Suhaili yang bagi tahu.
Bila tahu pasal pertunjukannie, bermakna start dari Hari Kebangsaan bermakna berturut-turut 3 hari aku pergi ke kawasan Ara Damansaranie.
Nie pun Suhaili jugak yang bagi tahu. Orang takde Facetube.
Khamis pagi pergi ke Evolve Mall kat seberang jalan tu untuk tengok pesta mainan.Transformersla bagi aku secara specificnya. Memang untuk bawak Aisyah dan Maryamla.
Tapi pasal beraturnya panjang gila, kesian kat anak-anak aku, so kami balikla.
Kecewa. Tapi ceriala layan anak-anak. Kesian muka penat, lapar beratur.
Raya haji besoknya lepas solat sunat raya, Aisyah ajak pergi lagi. Yela dia tengok macam best aje dari luar tapi tak dapat masuk. So lepas solat Jumaat aku bawak diaorang lagi
Seronok pasal tak ramai orang. Terus boleh masuk
Dapatla bahagian masing-masing.Seronok balik
Plan pun Sabtu ingat nak bawak diaorang jugak pergi Kampung Oasis tapi petang hujankan sampai time aku nak gerak lepas maghrib. Maryam pun badan panas pasal pagi baru lepas kena inject pormucocal yang last 3 serangkai tu.Doktor kata memang effectnya demam.So gerak sendirila ke Kampung Oasis.Yang cantiknya bola pun takde kan minggunie. Memang cantikla timing.
But not this song I sing during my way there. It is FXXX in the Bushes la.Hahaha.
Dalam pukul lapan malam aku sampai. Lengang lagi. Hujan pun baru stop kat situ.Rasa ada yang baling spender kat bumbung stage kot tu yang hujan berenti. Hahaha. Macam tolak hujan masa kerja kahwin pulak. Dari jauh kat parking dah dengar orang main. Aku ingat dah start. Rupanya ada band lain main dulu.
Singgah gerai tolaknie. Tengok apa barang dia jual. Ada jual baju dengan CD single je. So simply aku belila dua-dua barangtu
Akak tu yang jual. Rasa muka samaje. Oh ye baju RM60.00, CD RM15. Cukup bawak duit. Poket ikutkan ada RM30.00 je tapi bini bagi duit jajan RM50.00 pasal aku cakap nak beli baju tapi takut tak sempat pergi bank. Padahal bank depan mata je masuk. Mana tau tak pernah pergi walaupun dekat. Akak tu mintak nombor telefon untuk Pre-order full album, tapi aku tak bagi. Takpela nanti aku beli sendiri kat kedai.
Tengah sibuk berurusniaga, pentas kat depan akutu tengah sedap main. Band rock tamil. Lagu best-best. Patut single dia ada jual sekali.Ada nyanyi lagu melayu satu, lupa tajuk tapi tak berapa best. Lagu tamil dia best best.
Podadey!! podadeeeeeeeeeey!!! itu aje yang aku hafal. Hehehe.
Still lengang lagi bila dia dah habis main.
Kalau Maryam ,Aisyah ada mesti berlari macam budaknie.
Stail music macam Ramones cuma cakap tamil. Bestla. Tula cuma lupa nama band. Dia ada mention after lagu last dia. Tapi Memang Kabali habisla.Mantap.
Habis band tu main, tenagh-tengah juruteknik set up barang kat pentas. Hillary keluar minum kat pub sebelah. Dapatla salam dia tapi takde bukti pasal pergi sorang. Hahaha.
Ruang penonton kecik aje. Cukup sesuai untuk buat showcase. Tempat lawa pub, kedai makan sekeliling pastu ada kolam air. Macam oasis betulla cuma takde padang pasir dan unta aje.
Tengah-tengah set-up mamatnie keluar. Tak kenal pun aku sebelumnie. Yela takde facetube. Abah kau nama dia. Bercelotehla dia while band siap-siap nak main.
Joe start masuk dulu.
Abah kau still bercakap while band member yang lain masuk.Bert(bukan nama sebenar) request lagU Aris Ariwatan dengan Hermantino dia marah. Hahah. Dia tak nampak agaknya Bert bawak payung. Dia rodok karang baru tau.
Settle tu semua show pun start. Goreng. Akak tudung hijau tu dengan kawan sebelah memang best. Banging dari start sampai habis siap selfie,facetube live bagai. Aku pun masuk sekali. Hehehe.
Nie kawan sebelah dia
Goreng!!!!
Still goreng lagi.
Ok band start main. Tajuk lagu tak tau. Hehehehe.
Aku duduk depan sekali macam Bert(bukan nama sebenar)
Walaupun tak tau tajuk lagu, terloncat-loncat gak aku. macam akak kat depan. Sampai putus belt aku. Nasib baik terasa nak pakai Levi's Strect fit. Kalau pakai 501 mau terbarai depan akak-akak tu. Kes lain pulak nanti. Hehehe.
Okla, ada orang tanya aku setlist. Maafla aku tak tau lagu baru dan lagu lama tau tapi ada yang tak tau tajuk. Lagu no 2047 pun ada. Rasa akula. Lagu sejati pun ada.Medley search wings 80an pun ada.
Sedar tak sedar toleh belakang ramai jugak orang kat belakang aku. Ada yang duduk kat batu, ada yang berdiri.ada yang santai tepi kolam. Suasana memang nicela.
Haa lagu closing aku tau. Pasti. Best. Hampir satu jam setengah diaorang main. Free tu. Kalau next konsert yang bayar mau 4 jam main. Memang best. Sape yang ada kesempatan tapi tak pergi sayangla. Yang tak best satu je. Orang belakang aku ada pulak yang bakar ubat nyamuk. Semak jugakla. Ingat nak komplen kat Joe suruh mintak diaorang hisap rokok kat luar. Tapi dia busy dengan technician dia adjust speaker. Aku pun perokok jugak. Tak sampai 5 meter pun tempat hisap rokok. Pergi la sana kejap.
Takde orang ambik pun port kau.
Nak habis je geng motor besar sampai. Apala dah nak habis baru sampai. Macam jem je naik moto.Hahahahaha.Tak nak bayar parking la tu. Parking pun murah bro. RM1.11 pakai go and touch(recommended). Hahahahah.
Bert(bukan nama sebenar) aku respect, lepas show habis terus pergi belakang pentas salam semua band member.
Aku pun blahla. Duit balance buat beli 100plus haus. Nasib baik rumah bini dekat. kalau balik terus ke Pontian naik kancil letih aku. Bukan saja nak bawak kancil tapi terpaksa. Cermin keta lagi satu pecah kena mesin rumput Abah aku.
So niela cenderahati yang aku dapat. Lawa ke tak ada saiz XXL kira lawa bagi aku.Hahahaha
Nicela. Show pun best.
Ada turun JB insyallah pergila kalau bukan schedule balik KL.
Oh yes. Masuk facetube orang. Cuba teka aku yang mana? Hahahahaha. Enjoyla.