tunggu lagi.
Dah sampai KLIA2. Najib baru rasmikan semalamnya. Ramainya orang.
Tunggu beg pun boleh tahan lambat jugak. Siap semua, ambik ERL pergi Putrajaya ambik kereta. Parking charge 5 hari dalam RM20.00 aje. So aku cadangkan sapa-sapa nak parking lama, tak payah parking kat KLIAla. Park kat Putrajaya aje pun dah ok. Tak jauh sangat dan walaupun tambang ERL mahal sikit tapi overall kos still okla.
So dah sampai Malaysia.
Oleh kerana kalinie bukan untuk aku shopping sangat. Yela bukan pergi kota besar macam Jakarta. Jadi takde apa yang boleh menarik minat aku bawak balik cuma lighther Cricket sana yang separuh pendek dari lighther kita. So next stop, Medan pulak.