Thursday, November 29, 2018

RID ONE STEP BUMBLEBEE AND DRIFT (UNDER JUMAAT HITAM)

Ini pun aku sebat. RM8.00 je. One step changer . Kopek atau pusing sekali terus jadi robot.
Simple je, Nie keluar jadi kereta. tu yang ada spring tu lipat follow intruction,
Terus jadi robot.
Drift pun sama. dari kereta punya mode.
Kangkangkan bonet belakang, lipat habis 
Terus jadi robot.
Tak pernah aku beli yangsimple-simple macam gini. tapi layan gak. hahahaha. RM8.00. Belasah ajela. tapi cuma tinggal 2 character nie aje. Yangnie Jumaat hitam punya offer.

Wednesday, November 28, 2018

CDR1M (SOUNDGARDEN SUPERUNKNOWN & BLACK HOLE SUN SINGLE)

BR1M,KR1M PR1MA,PPRT dah takde tapi CDR1M tetap ada.

Tuesday, November 27, 2018

RID COMBINER FORCE STUNTICONS

Ok. sambung yang semalam punya combiner force. Ini bukan beli time Jumaat Hitam tapi masa cuti sekolah yang lepas raya. Tempoh hari. Kalau tang semalam combiner force yang dua robot. Ini adalah combiner force yang 5 robot.
Ini dari team stunticons. Decepticon punya team darat. Ini stuntiocons aku yang ketiga selepas 2 set combiner wars yang warna G1 dan G2.
So under RIDnie saiz sama macam yang semalam cuma ada 5 robot bercantum. dan semestinya yang tengah ketua diaorang yang terkenal. 
Motormaster.
Yang Motormaster versinie, Truck mode dia paling lawa. Kalau ada Leader Class version gerenti jadi rebutan. dah macam truck-truck cerita sains fiction.
So combine jadila Menasor.
Memang kenala kalau dia apit Pricess Leia sebagai awek dia. Hahahahaha

Monday, November 26, 2018

RID COMBINER FORCE ( EDISI KHAS JUMAAT HITAM DAN CUTI SEKOLAH)

Meriah sungguh pergi memburu hujung minggu haritu. Cuti sekolah dah mula, pastu ada sambutan sambutan Jumaat hitam pulak. Ingat Online aje yang sibuk rupa pasaraya-pasaraya tempatan pun terlibat sama.baju pun dapat diskaun. tapi tak banaykla.
So highlight terus la hasil hujung minggu haritu.  ok start bagi yang Combiner Forcenie. Ini versi yang dua robot boleh bergabung.
Yang firstnie dari geng stunticons. Dragstrip dan Wildbreak Combine jadi Dragbreak. Aku rasa Wildstrip lagi sedap bunyinya.
Besar macam Legend class aje. Kecik
Base robot pun simple. keluarkan kepala dan kembangkan kaki dantanga jadila robot. Senang aje. elok untuk budak-budak bawah 3 tahun macam Maryam. memang beli lebih stau untuk dia.
Dan dua-dua ada konektor. satu kat kepala satu kat bontot.sorry bunyi agak carut sikit. hahahaha.
Cantum aje automatik jadi robot  besar deluxe class.Klik masuk aje transform sendiri. Sorang jadi kaki dan lagi sorang jadi badan, tangan dan kepala. besar. 
Yang kedua pulak dari geng autobot. Strongarm dan optimus Prime.
Bercantum jadi Primestrong. Ermm.. Prime memang strongla.Hahaha. Agak janggal nama combiner dia. Rasa Strong Prime atau Arm Prime lagi sesuai.
Sama, simple aje kalau tak combine. Boleh dikategorikan tak lawa jugakla.
Tapi bila dah combine, Memang smartla.
Yang ketiganie Bumblebee dan Sideswipe.
Bercantum jadi Beeside. Macam kaset pulak bunynye. hahahahaha. Nie aje kot nama yang ok. Pusing lain macam lagi tak sedap bunyinya.
Yangnie walaupun kecik vehicle mode dia smart 
Dan juga robot mode dia tak hodoh sangat.
Yang nie aku beli ektra lebih untuk anak aku. Maryam
Agak murah sepasang baru RM18.00. Harga asal dalam RM50.00 gak. Juaat hitam punya harga. Rasa harinie dah balik asal kalau tak habis. tapi selalu habisla.
Dan antara hasil Jumaat hitam dan cuti sekolah kalinie. 



Tuesday, November 20, 2018

ROMBONGAN KE SUNWAY LAGOON (14 NOVEMBER rain 2018)

The day has come. Macam-macam ejekan, ugutan,tomahan dan macam-macam lagi aku terima dari pada orang yang tak dapat pergi. Aku anggap itu semua lawak, gurau senda yang mana in the end aku yang akan dapa the last laugh. hahahaha.
Jadi lepas subuh aku gerak terus dari Pontiac. Sorang saje kalinie. No portdy, no haji. tak dapat naik teksi bandar macam masa pergi Metallica dulu.
Berenti jap kat pagoh. tengok rombongan sultan Johor pun Berhenti kan RNR. Tiba-tiba isteri telefon
Isteri: Bang nanti scan dan e-mail geran motor bang. Pass dah mati.
Aku: La tak cakap awal. Abang dah OTW balik KL dah.
Isteri: Ada apa?
Aku: GNR mainla malamnie.
Isteri : Amboi. Abang tau tak ada orang mati sakit jantung kat konsert. Abang nie karang.
Aku: Alaaaa. Bukan selalula.
Isteri: Balik Johor ke cuti terus?
Aku: Cuti.
Isteri: Ok
Sebenarnya panjang lagi tarbiah. Huhuhuhuhuhuhu

So sambung drive lagi..
Dalam 1030am sampaila. Tu pundah banayak bas rombongan nak tengok konsert bersidai kat tepi. Dan cari parking pun hampir sejam. tu pasal aku datang awal.
Dah nampak pentas. Tapi aku still tak tau nak masuk pintu mana. Aku pernah masuk ikut pintu belakang aje. Main entrance aku tak tau. Aku follow je krew-krew konsert turun bawah. sampai bawah aku tanya yang jaga kounter masuk konsert ikut mana? yela stu booth GNR ,ticket reedeem kounter pun takde. Dia kata kat main entrance. Naik balik aku. Habis astu mall aku tanya orang kat mana main entrance.
Rupanya ikut dalam mall aje. senanag gila dan dekat. akhirnya sampai kat main entance. Dah start ada orang. Mat salleh, Jepun, Philippines, local bersidau dah.

Tapi still lengang.
booths dah bukak. Kata akak seluar pendek tu. Belum lagi bukak. Boss dia pergi sembahyang. Baru pukul 1130am. Solat dhuha kot.
Takleh beli lagi tapi catalog adala dia letak kat depan. Mantulla harga.Aku degan yang tengah takde apa-apa kad bank nak cucuk harapkan duit tabung haji yang keluar haritu jela. Bolaehla beli sehelai.
Lawa amoi tu.
Since tak bukak lagi, pergila check in hotel dulu. Malas nak rush-rush pas konsert balik. dah tua. kompom letih punya.
Hotel murah aje. Buat tido,mandi, salin abju cukupla.
Tapau mamak bawah hotel. Pastu tidola rehat jap.
Pas zohor pergi balik . tengah-tengah jalan tu telefon bunyi. Eh suhaili pulak telefon
Suhaili : Pid, bagi nombor account aku nak beli barang konsert.
Aku : Mana aku ada kad bank semua block.
Suhaili : Alamak camananie?
Aku : hahaha. Padan muka ko.Suruh pergi taknak.
Suhaili : ko banyak tak bawak duit?
Aku : Tinggal seratus. Terlupa nak budget bayar hotel kena deposit. Nie kat money changer tukar SGD. Ada la SGD20. Lepasla baju aku sehelai.
Suhaili : Arghh. takpela pid. Aku tryla kalau boleh turun aku turun.
Aku : Ok. Sorry Bro (hahahahahaha)
Suhaili: (siotla sapid) bank Ahhh makanla.
sampai aje tak ramai lagi yang beratur. so bolehla join. Tak nampak satu pun booth pirates. satu nie aje booth official tapi aku ada tanya kat yang jaga booth tiket, kat dalam ada lagi satu so tak payah risaula kalau habis. takpela. Beli aje dulu. Bukan ada diskaun pun kat dalam. sama je harga. nak pegang baju lagi.
Ceria akanie dapat baju. 
Aku : Akak nak ambik gambo akak dengan baju.
Akak: Malulah.
Aku : Saje kak nak bako orang.
Akak : Bako takde hal.nah akak possing.
Aku : Thank you kak. hahahahaah
Bro nie dari show Filipina. Aku translate la. aku cakap tagalok dengan dia.
Aku : Bang baju tak nak jual ke?
Bro : Nak pergila beli sendiri.Mana fair tak pergi dapat souvenir. takde fell bro.
Aku. betul gak ye bang. hahahahaha
Ganas akak dan makciknie.
Tak lama pun aku tunggu. yela line pun tak panjang lagi.
Mula tengok macam tak lawa design-design baju. Bila dah tengok dekat - dekat. damn lawa semua. Rugila tak dapat collect semua. 
Amoi lawa tadi tengah carikan size untuk aku. Ada perang pony tail dia. Kalaulah.....
hahahahaha.
So aku ambikla yang designnie aje. Duit cukup beli satu. RM140. Takde beg ye. Beg tambah lagi RM80. So terus balik bilik tido jap nak tunggu petang. Sambil jalan nyanyi Lalalalala macam smurf.
Ingat nbak pakai bajunie untuk konsert malanie. tapi dah bau masam gila buat tawaf harinie. Baju Transformersla malamnie.
1730pm. dah panjang dah barisan. Baju kat booths pun dah nak kering dah. 
Meriahla dengan background lagu GNR semua. bagi aku Taylor Swift Starlight lagu yang paling sesuai untuk keadaan macamnie.

Dah belakang ambulans dah aku kena beratur nak masuk kat line PPRT. Line kaya lepas dulu.
Uwekkkk.
Dah lepas ambulance.
Dah dekat.
Yang nak kena beratur belakang aku baru sampai.
Tiket kena surrender. Ganti dengan tag tangan. kat sini aku silap pasal aku tiket yang boleh redeem hadiah kat dalam. Bila sampai dalam aku nak redeem tiket aku mana?aku cakap dah bagi kat luar. Nak kena pergi ambik. tak kuasa aku dah sendat-sendat keluar balik nak redeem kad touch n go je. takpelah.
Beli tapi tak pakai. tak rockla. Main hujanla. anak aku buat main balik konsert.
Booth kat dalm meriah lagi. Yela orang baru masukkan.
Lecak. Hujan pun renyai-renyai lagi.
Pastu lebat terus. 
Tiket PPRT bolehla berteduh jap. dekat dengan pintu masuk. Mostly rehat makan dulu. Ada kedai burger king, kebab dab macam-macamla. Budak runner bawak beg jual air pun ada. Air aku kena rampas kat kounter depan tadi. tapi takpela rokok lepas.
Memang selebat-lebatnya maghrib-maghrib.
Reda sikit orang baru ambik port. Pakai baju hujan semua.
Ambik nafas kejap.
Still ada yang baru sampai. dengar tiket pun habis kat luar jual balance-balance.
Makin ramai 
Dah macam-macam lagu main. rolling stones, The clash, Ramones.
Pastu lagu Negara ku. Dah macam tengok bola.
Masih tak start lagi.Ambik peluangla.
For non-muslim also provided.
Entry ke CAT mewah
Still menanti. dah pukul 2000pm.
Orang still masuk lagi
Sorang. Selfie ajela. tak berapa pandai.
Ok. nak start. Dalam 2030 lebih sikit. Opening Kereta Tank. bang bang
Yeahhhhhhh.
Opening. It's so easy
Chinese Democracy. Patut bumblefoot, bucket head pun ada baru meriah. Slash main pun ok gak.
Welcome to the Jungle. Makin riuh
You could be mine.
Attitude. Duff nyanyi
Is this love. Nie patut bucket head yang goreng baru lagi best.
Sweet child Of mine
Yang tunggu-tunggu dah sampai. Black Hole Sun. Syahdu gila. Memang best dengan orang nyanyi ramai-ramai. 
Estranged. Epicnie.
November Rain. hujan start turun lebat balik.
Rocket Queen
Civil wars
Lagu Kurma pun ada. semput Axl

Don't Cry. Kat Singapore takde tau. Hahahahah
Patience
Paradise city. penutupnie.2345pm gitu baru habis. Memang cukup 3 jam. memang muntah. aku takde kerja nak bawak tongkat rekod semua. Pendek-pendek aje. 

Barai dah mamatnie.Terbaring.
Memang enjoyla. Terbaik. rugi sape tak pergi. hahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Kuala Lumpur Malaysia Thank You!!!!!!!

Ada tribute sikit untuk Stan Lee. Dua Stan dah mati. Sedih.
Jem nak keluar. Bergesel2 bontot.
Kounter baju kat dalam pun dah sangap dah. Baju memang aku rasa habis semua. Yang lain rasa ada lagi.
Kat luar baru meriah booth-booth pirates. Memang murahla. Baju baru RM40. Keychain, tali RM10 je. Aku tinggal RM14.00 tengok ajela. Booth official kat luar still open lagi tapi dah tak banyak barang. Siap letak sepanduk, jerit kat pintu orang keluar pergi official booth takut orang salah pergi kedai.
So aku pun balik bilik terusla. dah letih. Mandi makan tido. Pas subuh gerak balik rumah isteri jaga anak bini. time untuk diaorang pulak. 1 hari sendiri. 4 hari untuk diaorang. Aku rasa adil kot.
Pergi klinik demam
Ambik penyata anak
Tengok wayang.
Masak.
Kemas rumah
Jalan-jalan
Tidurkan anak.
Tengok bola.  macam-macam lagila.
Ok sambung balik yang last nie lepas konsert. Pastu pergi kounter ambik tiket. Tunjuk tag pastu ambik tiket. Jenuh nak cari tiket aku. Tah tiket sape aku ambik. Bukan ada tulis nama pun. So aku ambik jela yang ada tulis ticke launching. Naik lembap dah tiket. Dah balik bilik baru perasan aku terambik yang berstappler. ada tiket lagi satu kat belakang. Nak pergi balik jangan harapla. Kompom ada sorang akan ngamuk tak dapat balik tiket dia.aku tiket lebihnie aku tak bolehla nak bagi tempias kat semua orang. Sorang ajela yang dapat
Pasal aku ada gantung satu CD kat Encik(bersara) Rizal. Aku tradela tiketnie dengan CD Evernessence tu.
Dia agak busy. aku suruha baling aje kat tingkap tapi dia masih tetap dapat meluang kan 43 saat masa dia untuk aku. ternganga mulut pesakit dia jap nak bergambo.Sempatla setan masuk jap. Hahahahaha. Terima kasih Encik(bersara) Rizal.
Settle nie ,sampai rumah.....
Pahat terus kat dinding. Metallica tak buat lagi pasal poster dia kecik.